Memahami Hadis Larangan al-Taswir[1]
Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
PENDAHULUAN
Membuat gambar التصوير wujud sedari dahulu. Al-Quran merakamkan perkara ini di dalam firman Allah SWT:
يَعۡمَلُونَ لَهُۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَٰرِيبَ وَتَمَٰثِيلَ وَجِفَانٖ كَٱلۡجَوَابِ وَقُدُورٖ رَّاسِيَٰتٍۚ ٱعۡمَلُوٓاْ ءَالَ دَاوُۥدَ شُكۡرٗاۚ وَقَلِيلٞ مِّنۡ عِبَادِيَ ٱلشَّكُورُ ١٣
Maksudnya: “Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.” (Saba’: 13)
PENGERTIAN
Di bawah ini disertakan pengertian untuk beberapa perkataan yang berkaitan:
- al-Taswir التصوير
Dari sudut bahasa:
- al-Taswir التصوير ialah membuat gambar. Apabila dikatakan صورة الشيء iaitulah bentuk khas yang membezakan sesuatu dengan lainnya.
- Menyebut gambaran sesuatu atau sifat sesuatu. Apabila dikatakan صورت لفلان الأمر iaitulah: Daku menggambarkan kepada orang itu perkara tersebut.”
- Membuat gambar dalam ertikata membuat mithal sama ada membuat mithal sesuatu dan menyatakan bentuknya, sama ada secara mithal itu dalam bentuk yang berjisim المجسمة atau tidak seperti yang disebut oleh fuqaha’ sama ada ذات ظل atau غير ذات ظل.
Yang dimaksudkan dengan gambar berjisim الصورة المجسمة atau ذات الظل ialah gambar tiga dimensi, memiliki saiz, dan anggotanya timbul dan boleh dibeza dan dikenal-pasti dengan sentuhan.
Adapun gambar yang tidak berjisim الصورة غير المجسمة yang غير ذات الظل adalah gambar المسطحة, atau gambar dua dimensi yang dapat dikenal-pasti anggotanya dengan melihat sahaja.
Dari sudut Istilah:
Tiada perbezaan makna pengistilahan kalimah التصوير dan الصورة dengan maksud pada lughah di sisi para fuqaha’.
Kadang-kala kalimah تصويرة digunakan dengan maksud الصورة dan kalimah jamaknya ialah تصاوير seperti yang terdapat di dalam hadis ‘Aisyah R.’anha berkaitan tirai rumah beliau yang disabdakan oleh Nabi SAW:
أميطي[2] عنا قِرامك[3] هذا، فإنه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي[4]
Maksudnya: “Pindahkan dari kami, tiraimu ini, kerana gambar-gambarnya sentiasa mengganggu solatku.”
- al-Tamathil التماثيل:
Kalimah jamak untuk Timthal. Apabila dikatakan تمثال الشيء iaitulah gambar sesuatu pada sesuatu yang lain. Ia sama dengan al-Taswir. Apabila dikatakan مثل له الشيء إذا صوره له كأنه ينظر إليه demikian juga apabila dikatakan: ومثلت له كذا: إذا صورت له مثاله بكتابة أو غيرها.
al-Timthal juga digunakan pada bahasa membawa maksud gambaran kepada جمادات seperti yang ada di dalam hadis Sahih al-Bukhari tentang dajal:
يجيء معه تمثال الجنة والنار
Maksudnya: “Dia (dajal) bawakan bersamanya seumpama syurga dan neraka.”[5]
Di sisi para fuqaha’, kebanyakan mereka tidak membezakan antara الصورة dan التمثال. Melainkan sebahagian lain mengkhususkan al-Timthal merujuk kepada gambaran makhluk yang memiliki ruh sama ada manusia atau haiwan, sama ada berjisim atau tidak. Manakala al-Surah adalah lebih umum seperti yang dinukilkan oleh Ibn ‘Abidin.
Kalimah al-Timthal (patung) pada uruf hari ini umumnya merujuk kepada gambar insan atau haiwah sekalipun haiwan berdasarkan khayalan yang berjisim. Gambar tumbuhan dan benda tidak disebut sebagai al-Timthal sepertimana jika gambar insan dan haiwan yang tidak berjisim juga pada hari ini tidak dinamakan al-Timthal. Pengistilahan ini berbeza dengan zaman Nabawi. Antara bukti yang menunjukkan perbezaan penggunaan hari ini ialah hadis ‘Aisyah R.’anha:
كان لنا ستر فيه تمثال طائر
Maksudnya: “Dahulunya kami memiliki tirai yang ada padanya gambar burung.”
Demikian juga perkataan beliau:
سترت سهوة[6] لي بقرام فيه تماثيل
Maksudnya: “Daku tutupkan sahwah milikku dengan tirai yang ada gambar padanya.”
Gambar pada Sitr atau tirai adalah termasuk المسطحات dan tidak berjisim.[7]
- Al-Rasm الرسم atau Ukiran
Pada bahasa, al-Rasm adalah bekas atau kesan sesuatu yang kadang-kala diukir menurut bentuk sesuatu. Kerana itu kayu cop yang diukir dinamakan al-Rawsam الروسم. Kata Ibn Sayyidih: al-Rawsam adalah al-Tobi’ الطابع, darinya kalimah المرسوم kerana dicop padanya dengan al-Khatim.
al-Rasm pada penggunaan semasa merujuk kepada gambar مسطحة jika dibuat dengan tangan, kerana gambar fotografi tidak dinamakan rasm.[8]
- al-Tazwiq التزويق al-Naqsh النقش al-Washy الوشي al-Raqm الرقم.
Keempat-empat kalimah ini hampir membawa maksud yang sama iaitulah mengindah dan mencantikkan sesuatu yang المسطح atau غير المسطح dengan ditambah bentuk-bentuk yang mencantikkannya, sama ada bentuk geometri, garisan-garis rapat, gambar-gambar atau selainnya. Di dalam Lisan al-‘Arab dinyatakan: ثوب مُنَمْنَمٌ: أي موقوم موشَّى، وقال: النقش: النمنمة. فكل منها يكون بالصور أو بغيرها.[9]
JENIS-JENIS GAMBAR الصورة
- Gambar tetap atau kekal seperti patung dan seumpamanya.
- Gambar bertempoh seperti gambar di cermin, pada air, permukaan yang berkilat, bayang sesuatu apabila berhadapan dengan sumber cahaya seperti شخوص الخيال atau ظل الخيال, صور ظل الخيال (seperti gambar wayang kulit) yang mula dikenali oleh orang Arab di zaman al-‘Abbasi dan disebut oleh Dr. Syauqi Dhaif orang Arab mengetahuinya sejak kurun ke-6 hijri.
- Gambar makhluk hidup yang berakal dan memiliki ruh seperti gambar insan.
- Gambar makhluk tidak berakal seperti haiwan, pokok, matahari, bintang, bulan, bunga, rumah dan seumpamanya.
PERBEZAAN ANTARA al-TIMTHAL التمثال DAN al-SURAH الصورة
al-Surah: ayat صورة الشيء kadang-kala merujuk kepada gambar itu sendiri. Kadang-kala pula merujuk kepada suatu lain yang mensifatkan bentuk sesuatu.
Manakala al-Timthal adalah gambaran yang mensifatkan suatu yang seumpamanya. [10]
HUKUM GAMBAR MANUSIA DAN HAIWAN
Para ulama bersepakat harus melukis gambar makhluk yang tidak bernyawa[11]. Mereka berbeza pandangan hukum melukis gambar makhluk bernyawa. Terdapat tiga pandangan ulama dalam permasalahan ini:
Pertama: Haram secara mutlaq. Inilah pandangan majoriti ulama, antara mereka ialah ulama mazhab Hanafi[12], Syafi’ie[13] dan Hambali[14]. al-Nawawi mendakwa telah berlaku ijmak dalam pengharaman ini.
Pengharaman mutlaq ini pula adalah secara umum. Terdapat juga perincian yang disepakati dan diperselisihkan di kalangan mereka.
Namun dakwaan ijmak haram secara mutlak oleh al-Imam al-Nawawi RH ini boleh dipertikaikan, disebabkan terbukti para ulama mazhab Maliki sepakat[15] mengharuskan gambar yang tidak berjisim dan tidak berbayang.
Dalil Pengharaman:
- Keumuman hadis mengharamkan gambar tanpa dibezakan antara yang berjisim atau tidak, antaranya:
عن سعيد بن أبي الحسن قال: كنت عند ابن عباس رضي الله عنهما، إذ أتاه رجل فقال: يا ابن عباس، إني إنسان إنما معيشتي من صنعة يدي، وإني أصنع هذه التصاوير، فقال ابن عباس: لا أحدثك إلا ما سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول، سمعته يقول: "من صوّر صورة، فإن الله معذبه حتى ينفخ فيها الروح، وليس بنافخٍ فيها أبدًا" فَرَبَا الرجلُ ربوة شديدة، واصفر وجهه، فقال ابن عباس: ويحك، إن أبيت إلا أن تصنع، فعليك بهذا الشجر، وكل شيء ليس فيه روح (البخاري 2225, مسلم 2110)
Maksudnya: “Daripada Sa’ied bin Abi Hasan katanya: “Aku berada di sisi Ibn ‘Abbas RA, apabila seorang lelaki datang kepadanya dan berkata: “Wahai Abu ‘Abbas, daku seorang yang hidupku bergantung dengan hasil tanganku, dan aku membuat gambar-gambar ini.” Kata Ibn ‘Abbas RA: “Aku tidak akan nyatakan kepadamu melainkan apa yang aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membuat gambar, sesungguhnya Allah akan mengazabnya (di hari kiamat) sehinggalah dia dapat meniupkan ruh ke dalam gambar-gambar tersebut, dan sudah tentu dia bukan seorang yang dapat melakukannya.” Lalu lelaki itu menarik nafas panjang, sehingga menyebabkan merah muka Ibn ‘Abbas seraya berkata: “binasa kamu, jika kamu perlu lakukan juga maka buatlah gambar pokok-pokok ini atau setiap sesuatu yang tidak memiliki ruh.”[16]
Dalam lafaz Muslim:
كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة
Maksudnya: “Diperintahkan dia meniup ruh kepada gambar tersebut pada hari kiamat.”
Hadis ini menunjukkan ada pengecualian gambar yang tidak bernyawa. Adapun lukisan yang tidak berbayang tetap diharamkan kerana jika ianya harus sudah tentu dijelaskan oleh Ibn ‘Abbas.
