Terjemahan Matn Abi Syuja' (2): Kitab al-Taharah

[كتاب الطهارة]

المياه التي يجوز التطهير بها سبع مياه: ماء السماء, وماء البحر, وماء النهر, وماء البئر, وماء العين, وماء الثلج, وماء البرد. ثم المياه على أربعة أقسام: طاهر مطهر غير مكروه وهو الماء المطلق, وطاهر مطهر مكروه وهو الماء المشمس, وطاهر غير مطهر وهو الماء المستعمل والمتغير بما خالطه من الطاهرات, وماء نجس وهو الذي حلت فيه نجاسة وهو دون القلتين أو كان قلتين فتغير والقلتان: خمس مائة رطل بغدادي تقريبا في الأصح.

"فصل" وجلود الميتة تطهر بالدباغ إلا جلد الكلب والخنزير وما تولد منهما أو من أحدهما وعظم الميتة وشعرها نجس إلا الآدمي.

"فصل" ولا يجوز استعمال أواني الذهب والفضة ويجوز استعمال غيرهما من الأواني.

"فصل" والسواك مستحب في كل حال إلا بعد الزوال للصائم وهو في ثلاثة مواضع أشد استحبابا: عند تغير الفم من أزم وغيره وعند القيام من النوم وعند القيام إلى الصلاة.

 فصل" وفروض الوضوء ستة أشياء: النية عند غسل الوجه وغسل الوجه وغسل اليدين مع المرفقين ومسح بعض الرأس وغسل الرجلين إلى الكعبين والترتيب على ما ذكرناه وسننه عشرة أشياء: التسمية وغسل الكفين قبل إدخالهما الإناء والمضمضة والاستنشاق ومسح الأذنين ظاهرهما وباطنهما بماء جديد وتخليل اللحية الكثة وتخليل أصابع اليدين والرجلين وتقديم اليمنى على اليسرى والطهارة ثلاثا ثلاثا والموالاة

 

Kitab al-Taharah

Air yang boleh dibuat bersuci dengannya ada tujuh: Air hujan, air laut, air sungai, air telaga, air mata air, air salji dan air hujan batu. Air pula terbahagi kepada empat: 

1. Air yang suci lagi menyucikan tanpa makruh iaitulah air mutlaq (طاهر مطهر غير مكروه وهو الماء المطلق)

2. Air yang suci lagi menyucikan lagi makruh iaitulah air musyammas (طاهر مطهر مكروه وهو الماء المشمس) 

3. Air yang suci namun tidak dapat menyucikan iaitulah air musta'mal dan air yang berubah dengan sebab bercampur dengan perkara-perkara suci yang lain (طاهر غير مطهر وهو الماء المستعمل والمتغير بما خالطه من الطاهرات)

4. Air najis iaitulah air yang dimasuki najis dan air itu pula kurang dari dua kolah atau air yang mencecah dua kolah dan berubah disebabkan kemasukan najis tersebut. Dua kolah itu ialah sebanyak lebih kurang 500 ritl Baghdadi berdasarkan pandangan al-Asah.

Fasl

Kulit bangkai menjadi suci dengan disamak melainkan kulit anjing dan babi dan apa-apa yang lahir dari kedua-duanya atau salah satunya. Manakala tulang bangkai dan bulunya adalah najis melainkan (tulang dan bulu - rambut - manusia.

Fasl

Tidak boleh menggunakan bekas-bekas daripada emas dan perak, manakala boleh (harus) menggunakan bekas-bekas lain dari emas atau perak. 

Fasl

Bersiwak itu adalah sunat pada setiap keadaan melainkan selepas waktu zawal bagi seorang yang berpuasa. Bersiwak itu pula pada tiga tempat lebih bersangatan digalakkan iaitulah: ketika berubah bau mulut dari sebab tidak menjamak makanan dan selainnya, bangun dari tidur dan apabila hendak menunaikan solat.

Fasl

Fardhu wudhu itu ada enam iaitulah niat ketika hendak membasuh muka, membasuh muka, membasuk dua tangan bersama dua siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kedua kaki bersama dua buku lali dan tertib menurut susunan yang kami telah nyatakan.

Sunat wudhu ada sepuluh iaitulah membaca basmalah, membasuh telapak tangan dan pergelangan tangan sebelum memasukkan ke dalam bekas, berkumur-kumur, menyedut air masuk ke dalam hidung (dan mengeluarkannya), menyapu dua telinga, luar dan dalam (kelopak) dengan air yang baharu, menyela janggut yang tebal, menyela jari-jemari dua tangan dan kaki, mendahulukan anggota kanan sebelum anggota kiri, bersuci tiga kali-tiga kali dan berturutan. 


Cetak  
Wallahu a'lam