Sebahgian Najis Yang Diberi Kemaafan

Agama Islam amat menitik beratkan kebersihan. Kerana itu suci merupakan salah satu syarat sah solat. Sama ada suci pada diri, pakaian dan tempat.

Namun terdapat beberapa najis yang sukar dielak. Dalam menghadapi najis sebegini, agama menanggapinya dengan memberi kemaafan dan mendatangkan keringanan, agar manusia tidak memikul kepayahan dan kesulitan.

Antara najis yang diberi kemaafan ialah:

1. Percikan air kencing yang sedikit dari ketiga-tiga kategori najis yang terkena pada badan atau pakaian. Ia pula tidak dapat dikesan oleh mata normal.

2. Darah dan nanah yang sedikit. Demikian juga najis yang dibawa oleh lalat selagi tidak disengajakan.

3. Darah dan nanah dari badan sendiri sekalipun banyak, dengan syarat tidak disengajakan dan tidak melangkaui kawasan sepatutnya pada kebiasaan.

4. Najis ikan yang tidak mengubah sifat air. Najis burung di kawasan berkeliarannya seperti di masjidil haram dan seumpamanya yang sukar dielak.

5. Darah yang kena pada baju tukang sembelih jika tidak terlalu banyak.

6. Air di jalanan yang terkena pada pakaian

7. Bangkai serangga yang tidak memiliki darah ya g mengalir di dalam badannya yang jatuh ke dalam air. Dengan syarat ia jatuh sendiri dan air tersebut tidak berubah.

--- 
Sunday, January 31, 2021 ---
 

Cetak  
Wallahu a'lam