- Thabit larangan dari Nabi SAW berkaitan gambar tenunan berdasarkan hadis ‘Aisyah R.ha yang berkata:
قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم من سفر وقد سترت بقرام لي على سهوة لي فيها تماثيل، فلما رآه رسول الله صلى الله عليه وسلم هتكه وقال: "أشد الناس عذابا يوم القيامة الذين يضاهون بخلق الله", قالت: فجعلناه وسادة أو وسادتين (البخاري 5954, مسلم 2107)
Maksudnya: “Rasulullah SAW sampai dari permusafiran. Dan aku telah menutup sahwahku dengan tirai yang ada gambar. Apabila Rasulullah melihatnya baginda memotongnya dan bersabda: “Manusia yang paling dahsyat azabnya di hari kiamat ada mereka yang menyerupai ciptaan Allah.” Kata beliau: “Lalu kami buatnya menjadi satu bantal atau dua bantal.”[17]
Dalam sebahagian riwayat dinyatakan baginda bersabda:
إن من أشد الناس عذابا يوم القيامة الذين يشبهون بخلق الله
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling dahsyat azabnya pada hari kiamat adalah mereka yang menyerupai ciptaan Allah.” [18]
Dalam riwayat lain:
إن أصحاب هذه الصور يعذبون يوم القيامة ويقال لهم: أحيُوا ما خلقتم
Maksudnya: “Sesungguhnya pembuat gambar-gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: “Hidupkan apa-apa yang kamu semua telah ciptakan.” [19]
Dalam riwayat lain ‘Aisyah berkata:
فأخذت الستر فجعلته مرفقة أو مرفقتين[20]، فكان يرتفق بهما في البيت
Maksudnya: “Lalu aku ambilkan tirai itu dan aku buatnya menjadi satu atau dua bantal.” [21]
- Hadis ‘Aisyah R.’anha yang berkata:
وَاعَدَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فِي سَاعَةٍ يَأْتِيهِ فِيهَا، فَجَاءَتْ تِلْكَ السَّاعَةُ وَلَمْ يَأْتِهِ، وَفِي يَدِهِ عَصًا، فَأَلْقَاهَا مِنْ يَدِهِ، وَقَال: مَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَا رُسُلُهُ، ثُمَّ الْتَفَتَ فَإِذَا جِرْوُ كَلْبٍ[22] تَحْتَ سَرِيرِهِ، فَقَالَ يَا عَائِشَةُ: "مَتَى دَخَلَ هَذَا الْكَلْبُ هَاهُنَا؟"، فَقَالَتْ: وَاللَّهِ مَا دَرَيْتُ، فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ، فَجَاءَ جِبْرِيلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "وَاعَدْتَنِي فَجَلَسْتُ لَكَ فَلَمْ تَأْتِ"، فَقَالَ: "مَنَعَنِي الْكَلْبُ الَّذِي كَانَ فِي بَيْتِكَ إِنَّا لَا نَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةٌ "
Maksudnya: “Jibril AS telah berjanji dengan Rasulullah SAW yang dia akan datang pada satu waktu tertentu. Namun apabila waktu itu sampai Jibril masih belum sampai juga. Pada tangan baginda ketika itu ada sebatang tongkat, lalu baginda membuangnya dan bersabda: “Allah dan para utusanNya tidak akan memungkiri janji.” Apabila berpaling, baginda terlihat seekor anak anjing berada di bawah katil baginda, lalu bersabda: “Wahai ‘Aisyah, bilakah anjing itu masuk ke sini?” Jawab ‘Aisyah RA: “Demi Allah, daku tidak perasankannya.” Lalu anjing itu dikeluarkan. Lalu Jibril datang dan Rasulullah SAW bertanya: engkau telah berjanji denganku sehingga aku duduk menunggumu namun kamu tidak datang.” Jawab Jibril: “Anjing yang berada di dalam rumahmu menghalang aku, sesungguhnya kami tidak akan masuk di dalam rumah yang ada anjing dan gambar.” [23]
- Hadis Abu Hurairah R.’anhu.
أنّه دخل داراً تبنى بالمدينة لسعيد، أو لمروان، فرأى مصوّراً يصوّر في الدّار، فقال سمعت رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يقول: قال اللّه تعالى: ومن أظلم ممّن ذهب يخلق خلقاً كخلقي، فليخلقوا[24] ذرّة، أو ليخلقوا حبّة، أو ليخلقوا شعيرة[25]
Maksudnya: “Bahawa beliau masuk ke dalam sebuah rumah di Madinah dibina untuk Sa’ied atau Marwan. Beliau lihat gambar yang dibuat di dalamnya. Beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah taala berfirman: “Dan tiada yang lebih zalim berbanding mereka yang mencipta seperti ciptaanKu, maka hendaklah dia ciptakan sebiji zarah atau sebiji benih atau sebiji barli.” (Muslim)
Kedua: Harus berserta makruh bagi gambar yang tidak berbayang. Inilah pandangan ulama mazhab Maliki.[26]
Sebahagian ulama mazhab Maliki dan sebahagian salaf, dipersetujui oleh Ibn Hamdan dari mazhab Hambali mengatakan tidak haram jika memenuhi syarat-syarat berikut:
2.1 Gambar tidak berbayang atau tidak berjisim dan tidak berjasad seperti ukiran pada dinding, kertas, kain dan seumpamanya. Ia hanya dihukum makruh.[27]
2.2 Gambar tidak memiliki anggota yang sempurna dalam bentuk bergantung kehidupan pada anggota tersebut seperti gambar tiada kepala dan seumpamanya.
2.3 Gambar tidak kekal seperti yang dibuat atau diukir pada buah-buahan atau pada tepung dengan wujud perbezaan di kalangan mereka. Majoriti tetap mengatakan haram.
Dalil Keharusan:
- Daripada Abu Talhah RA riwayat al-Bukhari dan Muslim:
حَدَّثَنَا أَبُو الطَّاهِرِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ، أَنَّ بُكَيْرَ بْنَ الْأَشَجِّ، حَدَّثَهُ أَنَّ بُسْرَ بْنَ سَعِيدٍ، حَدَّثَهُ، أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ الْجُهَنِيَّ حَدَّثَهُ - وَمَعَ بُسْرٍ عُبَيْدُ اللَّهِ الْخَوْلَانِيُّ - أَنَّ أَبَا طَلْحَةَ، حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ قَالَ بُسْرٌ: فَمَرِضَ زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ فَعُدْنَاهُ، فَإِذَا نَحْنُ فِي بَيْتِهِ بِسِتْرٍ فِيهِ تَصَاوِيرُ، فَقُلْتُ :لِعُبَيْدِ اللَّهِ الْخَوْلَانِيِّ: أَلَمْ يُحَدِّثْنَا فِي التَّصَاوِيرِ؟ قَالَ إِنَّهُ قَالَ: إِلَّا رَقْمًا فِي ثَوْب[28] ، أَلَمْ تَسْمَعْهُ ؟ قُلْتُ : لَا ، قَالَ : بَلَى ، قَدْ ذَكَرَ ذَلِكَ
Maksudnya: Bahawa Bukair bin al-Asyajj menceritakan, Busr bin Sa’ied menceritakan kepadanya bahawa Zaid bin Khalid al-Juhani telah menceritakan kepadanya – bersama dengan Busr terdapat ‘Ubaidullah al-Khaulani – Abu Talhah menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar.” Berkata Busr: “Satu hari Zaid bin Khalid jatuh sakit. Lalu kami pergi menziarahinya. Apabila kami berada di dalam rumahnya, terdapat sehelai tirai yang bergambar. Lalu aku (Busr) berkata kepada ‘Ubaidullah al-Khaulani: “Bukankah beliau telah menceritakan kepada kita tentang (larangan) gambar-gambar?” jawab ‘Ubaidillah al-Khaulani: “Beliau (Zaid bin Khalid al-Juhani) berkata: “Melainkan ukiran pada kain. Tidakkah kamu mendengarnya?” aku menjawab: “Tidak.” Kata Ubaidullah: “Beliau telah menyebut perkara yang demikian itu.”
Hadis ini menunjukkan larangan yang dimaksudkan adalah kepada gambar dalam erti-kata yang berbayang dan berbuku, bukan semata-mata lukisan dan ukiran. Oleh itu hadis ini berperanan sebagai muqayyid kepada hadis umum di atas.
- Daripada ‘Aisyah RA yang berkata:
قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ وَعَلَّقْتُ دُرْنُوكًا[29] فِيهِ تَمَاثِيلُ فَأَمَرَنِي أَنْ أَنْزِعَهُ فَنَزَعْتُهُ
Maksudnya: “Nabi SAW sampai dari permusafiran, dan daku telah menggantungkan durnuk yang terdapat gambar padanya. Lalu baginda memerintahkan daku untuk menariknya dan aku melakukannya.”[30]
Di dalam riwayat dari Abi Usamah di sisi Muslim dinyatakan: فِيهِ الْخَيْلُ ذَوَاتُ الْأَجْنِحَةِ. Kata Ibn Hajar di dalam al-Fath: hadis ini menjadi dalil atas keharusan Ittikhaz al-Suwar jika tidak berbayang.
- Terdapat bukti dari hadis-hadis Nabi SAW adanya gambar-gambar tidak berbuku di rumah Nabi SAW. Ini menujukkan larangan baginda terhadap gambar-gambar tersebut dalam beberapa keadaan berikut:
- Berada di hadapan orang yang sedang solat[31] sehingga akan menyibukkannya seperti di dalam hadis:
أميطي عنا قرامك هذا، فإنه لا تزال تصاويره تعرض في صلاتي" (البخاري 374)
Maksudnya: “buangkan tirai kamu ini dari kami, sesungguhnya gambarnya sentiasa terlintas di dalam solatku.” (al-Bukhari 374)
- Digantung dan dijadikan penutup dinding seperti hadis ‘Aisyah R.ha:
رأيته خرج في غزاته، فأخذت نمطا فسترته على الباب، فلما قدم فرأى النمط عرفت الكراهية في وجهه، فجذبه حتى هتكه أو قطعه، وقال: "إن الله لم يأمرنا أن نكسو الحجارة والطين" قالت: فقطعنا منه وسادتين وحشوتهما ليفًا، فلم يعب ذلك علي (مسلم 2107). [32]
Maksudnya: “Aku mendapati baginda keluar ke salah satu peperangan. Lalu aku mengambil tirai dan menggantungkannya pada pintu. Apabila baginda pulang dan melihat tirai tersebut, aku dapat lihat perasaan tidak suka pada wajah baginda. Lalu baginda menarik tirai tersebut dan memotongnya seraya bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh kita memberi pakaian kepada batu dan tanah.” Kata ‘Aisyah: “Lalu kami potong dan jadikannya dua bantal dan kami jadikannya di dalam, dan baginda tidak mencelaku lagi.” (Muslim 2107)
Dalam riwayat lain dinyatakan: لا تستري الجدار" (شرح معاني الآثار 6926) Maksudnya: “Jangan kamu selimutkan dinding itu.”
