Soalan:
Ustaz, merujuk jawapan ust dlm SDI 1143, saya ingin bertanya apa dalil niat menetap 4 hari dan ke atas seorg musafir berubah jadi muqim? Lepas tu tak masuk hari masuk dan keluar pula.
Jawapan:
Mazhab alSyafi'ie berdalilkan antaranya hadis alBukhari dan Muslim baginda bersabda:
يَمْكُثُ الْمُهَاجِرُ بَعْدَ قَضَاءِ نُسُكِهِ ثَلَاثًا
Maksudnya: "seorg Muhajir (yg berhijrah dr Mekah ke Madinah) menetap di Mekah selepas selesai ibadat hajinya (haji wada') selama 3 hari."
Nabi melarang golongan Muhajir menetap lebih dr 3 hari kerana mereka diharamkan iqamah (bermuqim atau menetap) di Mekah setelah mereka keluar meninggalkannya.
Keizinan baginda utk mereka tinggal di Mekah selama 3 hari menunjukkan tempoh tersebut tidak menjadikan mereka bermuqim di Mekah.
Demikian juga berdasarkan perbuatan 'Umar yg diriwayatkan oleh Nafi' drpd Aslam bekas hamba 'Umar yg berkata:
أَنَّهُ أَجْلَى الْيَهُودَ مِنْ الْحِجَازِ ثُمَّ أَذِنَ لِمَنْ قَدِمَ مِنْهُمْ تَاجِرًا أَنْ يُقِيمَ ثَلَاثًا
Maksudnya: "Umar telah mengeluarkan Yahudi dr Hijaz, kemudian beliau mengizinkan bagi Yahudi yg datang utk berniaga selama 3 hari." (alMuwatta' oleh Imam Malik)
Nabi SAW telah memerintahkan agar dikeluarkan Yahudi dan musyrikin dr jazirah 'Arab. 'Umar hanya membenarkan Yahudi datang berniaga tidak lebih dr 3 hari yg tidak menjadikan mereka berstatus menetap atau bermuqim di Madinah. Manakala jika mereka menetap selama 4 hari ke atas, bermakna mereka telah bermuqim dan hal ini bertentangan dgn perintah Nabi SAW. Perbuatan 'Umar ini di sisi mazhab alSyafie boleh dijadikan dalil persoalan ini.
Adapun ttg hari masuk dan hari keluar tak dikira dlm hitungan, berdasarkan alasan; pd hari sampai dan keluar itu berlaku aktiviti perjalanan pd sebahagian hari dan menetap (tiada aktiviti perjalanan) pada sebahagian hari lagi. Maka hari itu tak dikira sbg bermuqim, kerana sememangnya (pada ghalib) seseorg yg bermusafir akan melakukan aktiviti perjalanan pd sebahagian hari dan tidak melakukan aktiviti perjalanan pd sebahagian hari pd hari yg sama. Justeru hari keluar dan hari sampai tak boleh diambil kira sebagai hari bermuqim.
Selain itu juga kesukaran dan kepenatan musafir pd ghalibnya akan hilang apabila melalui tempoh berehat sehari. Demikian juga tempoh sehari memadai utk seseorg sibuk membuat persiapan meninggalkan tempat persinggahannya.
Pandangan mazhab alSyafi'ie ini lebih jelas dan lebih dapat dipraktikkan.