ارْتَقَيْتُ فَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ حَفْصَةَ لِبَعْضِ حَاجَتِي، فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْضِي حَاجَتَهُ مُسْتَدْبِرَ الْقِبْلَةِ مُسْتَقْبِلَ الشَّأْمِ
Maksudnya: "Daripada Ibn 'Umar RA katanta: "aku pernah naik ke atas bumbung rumah Hafshah (kakak beliau dan isteri Rasulullah SAW) kerana ada beberapa keperluanku, tiba-tiba aku ternampak Rasulullah SAW qadha hajatnya membelakangi kiblat dan menghadap ke arah Syam." (HR alBukhari)
Pengajaran:
1. Tegahan menghadap dan membelakangi kiblat ketika buang air jika di tanah lapang atau di tempat yang tiada sesuatu yang ditegakkan sebagai penutup.
2. Hadis Ibn 'Umar ini menunjukkan kawasan yang disediakan untuk buang air terkecuali dari tegahan menghadap dan membelakangi kiblat. Demikian juga kawasan-kawasan seumpamanya. Boleh juga difahami kawasan seumpama tandas tetapi bukan dibina sebagai tandas, sekalipun berdinding, hukumnya adslah makruh.