Dalam riwayat lain dinyatakan:
كان لنا ستر فيه تمثال طائر، وكان الداخل إذا دخل استقبله، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حولي هذا فإني كلما دخلت فرأيته ذكرت الدنيا" (مسلم 2107).
Maksudnya: “Dahulu kami memiliki tirai yang bergambar seekor burung. Apabila seseorang masuk, dia akan menghadap gambar tersebut. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “pindahkan tirai ini. Sesungguhnya setiap kali aku masuk (ke dalam rumah) aku akan melihatnya dan aku akan mengingati dunia.” (Muslim 2107)
Kata al-Qurtubi:
وعنها: أنه كان لها ثوب فيه تصاوير ممدود إلى سَهْوة، فكان النبيّ صلى الله عليه وسلم يصلّي إليه فقال: «أخِّريه عني» قالت: فأخرته فجعلته وسادتين. قال بعض العلماء: ويمكن أن يكون تهتيكه عليه السلام الثوب وأمره بتأخيره وَرَعاً لأن محل النبوّة والرسالة الكمالُ. فتأمله.[33]
Maksudnya: “Kata sebahagian ulama, mungkin tindakan dari baginda memotong kain yang ada gambar tersebut dan perintah memindahkannya atas langkah wara’, kerana kedudukan kenabian dan kerasulan adalah satu kedudukan kesempurnaan. Maka hendaklah diperhatikan.”
- Illah larangan adalah Mudhahah atau menyerupai ciptaan Allah seperti yang dinyatakan di dalam hadis Abu Hurairah yang mendengar Rasulullah SAW bersabda:
قال الله عز وجل: ومن أظلم ممن ذهب يخلق كخلقي فلْيخلقوا ذرة أو لِيَخلقوا حبة أو شعيرة" (البخاري 7559)
Maksudnya: “Firman Allah Azza Wa Jall: “Dan tiada yang lebih zalim berbanding orang yang mencipta seperti ciptaanKu. Maka ciptalah sebiji zarah, atau ciptalah sebiji benih atau sebiji barli.” (al-Bukhari 7559)
- Beberapa sahabat mengukir cincin gambar haiwan bernyawa. Antaranya:
Diriwayatkan oleh al-Tohawi di dalam Syarh Ma’ani al-Athar 4/263:
فقد كان نقش خاتم النعمان بن مقرن إبلاً قابضًا إحدى يديه باسطًا الأخرى، وكان نقش خاتم حذيفة كركيان (والكركي نوع من الطيور)
Maksudnya: “Sesungguhnya ukiran cincin al-Nu’man bin Muqarrin adalah seekor unta, dalam keadaan dilipat salah satu kakinya dan dilepaskan yang sebelah lagi. Ukiran cintin Huzaifah pula adalah dua ekor burung Kurki.”
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dengan sanad yang dinilai sahih oleh Ibn Hajar di dalam al-Fath daripada Ibn ‘Aun yang berkata:
دخلت على القاسم وهو بأعلى مكة في بيته، فرأيت في بيته حجلة فيها تصاوير القُنْدُس[34] والعَنْقَاء" (المصنف 25301).
Maksudnya: “Daku masuk menziarahi al-Qasim di rumahnya bahagian atas Mekah. Aku melihat di dalam rumahnya satu tirai bergambar haiwan qundus dan burung ‘anqa’”
Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani:
والقاسم بن محمد أحد فقهاء المدينة، وكان من أفضل أهل زمانه، وهو الذي روى حديث النمرقة، فلولا أنه فهم الرخصة في مثل الحجلة ما استجاز استعمالها" (فتح الباري 10/388).
Maksudnya: “al-Qasim bin Muhammad adalah salah seorang fuqaha Madinah. Beliau adalah orang yang paling utama di zamannya. Beliaulah yang meriwayatkan hadis al-Namruqah[35]. Sekiranya beliau tidak memahami adanya keringanan pada tirai tersebut, sudah tentu beliau tidak akan menganggap harus menggunakannya.”
Ramai lagi para sahabat yang diriwayatkan memakai cincin yang berukiran haiwan bernyawa seperti Abu Musa al-Asy’ariy[36], Anas bin Malik[37], Huzaifah bin al-Yaman[38], Imran bin Husain[39], Ibn Mas’ud[40] dan Syuraih[41].
Ibn ‘Abidin menyebut di dalam al-Durr al-Mukhtar 1/649-650:
وقد صَرَّحَ فِي الْفَتْحِ وَغَيْرِهِ بِأَنَّ الصُّورَةَ الصَّغِيرَةَ لَا تُكْرَهُ فِي الْبَيْتِ. قَالَ: وَنُقِلَ أَنَّهُ كَانَ عَلَى خَاتَمِ أَبِي هُرَيْرَةَ ذُبَابَتَانِ اهـ
Maksudnya: “Dan telah dijelaskan di dalam al-Fath dan selainnya bahawa gambar yang kecil tidak dimakruhkan berada di dalam rumah. Beliau berkata: “Dinukilkan bahawa pada cincin Abu Hurairah terdapat gambar dua ekor lalat.”
Ketiga: Tidak haram melainkan jika dibuat bertujuan disembah.[42] Di dalam al-Musu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah mendakwa pandangan ini dinukilkan oleh al-Alusi di dalam tafsirnya Ruh al-Maaniy[43] ketika menafsirkan ayat 13 dari surah Saba’. Beliau menyebut bahawa al-Nahhas, Makki[44] dan Ibn Fars ada menukilkan pandangan ini dari sekumpulan ulama tanpa menyebut siapa. Kerana itu pandangan ini diabaikan oleh para fuqaha di dalam kitab mereka dan hanya dua pandangan sebelum ini sahaja yang yang diperjelaskan.[45]
Dalil:
- Firman Allah SWT:
يَعۡمَلُونَ لَهُۥ مَا يَشَآءُ مِن مَّحَٰرِيبَ وَتَمَٰثِيلَ وَجِفَانٖ كَٱلۡجَوَابِ وَقُدُورٖ رَّاسِيَٰتٍۚ ٱعۡمَلُوٓاْ ءَالَ دَاوُۥدَ شُكۡرٗاۚ وَقَلِيلٞ مِّنۡ عِبَادِيَ ٱلشَّكُورُ ١٣
Maksudnya: “Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima kasih.” (Saba’: 13)
Dengan alasan شرع من قبلنا شرع لنا berdasarkan firman Allah SWT:
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَى ٱللَّهُۖ فَبِهُدَىٰهُمُ ٱقۡتَدِهۡۗ
Maksudnya: “Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka...” (al-An’am: 90)
- Hadis Nabi SAW:
الذين يضاهون بخلق الله dalam sebahagian riwayat الذين يشبهون بخلق الله dan sabda Nabi SAW, Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ يَخْلُقُ خَلْقًا كَخَلْقِي؟ فَلْيَخْلُقُوا ذَرَّةً ، أَوْ لِيَخْلُقُوا حَبَّةً أَوْ لِيَخْلُقُوا َشَعِيرَةً[46]
Maksudnya: “Tiada yang lebih zalim berbanding orang yang mencipta seperkti ciptaanKu, maka hendaklah dia ciptakan zarah atau sebiji benih atau sebiji barli.”
Hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahirnya. Jika tidak, sudah tentu akan membawa hukum haram membuat gambar pokok, gunung-ganang, matahari dan bulan kerana ada sahaja unsur mudhahah. Sedangkan para ulama tidak mengharamkannya.
Oleh itu hadis-hadis ini mesti difahami memaksudkan sesiapa yang membuat gambar menyerupai ciptaan Allah bertujuan menyaingi التحدي ciptaanNya. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/105 dinyatakan:
ذهب بعض العلماء إلى أن المقصود بالتعليل بهذه العلة من صنع الصورة متحديا قدرة الخالق عزوجل ورأى أنه قادر أن يخلق كخلقه فيريه الله تعالى عجزه يوم القيامة، بأن يكلفه أن ينفخ الروح في تلك الصور.
Maksudnya: “Sebahagian ulama berpandangan maksud meletakkan illah ini iaitulah bagi sesiapa yang membuat gambar kerana menyaingi kekuasaan Pencipta Azza wa Jall dan beranggapan dia mampu mencipta seperti ciptaan Allah. Maka Allah perlihatkan kepadanya kelemahannya pada hari kiamat dengan ditaklifkan kepadanya agar dia meniupkan ruh ke dalam gambar-gambar tersebut.”
- Sabda Nabi SAW: إن أشد الناس عذابا عند الله يوم القيامة المصورون. Hadis ini jika difahami memaksudkan semata-mata membuat gambar maka ia bertentangan dengan asas syarak. Di mana tiada maksiat yang lebih dahsyat berbanding syirik, meninggalkan solat, membunuh dan zina. Bagaimana mungkin semata-mata menjadi seorang pembuat gambar boleh menerima ancaman yang paling dahsyat azabnya? Maka mesti difahami hadis ini memaksudkan orang yang membuat berhala untuk disembah selain Allah.
- Rumah Nabi SAW dan para sahabat terdapat gambar. Demikian juga mereka menggunakan Dinar Rom dan Dirham Parsi yang terdapat ukiran gambar tanpa sebarang pengingkaran.
ILLAH PENGHARAMAN
Para ulama yang mengharamkan gambar berbeza pandangan dalam mengenal pasti illah pengharaman gambar seperti berikut:
- Menyerupai مضاهاة ciptaan Allah berdasarkan hadis yang menyebutnya. Namun illah ini menimbulkan dua masalah:
- Ia boleh membawa hukum haram membuat gambar matahari dan bulan, bukit-bukau dan dan pokok, bahkan semua makhluk, sama ada yang bernyawa ataupun tidak.
- Menyebabkan hukum haram juga untuk permainan kanak-kanak.
Oleh itu illah ini mesti difahami memaksudkan menyerupai atau menyamai bagi tujuan menyaingi ciptaan Allah, seperti pandangan ketiga di atas.
Menganggap mampu membuat ciptaan sama seperti ciptaan Allah SWT adalah satu kesalahan yang paling besar. Kefahaman ini akan selari dengan hadis yang menyatakan Allah akan meminta pembuat ‘Surah’ meniupkan ruh ke dalam Surah yang dibuatnya di akhirat kelak bagi memperlihatkan kelemahannya.
