Tuesday, November 25, 2008
1.APA ITU ZIHAR
2. APAKAH KESANNYA
3.BAGAIMANA JIKA TIDAK DINYATAKAN KPD ISTERI tetapi hanya LAHIR DIDLM HATI
Jawapan
Zihar asalnya ialah amalan masyarakat Arab Jahiliyyah. Apabila mereka terlalu marah kepada isteri mereka disebabkan sesuatu perkara, tetapi mereka tidak mahu menceraikannya, kerana jika diceraikan isterinya itu, ia akan mengahwini lelaki lain, maka si suami itu samaada akan melakukan sumpah ila’ (إيلاء) atau zihar dengan menyamakan siisteri dengan wanita yang haram kepada mereka seperti Ibu dengan mengatakan: “Kamu di sisi ku (haram) sama seperti ibu-ku (haram terhadap aku dalam perkara yang berkaitan perkahwinan).” (أنت علي كظهر أمي),
Zihar ini di sisi Arab Jahilliyyah, siisteri menjadi haram selama-lamanya untuk sisuami. Maka isteri itu di haramkan ke atasnya buat selama-lamanya, jadilah siisteri itu seperti tergantung-gantung, tidak ditalakkan dan tidak juga isteri kepada lelaki tersebut. Keadaan ini berterusan sehingga ke zaman awal Islam.
Setelah berlakunya polimik antara Aus bin Somit dengan isterinya Khaulah binti Tha’labah, dan Aus telah menziharkan isterinya kerana terikut-ikut amalan jahiliyyah. Lalu isterinya Khaulah pergi mengadu kepada Nabi S.A.W. dan Nabi S.A.W. berhukum pada ketika itu berdasarkan budaya jahiliyyah yang diamalkan disebabkan wahyu tidak diturunkan lagi tentang zihar.
Mendengar keputusan Nabi S.A.W. tersebut Khaulah mengadu kepada Allah S.W.T., lalu turunlah ayat zihar yang menjelaskan hukum-hakamnya dari pandangan Islam:
Hukum Zihar adalah HARAM, maka seorang lelaki yang menziharkan isterinya dia telah melakukan satu perbuatan dosa, berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka benar-benar telah mengucapkan satu perkataan yang mungkar dan dusta “ (al-Mujadilah: 2). Sebahagian ulama menjelaskan zihar ini termasuk kesalahan dosa besar. Namun ia tidak dikira talak.
Haram juga lelaki itu melakukan hubungan dengan isterinya. Jika dia mahu bersama semula dengan isterinya, dia wajib terlebih dahulu melaksanakan kaffarah zihar seperti yang disebut di dalam ayat al-Quran di atas.
PERHATIAN!!!
Zihar TIDAK BERLAKU jika sisuami menyamakan siisteri dengan mana-mana mahramnya atau ibunya sebagai menyatakan kasih sayang, penghormatan atau keakrapan, demikian juga TIDAK BERLAKU zihar jika dia menyamakan siisteri dengan mahram atau ibunya disebabkan sememangnya ada beberapa persamaan dari sudut fizikal atau sikap. Ibn Qudamah di dalam al-Mughniy menyatakan:
Maksudnya: “Jika seseorang lelaki berkata kepada isterinya, “kamu di sisi-ku seperti ibu-ku.” Atau “seumpama ibu-ku.” Dan dia niatkan zihar, maka ia menjadi zihar berdasarkan pendapat kebanyakan ulama. Jika dia niatkan sebagai satu penghormatan dan kemuliaan, maka ia bukan zihar…”
Maka jika seseorang melihat mana-mana anggota isterinya yang dilihatnya sama seperti anggota mahramnya, lalu dia nyatakan perkara tersebut, INI BUKANLAH ZIHAR YANG DIMAKSUDKAN.
Jika zihar itu lahir di dalam hati dan tidak dinyatakan, ia tidak dikira sebagai zihar.