Memahami Illah seperti ini memiliki persamaan dengan firman Allah berkaitan orang yang mendakwa dia juga menurunkan sesuatu seperti Allah menurunkan sesuatu dan dia juga diturunkan wahyu sedangkan wahyu tidak diturunkan kepadanya. Orang yang seperti ini disebut sebagai orang yang paling zalim. Di dalam al-Quran Allah menegaskan perbuatan seperti ini merupakan satu kezaliman yang tiada tandingannya. Firman Allah SWT:
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمۡ يُوحَ إِلَيۡهِ شَيۡءٞ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثۡلَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُۗ
Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata: "Telah diwahyukan kepada saya", padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata: "Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah…” (al-An’am: 93)
Dakwaan menyamai Tuhan Maha Pencipta adalah satu kezaliman yang amat besar dan nyata dan pelakunya berhak mendapat azab yang paling dahsyat. Demikianlah orang yang mendakwa dapat menyaingi ciptaan Allah, ia merupakan satu kezaliman yang paling dahsyat.
Maka ini merupakah illah yang dapat difahami dalam pengharaman membuat gambar. Kefahaman ini disokong dengan hadis Qudsi dari Abu Hurairah RA, di mana Allah berfirman:
ومن أظلم ممن ذهب يخلق خلقا كخلقي
Kalimah ذهب di dalam hadis ini bermaksud قصد seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hajar di dalam al-Fath 10/386. Maka maksud hadis ini lebih jelas dan menjadikan pengharaman membuat gambar berkongsi illah yang sama dengan kandungan ayat 93 dari surah al-An’am di atas yang dinyatakan oleh Allah sebagai kezaliman yang paling besar.
- Gambar merupakan wasilah berlakunya ghulu dalam mengagungkan selain Allah sehingga membawa kepada kesyirikan.
Nabi SAW diutuskan kepada masyarakat yang menyembah berhala yang menyangka berhala tersebut mendekatkan mereka kepada Allah. Manakala baginda SAW membawa agama Islam yang mahu meruntuhkan kesyirikan dan keberhalaan, digantikan dengan pengisytiharan syi’ar tauhid لا إله إلا الله.
Bagi melaksanakan hasrat ini, selain dari mendatangkan hujah dan penerangan, dakwah Islam juga menggunakan pendekatan menyekat apa sahaja jalan yang boleh membawa kepada kesesatan dan kesyirikan.
Kata Ibn al-‘Arabi:
والذي أوجب النهي عن التصوير في شرعنا -والله تعالى أعلم- ما كانت العرب عليه من عبادة الأوثان والأصنام، فكانوا يصورون ويعبدون، فقطع الله الذريعة وحمى الباب
Maksudnya: “Dan yang mewajibkan larangan dari membuat gambar di dalam syariat kita – wallahu a’lam – (adalah disebabkan) dahulunya orang-orang Arab menyembah berhala. Dahulunya mereka membuat gambar dan menyembahnya. Maka Allah menyekat jalan kepada kesyirikan dan memelihara pintu ke arahnya.”[47]
Illah ini disandarkan juga kepada hadis muallaq di dalam Sahih al-Bukhari sebagai tafsir kepada surah Nuh berkaitan Waddan, Suwa’, Yaghuth, Ya’uq dan Nasran, dari Ibn ‘Abbas yang berkata:
هذه أسماء رجال صالحين من قوم نوح، فلما هلكوا، أوحى الشيطان إلى قومهم: أن انصبوا إلى مجالسهم التي كانوا يجلسون فيها أنصاباً، وسموها بأسمائهم، ففعلوا، ولم تعبد، حتى إذا هلك أولئك، وتنسخ العلم، عبدت[48]
Maksudnya: “Ini adalah nama orang-orang saleh dari kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia, syaitan meilhamkan kepada kaum mereka agar ditegakkan berhala mereka di majlis-majlis mereka dan menamakannya dengan nama-nama mereka. Lalu mereka lakukannya dan berhala-berhala itu tidak disembah, sehinggalah mereka meninggal dunia, manakala ilmu pula menjadi hilang, lalu disembah berhala-berhala tersebut.”
Namun pada peringkat manakah yang hendak disekat oleh syariat bagi menjamin jalan yang boleh membawa kepada kesyirikan ini berjaya ditutup? Apakah dengan larangan al-Taswir secara mutlak, atau melarang gambar-gambar yang ditegakkan dan membolehkan gambar yang tidak ditegakkan? Atau melarang gambar yang berjisim sahaja kerana yang berjisimlah yang disembah?
Perkara ini menimbulkan perbezaan pendapat ulama. Atas dasar ini, sebahagian ulama berpandangan Nabi SAW dengan tegas memerintahkan agar dipecahkan berhala di peringkat awalnya. Setelah perkara itu diketahui ramai dan masyarakat telah bebas dari mengagungkan berhala, maka baginda memberi keringanan untuk gambar المسطحة dengan sabda baginda: إلا رقما في ثوب.[49]
- Kerana menyerupai perbuatan musyrikin yang membuat patung dan berhala untuk disembah, sekalipun sesuatu patung dibuat bukan untuk disembah. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah mengatakan jika atas dasar illah ini, ia hanya menjadikan hukum makruh.[50]
- Keberadaan gambar menghalang kehadiran malaikat. Namun meletakkan sebab ini sebagai illah larangan telah dibantah oleh ramai ulama antaranya para ulama dari mazhab Hambali. mereka berkata:
“Sesungguhnya hadis me’nas’kan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada gambar tidak semestinya membawa maksud larangan taswir, sama seperti al-Janabah. Ini kerana keberadaan orang berjunub juga menghalang malaikat masuk ke dalam rumah berdasarkan sebahagian riwayat: لا تدخل الملائكة بيتا فيه صورة ولا كلب ولاجنب[51] maka tidak semestinya ia menunjukkan larangan berjunub.”
Oleh itu malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada gambar adalah disebabkan gambar itu haram, sama sepertimana diharamkan seorang muslim duduk bersama hidangan yang dipenuhi dengan arak. Maka yang menghalang malaikat masuk adalah kesan perkara yang haram, ia bukan illah.
MEMBUAT GAMBAR TIDAK BERBUKU الصور المسطحة DUA DIMENSI
Para ulama berbeza pandangan dalam masalah ini:
Pertama: Ulama Mazhab Maliki berpandangan harus membuat gambar dua dimensi secara mutlaq bersama makruh. Jika gambar tersebut tidak dimuliakan يمتهن maka tiada hukum makruh sebaliknya Khilaf Awla. Hukum makruh ini gugur jika gambar terpotong anggota yang tiada kehidupan dengan kehilangannya.[52]
Hujah:
- Hadis Sahl bin Hunaif RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لا تدخل الملائكة بيتا فيه صورة إلا رقما في ثوب[53]
Maksudnya: “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar melainkan ukiran di kain tirai.”
Di dalam hadis ini terdapat مقيد, maka difahami bersama muqayyad ini setiap hadis lain yang melarang taswir dan terdapat laknat ke atas Musawwirin.
- Penggunaan gambar di rumah Nabi SAW. Antaranya hadis yang menunjukkan ‘Aisyah RA membuat bantal (المخدة) penyandar yang bergambar:
فأخذت الستر فجعلته مرفقة أو مرفقتين، فكان يرتفق بهما في البيت
Maksudnya: “Maka aku mengambil tirai tersebut dan menjadikannya sebagai satu atau dua bantal penyandar, baginda menyandar pada kedua-duanya di rumah.”
Dalam sebahagian riwayat dinyatakan: وإن فيهما الصور bermaksud: “dan pada kedua-duanya terdapat gambar-gambar.” Dalam sebahagian riwayat lain dinyatakan:
كان لنا ستر فيه تمثال طائر، وكان الداخل إذا دخل استقبله، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: "حولي هذا فإني كلما دخلت فرأيته ذكرت الدنيا" (مسلم 2107).
Maksudnya: “Dahulu kami memiliki tirai yang bergambar seekor burung. Apabila seseorang masuk akan menghadap gambar tersebut. Lalu Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “pindahkan tirai ini. Sesungguhnya setiap kali aku masuk (ke dalam rumah) aku akan melihatnya dan aku akan mengingati dunia.” (Muslim 2107)
Di dalam hadis ini baginda menyatakan illah supaya tirai tersebut dipindahkan dari tempatnya iaitulah baginda tidak mahu disibukkan dengan sesuatu yang bersangkutan dengan keduniaan dalam kerja dakwah yang baginda lakukan. Ia tidak semestinya menunjukkan tirai seperti itu haram ke atas umat baginda.
Dalam riwayat Anas bin Malik pula baginda bersabda:
أميطي عنا قرامك هذا، فإنه لا تزال تصاويره تَعْرِض في صلاتي
Dalam riwayat ‘Aisyah RA dinyatakan: لا تستري الجدار[54], dan baginda bersabda: إن الله لم يأمرنا أن نكسو الحجارة والطين[55]
Di dalam hadis Safinah maula Ummu Salamah[56] lebih jelas. Di mana ‘Ali bin Abi Tolib pernah menjemput baginda SAW ke rumah beliau. Dinyatakan di dalam hadis:
فَجَاءَ فَوَضَعَ يَدَهُ عَلَى عِضَادَتَي الْبَابِ[57]، فَرَأَى الْقِرَامَ[58] قَدْ ضُرِبَ بِهِ فِي نَاحِيَةِ الْبَيْتِ فَرَجَعَ، فَقَالَتْ فَاطِمَةُ لِعَلِيٍّ: الْحَقْهُ، فَانْظُرْ مَا رَجَعَهُ، فَتَبِعْتُهُ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا رَدَّكَ؟ فَقَالَ: " إِنَّهُ لَيْسَ لِي أَوْ لِنَبِيٍّ أَنْ يَدْخُلَ بَيْتًا مُزَوَّقًا[59]
Maksudnya: “Baginda datang dan meletakkan tangan di atas dua hujung kayu pintu. Baginda terlihat tirai berhias yang diletak di hujung pintu, lalu baginda pulang. Kata Fatimah kepada ‘Ali: “Pergi dapatkan baginda, apa yang menyebabkan baginda pulang?.” Lalu aku mendapatkan baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang menyebabkan dikau pulang?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya bukan untuk aku atau seseorang nabi masuk ke dalam rumah yang dihiasi cantik.” (al-Albani di dalam Takhrij Misykah al-Masabih: “Isnadnya hasan.”: https://dorar.net/hadith/ )
- Nabi dan para sahabat menggunakan dinar Rom dan dirham Parsi yang memiliki gambar-gambar raja mereka. Buku-buku yang ditulis berkaitan sejarah al-Nuqud menyatakan ‘Umar bin al-Khattab membuat al-Darahim berdasarkan acuan Parsi (السكة[60] الفارسية) yang memiliki gambar. Mu’awiyah pula membuat al-Dananir yang memiliki gambar setelah membuang gambar salib. Abdul Malik membuat dinar yang terdapat gambarnya memikul pedang di atas bahu (متقلدا سيفا), setelah itu ‘Abdul Malik dan al-Walid membuat dinar yang tiada lagi gambar.[61]
- Para sahabat dan tabi’ien menggunakan tirai yang bergambar. Antara mereka ialah Zaid bin Khalid al-Juhaniy RA[62] memiliki tirai-tirai yang bergambar[63]. Hadis berkaitan hal ini terdapat di dalam al-Bukhari dan Muslim. Demikian juga Abu Talhah RA menggunakan tirai yang bergambar dan diperakui oleh Sahl bin bin Hunaif RA[64]. Hadis tentang kedua mereka ini ada di dalam al-Muwattha’, al-Tirmizi dan al-Nasa’ie. Mereka berpegang kepada hadis Nabi SAW: إلا رقما في ثوب.
Ibn Abi Syaibah ada meriwayatkan daripada ‘Urwah bin al-Zubair yang bersandar atau berbaring menggunakan penyandar, bantal atau alas yang terdapat gambar burung dan orang-orang lelaki.
al-Tahawi meriwayatkan bahawa ‘Imran bin Husain mengukir cincin gambar seorang lelaki memikul pedang dibahunya (متقلدا سيفا)[65]. Demikian juga ukiran cincin al-Nukman bin Muqarrin (النعمان بن مقرن) RA, yang mengetuai pembukaan Parsi, berupa seekor unta[66]. Daripada al-Qasim bahawa ukiran cincin Abdullah adalah dua ekor lalat[67]. Ukiran cincin Huzaifah bin al-Yaman pula berupa dua ekor burung Kurkiy[68].
Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya daripada Ibn ‘Aun yang berkata:
دَخَلْت عَلَى الْقَاسِمِ[69] وَهُوَ بِأَعْلَى مَكَّةَ فِي بَيْتِهِ فَرَأَيْت فِي بَيْتِهِ حَجَلَةً[70] فِيهَا تَصَاوِيرُ الْقُنْدُسِ وَالْعَنْقَاءِ[71][72]
Maksudnya: “Aku masuk menemui al-Qasim, beliau berada di rumahnya di bahagian atas Mekah. Aku melihat di dalam rumahnya tirai yang bergambar al-Qundus dan burung ‘Anqa’.”
al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan:
عَنْ مُسْلِمٍ قَالَ كُنَّا مَعَ مَسْرُوقٍ فِي دَارِ يَسَارِ بْنِ نُمَيْرٍ[73] فَرَأَى فِي صُفَّتِهِ[74] تَمَاثِيلَ
Maksudnya: “Daripada Muslim katanya: “Kami pernah bersama dengan Masruq di dalam rumah Yasar bin Numair. Beliau melihat di tirai rumah terdapat gambar-gambar.”
Kedua: Majoriti ulama terdiri dari ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hambali berpandangan Haram sama seperti membuat gambar berbuku atau tiga dimensi. Sebahagian mereka mengecualikan gambar-gambar yang terputus anggota, tidak dimuliakan الممتهنة dan seumpamanya:
Hujah:
Itlaqan hadis-hadis yang melaknat al-Musawwirin dan mereka akan diazab di akhirat kelak. Demikian juga mereka akan diperintahkan agar meniupkan ruh untuk gambar-gambar tersebut.
Mereka juga berpandangan golongan yang mengharuskan membuat gambar tidak berbuku dengan hujah baginda Nabi SAW dan para sahabat ada menggunakan bantal yang ada gambar adalah tertolak. Ini kerana keharusan menggunakan gambar tidak berbuku tidak semestinya keharusan membuat gambar, memandangkan terdapat nas yang mengharamkan al-Taswir dan melaknat al-Musawwir. Dua perkara ini tidak sama, ditambah lagi dengan sebahagian riwayat yang ada meletakkan illah larangan iaitulah menyamai المضاهاة dengan ciptaan Allah. Dosa ini tidak berlaku pada menggunakan sesuatu yang ada gambar.[75]
MEMBUAT GAMBAR TERPOTONG ANGGOTA, SEPARUH DAN SEUMPAMANYA
Ulama mazhab Maliki mengharuskan membuat gambar insan atau haiwan sama ada berbentuk patung berjisim atau gambar dua dimensi tidak sempurna anggota zahir yang kehidupan bergantung kepadanya. Seperti kepala, perut dan dada terpotong.
Ini juga pandangan ulama mazhab Hambali seperti yang dinyatakan di dalam al-Mughniy 7/7 oleh Ibn Qudamah:
إذَا كَانَ فِي ابْتِدَاءِ التَّصْوِيرِ صُورَةُ بَدَنٍ بِلَا رَأْسٍ ، أَوْ رَأْسٍ بِلَا بَدَنٍ ، أَوْ جُعِلَ لَهُ رَأْسٌ وَسَائِرُ بَدَنِهِ صُورَةُ غَيْرِ حَيَوَانٍ ، لَمْ يَدْخُلْ فِي النَّهْي ; لِأَنَّ ذَلِكَ لَيْسَ بِصُورَةِ حَيَوَانٍ
Maksudnya: “Apabila di permulaan membuat gambar, satu gambar badan tanpa kepala, atau kepala tanpa badan, atau dijadikan untuknya satu kepala dan semua badannya satu gambar yang bukan haiwan, ia tidak termasuk dalam larangan kerana demikian itu bukan gambar haiwan.”
Ini juga pandangan ulama mazhab al-Syafi’ie tanpa ada perbezaan nukilan. Manakala pandangan yang rajih di sisi mereka jika gambar terpotong itu bukan kepala, maka hukumnya adalah haram. Di dalam Asna al-Matolib 3/226 dinyatakan:
وَكَذَا إِنْ قُطِعَ رَأْسُ الصُّورَةِ، قَال الكوهكيلوني: وَكَذَا حُكْمُ مَا صُوِّرَ بِلاَ رَأْسٍ وَأَمَّا الرُّءُوسُ بِلاَ أَبْدَانٍ فَهَل تَحْرُمُ؟ فِيهِ تَرَدُّدٌ، وَالْحُرْمَةُ أَرْجَحُ
Maksudnya: “Demikian juga jika dipotong kepala gambar. Kata الكوهكيلوني: “Demikian hukum apa-apa yang dibuat gambar tanpa kepala. Adapun gambar dengan kepala tanpa badan pula apakah diharamkan? Terdapat taraddud, hukum haram adalah lebih rajih.”
MEMBUAT GAMBAR YANG TIADA UNSUR DIMULIAKAN (الممتهنة)
Kebanyakan para ulama dari keempat-empat mazhab berpandangan gambar ukiran dan lukisan yang berbuku dan tidak berbuku yang dianggap rendah adalah harus. (lihat Radd al-Muhtar 1/648[76], Mawahib al-Jalil 1/551, Mughniy al-Muhtaj 4/408 al-Insaf 1/474). Seperti di tanah, permaidani, hamparan, bantal dan seumpamanya.[77]
Atas dasar ini, sebahagian ulama berpandangan harus membuat apa-apa gambar, lukisan dan patung jika direndah atau tidak dimuliakan. Inilah pandangan ramai ulama mazhab Maliki, melainkan ada yang berpandangan khilaf al-Awla.
Di sisi ulama mazhab al-Syafi’ie pula terdapat dua wajah: Asah mengatakan haram. Ini juga pandangan ulama mazhab Hanafi seperti yang dijelaskan oleh Ibn ‘Abidin. Ibn Hajar pula menukilkan pandangan dari al-Mutawalli mengharuskan membuat atau mengukir gambar di atas bumi.
Cuma mereka berbeza pandangan menentukan batas nilai rendah tersebut. Kesimpulannya seperti berikut:
- Tergantung dan ditegakkan dan meninggi adalah satu yang diagung dan termasuk dalam tegahan dan larangan.
- Apa-apa yang dipijak, diduduki seperti permaidani, bantal dan seumpamanya adalah suatu yang direndahkan.
Kata Laith bin Abi Salim:
دخلت على سالم بن عبدالله وهو متكئ على وسادة فيها تماثيل طير ووحش فقلت: أليس يكره هذا؟ قال: لا إنما يكره ما نصب نصبًا" (المسند 6326)
Maksudnya: “Aku (Laith) masuk menemui Salim bin Abdillah, dia ketika itu sedang bersandar di atas bantal ada gambar-gambar burung dan binatang liar. Aku berkata: “Bukankah dibenci hal ini?” beliau menjawab: “Tidak, hanyayang dibenci itu apa-apa yang ditegakkan.” (al-Musnad 6326)
Para ulama juga berbeza pandangan terhadap gambar-gambar yang tidak jelas kerendahannya dan tidak diagungkan. Apakah ia tergolong gambar yang diagungkan atau yang direndahkan?
- Nas ulama syafi’iyyah mengharuskan gambar yang terdapat pada bekas-bekas yang direndahkan. Di dalam Mughniy al-Muhtaj 4/408 dinyatakan:
وآنية تمتهن الصور باستعمالها كطَبَقٍ وخِوان وقصعة
Maksudnya: “Dan bekas yang tidak dimuliakan gambar-gambar dengan penggunaannya seperti mangkuk, pinggan dan talam.”
- Ulama berbeza pandangan tentang hukum gambar yang ada pada pakaian. Majoriti berpandangan tidak haram kerana ia termasuk sesuatu yang direndahkan. Sepertimana yang dilakukan oleh ‘Aisyah RA apabila Nabi SAW memotong tirai yang ada gambar, beliau berkata:
فجعلته وسائد (مسلم 2107). قال الحنفية: وتزول الكراهة إذا لبس فوقها ما يغطيها (مواهب الجليل 1/551، البحر الرائق 2/29)
Maksudnya: “Maka aku jadikannya sebagai hamparan-hamparan (muslim 2107). Kata ulama mazhab Hanafi: “dan gugur makruh jika dipakai di atasnya sesuatu yang menutupnya.” (Mawahib al-Jalil 1/551 dan al-Bahr al-Ra’iq 2/29)
Kata al-Syarbini:
والضابط في ذلك إن كانت الصورة على شيء مما يهان جاز وإلا فلا" (مغني المحتاج 4/408).
Maksudnya: “Dan panduan dalam hal itu ialah jika gambar tersebut berada di atas sesuatu yang direndahkan (tidak dimuliakan) maka hukumnya harus, jika sebaliknya maka tidak dibenarkan.” (Mughniy al-Muhtaj 4/408)
Sebahagian mengatakan makhruh dan sebahagian lagi mengatakan haram dan inilah pandangan muktamad dalam mazhab Hambali kerana berpandangan pakaian yang dipakai tidak mengandungi makna kerendahan. (al-Furu’ 2/74)
Pandangan dan Cadangan
Penulis merasakan pandangan yang mengatakan illah pengharaman gambar adalah kerana ia dibuat bagi tujuan untuk diagungkan adalah lebih jelas. Memandangkan masyarakat Arab di zaman Nabi SAW begitu hampir dengan zaman penyembahan berhala dan sudah tentu perasaan mengangungkan berhala itu masih ada di dalam diri mereka sekalipun dengan hanya memandang kepadanya, maka keluarlah tegahan dan ancaman keras berkaitannya bagi mengikis habis rasa pengagungan terhadap berhala. Kata salah seorang Ashabul Wujuh mazhab al-Syafi’ie, al-Syeikh Abu Sa’ied al-Ishtakhriy RH:
إِنَّمَا كَانَ التَّحْرِيمُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ - لِقُرْبِ عَهْدِهِمْ بِالْأَصْنَامِ وَمُشَاهَدَتِهِمْ بِعِبَادَتِهَا لِيَسْتَقِرَّ فِي نُفُوسِهِمْ بُطْلَانُ عِبَادَتِهَا وَزَوَالُ تَعْظِيمِهَا، وَهَذَا الْمَعْنَى قَدْ زَالَ فِي وَقْتِنَا لِمَا قَدِ اسْتَقَرَّ فِي النُّفُوسِ مِنَ الْعُدُولِ عَنْ تَعْظِيمِهَا فَزَالَ حُكْمُ تَحْرِيمِهَا، وَحَظْرُ اسْتِعْمَالِهَا، وَقَدْ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ مَنْ يَعْبُدُ كُلَّ مَا اسْتَحْسَنَ مِنْ حجر تَحْرِيمِهَا، وَحَظْرُ اسْتِعْمَالِهَا، وَقَدْ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ مَنْ يَعْبُدُ كُلَّ مَا اسْتَحْسَنَ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ فَلَوْ كَانَ حُكْمُ الْحَظْرِ بَاقِيًا لَكَانَ اسْتِعْمَالُ كُلِّ مَا اسْتُحْسِنَ حَرَامًا
“Pengharaman gambar di zaman Nabi SAW kerana hampirnya mereka dengan zaman pengibadatan patung-patung dan penyertaan mereka di dalam pengibadatannya, agar menetap kukuh di dalam diri mereka kebatilan pengibadatan kepada berhala dan gugur pengagungan kepadanya. Maksud ini telah tiada lagi di zaman kita, di mana telah menetap kukuh di dalam diri tidak mengagungkan berhala, maka gugurlah hukum pengharamannya dan tegahan menggunakannya. Dahulunya di zaman jahiliyyah terdapat mereka yang menyembah apa-apa yang dipandang elok terdiri dari batu atau pokok. Kalaulah hukum larangan ini kekal, sudah tentu menggunakan setiap apa yang dianggap elok juga adalah haram.” (al-Hawi al-Kabir 9/564)
Oleh itu, penulis berpandangan Harus membuat lukisan dan mengukir makhluk bernyawa di dinding-dinding.
Hadis-hadis pengharaman gambar dan ancaman kepada al-Musawwir tidak boleh difahami secara zahir bahkan mesti diandaikan ia merujuk kepada gambar yang dibuat bagi tujuan penyembahan atau dibuat bertujuan menyaingi dan menandingi ciptaan Allah.
Sekalipun demikian, memandangkan penyelewengan dengan patung dan berhala ini merupakan barah umat manusia tanpa mengira zaman, dengan mengambil kira pandangan majoriti ulama, di bawah ini dicadangkan beberapa garis panduan sebagai سد الذريعة yang mesti dipenuhi untuk keharusan lukisan gambar makhluk bernyawa di dinding-dinding:
- Hanya untuk lukisan dua dimensi sahaja.
- Jauh dari kawasan solat umat Islam.
- Dibuat dalam saiz yang bersesuaian dengan maksud dan jauh dari unsur pengagungan sama ada sekarang atau akan datang.
Jika ia membabitkan lukisan pemimpin dan tokoh masyarakat hendaklah diketatkan tiga syarat di atas.
-----------------------------------------------------
[1] الصورة di dalam al-Durr al-Mukhtar dinyatakan: الصُّورَةُ عَامٌّ فِي ذِي الرُّوحِ وَغَيْرِهِ، وَالتِّمْثَالُ خَاصٌّ بِمِثَالِ ذِي الرُّوحِ 1/647
[2] Fath al-Bari: ( أَمِيطِي ) أَيْ أَزِيلِي وَزْنًا وَمَعْنًى
[3] Fath al-Bari: ( قِرَامٌ ) بِكَسْرِ الْقَافِ وَتَخْفِيفِ الرَّاءِ : سِتْرٌ رَقِيقٌ مِنْ صُوفٍ ذُو أَلْوَانٍ
[4] al-Bukhari
[5] HR Muslim 5360
[6] Di dalam Mirqah al-Mafatih dinyatakan:
سَهْوَةٍ: بِفَتْحِ سِينٍ مُهْمَلَةٍ وَسُكُونِ هَاءٍ كُوَّةٌ بَيْنَ الدَّارَيْنِ ذَكَرَهُ فِي شَرْحِ السُّنَّةِ، وَفِي الْفَائِقِ هِيَ كَالصُّفَةِ تَكُونُ بَيْنَ يَدَيِ الْبَيْتَ، وَقِيلَ: هِيَ بَيْتٌ صَغِيرٌ مُنْحَدِرٌ فِي الْأَرْضِ وَسُمْكُهُ مُرْتَفِعٌ مِنْهَا شَبِيهٌ بِالْخِزَانَةِ، يَكُونُ فِيهَا الْمَتَاعُ، وَقِيلَ: شَبِيهَةٌ بِالرَّفِّ أَوِ الطَّاقِ يُوضَعُ فِيهِ الشَّيْءُ كَأَنَّهَا سُمِّيَتْ بِذَلِكَ، لِأَنَّهَا يُسْهَى عَنْهَا لِصِغَرِهَا وَخَفَائِهَا
[7] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah
[8] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/92-95 dengan olahan.
[9] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/95
[10] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/92-95 dengan olahan.
[11] ويَأْتِي أَنَّ غَيْرَ ذِي الرُّوحِ لَا يُكْرَهُ 1/647. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyan al-Kuwaitiyyah 12/97
[12] Radd al-Muhtar 1/650
[13] Mughniy al-Muhtaj 4/409
[14] Kashf al-Qina’ 1/279-280. Ulama mazhab Hambali kategorikan dalam dosa besar.
[15] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/102
[16] HR al-Bukhari dan Muslim
[17] HR al-Bukhari 5954 dan Muslim 2107
[18] HR Muslim 3/1667
[19] HR al-Bukhari berserta al-Fath 10/389 dan Muslim 3/1669
[20] Al-Siraj al-Wahhaj fi Syarh Kashf Matolib Muslim bin al-Hajjaj Syarh Mukhtasar Sahih Muslim oleh al-Hafidz al-Munziri 6/45 oleh Muhammad Sadiq Khan dinyatakan:
( فأخذته فجعلته مرفقتين ) تثنية مرفقة كمكنسة وهي المِخَدَّة. ( فكان يرتفق بهما في البيت ) قال في القاموس : ارتفق اتكأ على مرفق يده أو على المخدة
[21] HR al-Bukhari dan Muslim
[22] وَلَدُ الْكَلْبِ
[23] HR al-Bukhari bersama al-Fath 10/391 dan Muslim 3/1664. Diriwayatkan juga dari Maimunah R.’anha hadis yang seumpama dengan hadis ini di dalam Sahih Muslim. Jibril berkata: إنا لا ندخل بيتا فيه كلب ولا صورة. Ada juga diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Tolib dan Abu Hurairah R.’anhuma.
[24] Lam di sini adalah Lam al-Amr (perintah). Kata al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim:
وَمَعْنَاهُ ، فَلْيَخْلُقُوا ذَرَّةً فِيهَا رُوحٌ تَتَصَرَّفُ بِنَفْسِهَا كَهَذِهِ الذَّرَّةِ الَّتِي هِيَ خَلْقُ اللَّهِ تَعَالَى، وَكَذَلِكَ فَلْيَخْلُقُوا حَبَّةَ حِنْطَةٍ أَوْ شَعِيرٍ أَيْ لِيَخْلُقُوا حَبَّةً فِيهَا طَعْمٌ، تُؤْكَلُ وَتُزْرَعُ وَتَنْبُتُ، وَيُوجَدُ فِيهَا مَا يُوجَدُ فِي حَبَّةِ الْحِنْطَةِ وَالشَّعِيرِ وَنَحْوِهِمَا مِنَ الْحَبِّ الَّذِي يَخْلُقُهُ اللَّهُ تَعَالَى، وَهَذَا أَمْرُ تَعْجِيزٍ كَمَا سَبَقَ. وَاللَّهُ أَعْلَمُ
[25] HR Muslim
[26] Manh al-Jalil 3/529
[27] Dari sini Ibn al-‘Arabi menukilkan ijmak membuat gambar yang berbayang adalah haram.
[28] Di dalam Dzakhirah al-‘Uqba fi Syarh al-Mujtaba dikenali juga sebagai Ghayah al-Muna fi Syarh al-Mujtaba 39/125-126, Syarh Sunan al-Nasa’ie dinyatakan:
( إلا ما كان رقما في ثوبه ؟ ) الرقم بفتح ، فسكون - : النقش ، والوشي . قاله في « النهاية » ۲۰۳ / ۲ وقال في القاموس » : رَقَمَ الثوبَ : خططه ، كرقّمه . انتهى . وقال في « المصباح » : رَقَمتُ الثوب رَفَمَا ، من باب قتل : وَشَيْتُه ، فهو مرقوم ، ورقمتُ الكتاب : كتبته ، فهو مرقوم ، ورَقِيمُ . قال ابن فارس : الرقم : كل ثوب رُقم : أي وُشِيَ برقم معلوم ، حتى صار علمًا ، فيقال : بَرْدُ رَقْم ، وبُرُود رقم . وقال الفارابي : الرقم من الخَزّ ما رُقِمَ ، ورقمتُ الشيء : أعلمته بعلامة تُميّزه عن غيره، كالكتابة ، ونحوها ، ومنه لا يباع الثوب برقمه ، ولا بلمسه » . انتهى
قال النووي : يحتج بهذا الحديث من يقول بإباحة ما كان رقما مطلقا، وجوابنا ، وجواب الجمهور عنه أنه محمول على رقم على صورة الشجر، وغيره مما ليس بحيوان، وهذا جائز عندنا. انتهى
قال الجامع عفا الله تعالى عنه: هذا الذي قاله النووي من أن المراد رقم الشجر ونحوه فيه نظر؛ إذ لا فرق في جواز تصوير الشجر، ونحوه مما ليس بحيوان بين ما كان رقما في ثوب، وبين غيره، فتأمل بإنصاف.
Ibn Hajar di dalam al-Fath:
فقال زيد : " سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول : إلا رقما في ثوب " قال النووي : يجمع بين الأحاديث بأن المراد باستثناء الرقم في الثوب ما كانت الصورة فيه من غير ذوات الأرواح كصورة الشجر ونحوها ا ه . ويحتمل أن يكون ذلك قبل النهي كما يدل عليه حديث أبي هريرة الذي أخرجه أصحاب السنن وسأذكره في الباب الذي يليه ، وقال ابن العربي : حاصل ما في اتخاذ الصور أنها إن كانت ذات أجسام حرم بالإجماع ، وإن كانت رقما فأربعة أقوال : الأول : يجوز مطلقا على ظاهر قوله في حديث الباب إلا رقما في ثوب، الثاني: المنع مطلقا حتى الرقم، الثالث: إن كانت الصورة باقية الهيئة قائمة الشكل حرم وإن قطعت الرأس أو تفرقت الأجزاء جاز، قال وهذا هو الأصح، الرابع: إن كان مما يمتهن جاز وإن كان معلقا لم يجز.
[29] Kata Ibn Hajar di dalam al-Fath:
قَوْلُهُ: ( دُرْنُوكًا ) زَادَ مُسْلِمٌ مِنْ طَرِيقِ أَبِي أُسَامَةَ عَنْ هِشَامٍ "عَلَى بَابِي" وَالدُّرْنُوكُ بِضَمِّ الدَّالِ الْمُهْمَلَةِ وَسُكُونِ الرَّاءِ بَعْدَهَا نُونٌ مَضْمُومَةٌ ثُمَّ كَافٌ وَيُقَالُ فِيهِ دُرْمُوكٌ بِالْمِيمِ بَدَلَ النُّونِ، قَالَ الْخَطَّابِيُّ: هُوَ ثَوْبٌ غَلِيظٌ لَهُ خَمْلٌ إِذَا فُرِشَ فَهُوَ بِسَاطٌ، وَإِذَا عُلِّقَ فَهُوَ سِتْرٌ
[30] HR al-Bukhari 5611
[31] Di dalam al-Durr al-Mukhtar 1/648 dinyatakan:
وَفِي الْبَحْرِ قَالُوا: وَأَشَدُّهَا كَرَاهَةً مَا يَكُونُ عَلَى الْقِبْلَةِ أَمَامَ الْمُصَلِّي، ثُمَّ مَا يَكُونُ فَوْقَ رَأْسِهِ ثُمَّ مَا يَكُونُ عَنْ يَمِينِهِ وَيَسَارِهِ عَلَى الْحَائِطِ، ثُمَّ مَا يَكُونُ خَلْفَهُ عَلَى الْحَائِطِ أَوْ السِّتْرِ. اهـ. قُلْت: وَكَأَنَّ عَدَمَ التَّعْظِيمِ فِي الَّتِي خَلْفَهُ وَإِنْ كَانَتْ عَلَى حَائِطٍ أَوْ سِتْرٍ أَنَّ فِي اسْتِدْبَارِهَا اسْتِهَانَةً لَهَا، فَيُعَارِضُ مَا فِي تَعْلِيقِهَا مِنْ التَّعْظِيمِ، بِخِلَافِ مَا عَلَى بِسَاطٍ مَفْرُوشٍ وَلَمْ يَسْجُدْ عَلَيْهَا فَإِنَّهَا مُسْتَهَانَةٌ مِنْ كُلِّ وَجْهٍ، وَقَدْ ظَهَرَ مِنْ هَذَا أَنَّ عِلَّةَ الْكَرَاهَةِ فِي الْمَسَائِلِ كُلِّهَا إمَّا التَّعْظِيمُ أَوْ التَّشَبُّهُ عَلَى خِلَافِ مَا يَأْتِي.
[32] Namath نمط, di dalam Mirqah al-Mafatih dinyatakan:
نَمَطًا: بِفَتْحِ النُّونِ وَالْمِيمِ وَيُكْسَرُ ضَرْبٌ مِنَ الْبُسُطِ لَهُ خَمْلٌ رَقِيقٌ، وَقِيلَ: هُوَ ثَوْبٌ مِنْ صُوفٍ يُطْرَحُ عَلَى الْهَوْدَجِ
Di dalam Minnah al-Mun’im fi Syarh Sahih Muslim oleh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri 3/410 dinyatakan:
فأخذت نمطا: أي كساء أو بساطا له خمل ( هتكه ) أي شقه حتى أتلف الصورة ( حشوتهما ) أي جعلت في داخل الوسادتين ( ليفا ) وقد تقدم أنه ما يلتف على جذع النخل مثل الخيوط المتشابكة.
[33] al-Jami’ li Ahkam al-Quran
[34] Di dalam al-Ghaniy dinyatakan:
حَيَوانٌ مِنْ فَصيلَةِ القُنْدُسِيَّاتِ مِنَ القَوارِضِ الْمَائِيَّةِ، لَهُ ذَنَبٌ قَوِيٌّ مُفَلطَحٌ، وَغِشاءٌ بَيْنَ أَصابِعِ رِجْلَيْهِ يَسْتَعِين بِهِ عَلَى السَّباحَةِ، مِن حَيَواناتِ أُورُوبّا وأَمْرِيكَا الشَّمالِيَّةِ
[35] Hadis al-Numriqah atau al-Nimriqah atau al-Namruqah iaitulah permaidani untuk diduduki. Hadis tersebut berdasarkan riwayat al-Bukhari:
حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا اشْتَرَتْ نُمْرُقَةً فِيهَا تَصَاوِيرُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْبَابِ فَلَمْ يَدْخُلْ فَقُلْتُ أَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مِمَّا أَذْنَبْتُ قَالَ مَا هَذِهِ النُّمْرُقَةُ قُلْتُ لِتَجْلِسَ عَلَيْهَا وَتَوَسَّدَهَا قَالَ إِنَّ أَصْحَابَ هَذِهِ الصُّوَرِ يُعَذَّبُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ لَهُمْ أَحْيُوا مَا خَلَقْتُمْ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَدْخُلُ بَيْتًا فِيهِ الصُّورَةُ
Maksudnya: “daripada ‘Aisyah RA bahawa beliau pernah memberli al-Numruqah yang bergambar. Lalu Nabi SAW berdiri di pintu, dan baginda tidak masuk ke dalam rumah. Kata ‘Aisyah: “Daku bertaubat kepada Allah dari apa-apa dosa yang telah daku lakukan.” Sabda Baiginda: “Numruqah apakah ini.?” Jawab ‘Aisyah: “Untuk dikau duduk dan jadikannya hamparan.” Sabda baginda: “Sesungguhnya pembuah gambar-gambar ini akan diazab di hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: “hidupkan apa-apa yang kamu semua ciptakan ini. Sesungguhnya para malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya gambar.”
[36] Musannaf Abd al-Razzaq 1/348:
كَانَ نَقْشُ خَاتَمِ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ أَسَدٌ بَيْنَ رَجُلَيْنِ
[37] Musannaf Abd al-Razzaq 1/348:
كَانَ نَقْشُ خَاتَمِ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ كَرْكِيٌّ - أَوْ قَالَ: طَائِرٌ لَهُ رَأْسَانِ
[38] Syarh Maaniy al-Athar oleh alTahawi 4/263:
كَانَ نَقْشُ خَاتَمِ حُذَيْفَةَ , كَرْكِيَّانِ
[39] Syarh Maaniy al-Athar oleh alTahawi 4/266:
كَانَ نَقْشُ خَاتَمِ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ , رَجُلًا مُتَقَلِّدًا بِسَيْفٍ
[40] Musannaf Abd al-Razzaq 1/347:
كَانَ فِي خَاتَمِ ابْنِ مَسْعُودٍ، «شَجَرَةٌ أَوْ بَيْنَ ذُبَابَيْنِ
[41] al-Tabaqat al-Kubra 6/188:
كان نقش خاتم شريح أسدان بينهما شجرة
[42] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/100.
[43] Di bawah ini nukilan dari tafsir Ruh al-Maaniy:
وحكى مكي في «الهداية» أن قوماً أجازوا التصوير وحكاه النحاس أيضاً وكذا ابن الفرس واحتجوا بهذه الآية. وأنت تعلم أنه ورد في شرعنا من تشديد الوعيد على المصورين ما ورد فلا يلتفت إلى هذا القول ولا يصح الاحتجاج بالآية، وكأنه إنما حرمت التماثيل لأنه بمرور الزمان اتخذها الجهلة مما يعبد وظنوا وضعها في المعابد لذلك فشاعت عبادة الأصنام أو سداً لباب التشبه بمتخذي الأصنام بالكلية.
[44] Al-Makki bin Abi Tolib al-Qisiy Abu Muhammad di dalam tafsirnya al-Hidayah ila Bulugh al-Nihayah berkata:
وقد قال قوم: عمل الصور جائز بهذه الآية وبما صح عن المسيح عليه السلام
Kumpulan pentahkik kitab al-Hidayah memberi komentar dengan menyebut:
ما قاله مكي عن هذه الجماعة في جواز عمل الصور نقله عنه ابن عطية والقرطبي وأبو حيان. وقد ذهبوا كلهم إلى عدم الاعتداد بهذا القول. يقول ابن عطيه: "وحكى مكي في الهداية أن فرقة كانت تجوز التصوير وتحتج بهذه الآية، وذلك خطأ وما أحفظ من أئمة العلم من يجوزه" انظر: المحرر الوجيز ۱۱۷ / ۱۳. أما القرطبي فبعد أن نقل كلام مكي ورد ابن عطية على هذه الفرقة، قال: "قلت: ما حكاه مكي ذكره النحاس قبله، قال النحاس: "قال قوم عمل الصور جائز لهذه الآية، ولما أخبر الله عن المسيح. وقال قوم قد صح النهي عن النبي صلى الله عليه وسلم عنها والتوعد لمن عملها أو اتخذه، فنسخ الله بهذا ما كان مباحاً قبله، وكانت الحكمة في ذلك لأنه بعث صلى الله عليه وسلم والصور تعبد فكان الأصلح إزالتها". انظر: الجامع ۱٤ / ۷۲. أما أبو حيان فبعد أن تحدث عن حرمة عمل الصور أو اتخاذها، نقل ما حكاه مكي وكذلك النحاس. ورد ابن عطية على هذه الجماعة المجيزة لعمل الصور واتخاذها، انظر: البحر المحيط ۲٦٥ / ۷.
[45] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/101 dengan olahan.
[46] HR Muslim, bil: 4063
[47] Ahkam al-Quran 4/1588
[48] al-Bukhari beserta al-Fath 8/666
[49] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/106 dengan olahan.
[50] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/106:
لكن الحال شبيهة بالحال. كما نهينا عن الصلاة عند طلوع الشمس وعند غروبها، لئلا نكون في ذلك مثل من يسجد لها حينئذ . كما قال النبي صلى الله عليه وسلم : «فإنه يسجد لها حينئذ الكفار، فكرهت الصلاة حينئذ لما تجره المشابهة من الموافقة. أشار إلى هذا المعنى ابن تيمية، ونبه عليه ابن حجر حيث قال: "إن صورة الأصنام هي الأصل في منع التصوير" لكن إذا قيل بهذه العلة فهي لا تقتضي أكثر من الكراهة
[51] HR Abu Daud 4/384. Namun pada sanad hadis ini terdapat Jahalah.
[52] al-Mausu’ah al-FIqhiyyah 12/107
[53] HR al-Bukhari bersama al-Fath 10/389 dan Muslim 3/1665
[54] HR al-Tahawi di dalam Syarh Maani al-Athar 4/283, cet: al-Anwar al-Muhammadiyyah
[55] HR Muslim daripada ‘Aisyah RA 3/1666. Cet: al-Halabi.
[56] Mirqah al-Mafatih 6/343
[57] Di dalam Fath al-Mun’im Syarh Sahih Muslim 2/22 dinyatakan:
إلى عضادتى الباب: بكسر العين. قاله الجوهرى: عضادتا الباب هما خشبتاه من جانبيه.
[58] Di dalam Mirqah al-Mafatih 6/343:
( فراي القرام ) بكسر القاف وهو ثوب رقيق من صوف فيه ألوان من العهون ورقوم ونقوش يتخذ ستراً يغشى به الأقمشة والهوادج
[59] HR Abu Daud 4/133, tahkik عزت عبيد دعاس, dinilai Sahih oleh Ibn Hibban. Kalimah مزوقا dinyatakan di dalam Mirqah al-Mafatih 6/343 sebagai:
(أن يدخل بيتاً مزوقاً ) بتشديد الواو المفتوحة، أي مزيناً بالنقوش وأصل التزويق التمويه. قال الخطابي وتبعه ابن الملك كان ذلك مزيناً منقشاً. وقيل لم يكن منقشاً ولكن ضرب مثل حجلة العروس ستر به الجدار وهو رعونة يشبه أفعال الجبابرة، وفيه تصريح بأنه لا يجاب دعوة فيها منكراً اهـ . وفيه أنه لو كان منكرا لأنكر عليها ولكن نبه بالرجوع إلى أنه ترك الأولى فإنه من زينة الدنيا وهي موجبة لنقصان الأخرى، ويدل على ما قلنا تخصيص النفي. ( رواه أحمد وابن ماجه ) وروى أحمد والطبراني عنه بلفظ : ليس لي أن أدخل بيتاً مزوقاً.
[60] Di dalam al-Mu’jam al-Wasith dinyatakan antara maksud al-Sikkah ialah: السِّكَّةُ حديدَةٌ منقوشةٌ تضربُ عليها النقود
[61] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/109
[62] Beliau juga merupakan salah seorang rawi hadis:
إن الملائكة لا تدخل بيتا فيه صورة إلا رقما في ثوب
[63] Daripada Busr bin Sa’ied:
وَعَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ: أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ الْجُهَنِيَّ حَدَّثَهُ، وَمَعَ بُسْرٍ عُبَيْدُ اللَّهِ الْخَوْلَانِيُّ، أَنَّ أَبَا طَلْحَةَ حَدَّثَهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ. قَالَ بُسْرٌ: فَمَرِضَ زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ، فَعُدْنَاهُ; فَإِذَا نَحْنُ فِي بَيْتِهِ بِسِتْرٍ فِيهِ تَصَاوِيرُ، فَقُلْتُ لِعُبَيْدِ اللَّهِ الْخَوْلَانِيِّ: أَلَمْ يُحَدِّثْنَا فِي التَّصَاوِيرِ؟ قَالَ: إِنَّهُ قَالَ: إِلَّا رَقْمًا فِي ثَوْبٍ، أَلَمْ تَسْمَعْهُ؟ قُلْتُ: لَا، قَالَ: بَلَى، قَدْ ذَكَرَ ذَلِكَ
[64] Berdasarkan riwayat al-Tirmizi:
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أَبِي طَلْحَةَ الْأَنْصَارِيِّ يَعُودُهُ قَالَ فَوَجَدْتُ عِنْدَهُ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ قَالَ فَدَعَا أَبُو طَلْحَةَ إِنْسَانًا يَنْزِعُ نَمَطًا تَحْتَهُ فَقَالَ لَهُ سَهْلٌ لِمَ تَنْزِعُهُ فَقَالَ لِأَنَّ فِيهِ تَصَاوِيرَ وَقَدْ قَالَ فِيهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قَدْ عَلِمْتَ قَالَ سَهْلٌ أَوَلَمْ يَقُلْ إِلَّا مَا كَانَ رَقْمًا فِي ثَوْبٍ فَقَالَ بَلَى وَلَكِنَّهُ أَطْيَبُ لِنَفْسِي قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
[65] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/109
[66] Di dalam Syarh Maaniy al-Athar oleh al-Tahawi:
حدثتنا أم نافع بنت أبي الجعد، مولى النعمان بن مقرن، عن أبيها، قال: " كان نقش خاتم النعمان بن مقرن، إبلا، قابضا إحدى يديه، باسطا الأخرى
[67] al-Tahawi di dalam Syarh Maaniy al-Athar:
عن القاسم ، قال " كان نقش خاتم عبد الله ، ذبابان
[68] al-Tahawi di dalam Syarh Maaniy al-Athar:
عن موسى بن عبد الله بن يزيد ، عن أبيه ، قال : " كان نقش خاتم حذيفة ، كركيان
[69] Al-Qasim bin Muhammad, Ibn Hajar menyebutnya sebagai salah seorang dari tujuh fuqaha Madinah, periwayat hadis ‘Aisyah RA.
[70] Sejenis tirai.
[71] العنقاء di dalam Mu’jam al-Wasith menyebut: طائر متوهم لا وجود له di dalam al-Ghaniy dinyatakan:
طائر وهمي لا وجود له إلا في تصور الإنسان وخياله.
[72] al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah 6/86. Ibn Hajar di dalam al-Fath menilai sanad riwayat ini sebagai Sahih.
[73] Kata Ibn Hajar di dalam al-Fath:
قَوْلُهُ: ( فِي دَارِ يَسَارِ بْنِ نُمَيْرٍ ) هُوَ بِتَحْتَانِيَّةٍ وَمُهْمَلَةٍ خَفِيفَةٍ، وَأَبُوهُ بِنُونٍ مُصَغَّرٌ :وَيَسَارٌ مَدَنِيٌّ سَكَنَ الْكُوفَةَ وَكَانَ مَوْلَى عُمَرَ وَخَازِنَهُ، وَلَهُ رِوَايَةٌ عَنْ عُمَرَ وَعَنْ غَيْرِهِ. وَرَوَى عَنْهُ أَبُو وَائِلٍ وَهُوَ مِنْ أَقْرَانِهِ، وَأَبُو بُرْدَةَ بْنُ أَبِي مُوسَى وَأَبُو إِسْحَاقَ السَّبِيعِيُّ، وَهُوَ مُوَثَّقٌ وَلَمْ أَرَ لَهُ فِي الْبُخَارِيِّ إِلَّا هَذَا الْمَوْضِعَ
[74] Kata Ibn hajar di dalam al-Fath:
قَوْلُهُ: (فَرَأَى فِي صُفَّتِهِ) بِضَمِّ الْمُهْمَلَةِ وَتَشْدِيدِ الْفَاءِ فِي رِوَايَةِ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي الضُّحَى عِنْدَ مُسْلِمٍ "كُنْتُ مَعَ مَسْرُوقٍ فِي بَيْتٍ فِيهِ تَمَاثِيلُ فَقَالَ لِي مَسْرُوقٌ هَذِهِ تَمَاثِيلُ كِسْرَى، فَقُلْتُ: لَا هَذِهِ تَمَاثِيلُ مَرْيَمَ " كَأَنَّ مَسْرُوقًا ظَنَّ أَنَّ التَّصْوِيرَ كَانَ مِنْ مَجُوسِيٍّ، وَكَانُوا يُصَوِّرُونَ صُورَةَ مُلُوكِهِمْ حَتَّى فِي الْأَوَانِي، فَظَهَرَ أَنَّ التَّصْوِيرَ كَانَ مِنْ نَصْرَانِيٍّ لِأَنَّهُمْ يُصَوِّرُونَ صُورَةَ مَرْيَمَ وَالْمَسِيحِ وَغَيْرِهِمَا وَيَعْبُدُونَهَا
[75] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/110
[76] Di dalam Radd al-Muhtar dinyatakan:
(قَوْلُهُ مَنْصُوبَةٍ) أَيْ بِحَيْثُ لَا تُوطَأُ وَلَا يُتَّكَأُ عَلَيْهَا قَالَ فِي الْهِدَايَةِ: وَلَوْ كَانَتْ الصُّورَةُ عَلَى وِسَادَةٍ مُلْقَاةٍ أَوْ عَلَى بِسَاطٍ مَفْرُوشٍ لَا يُكْرَهُ لِأَنَّهَا تُدَاسُ وَتُوطَأُ، بِخِلَافِ مَا إذَا كَانَتْ الْوِسَادَةُ مَنْصُوبَةً أَوْ كَانَتْ عَلَى السِّتْرِ لِأَنَّهَا تَعْظِيمٌ لَهَا
[77] al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 12/111