SDI 0683: Bolehkah Penjampi Menyentuh Tubuh Pesakit Ketika Proses Jampian?

Soalan: 
 
Saya ada tgk seorg tokoh perubatan Islam lelaki, menjampi pesakitnya yg seorg perempuan dgn menyentuh belakang badan pesakit. Apakah kaedah jampian spt ini dibenarkan?
 
Jawapan:
 
Sentuhan langsung kepada badan pesakit bagi tujuan menjampi bukan satu syarat yang mesti ada dalam jampian. Nabi SAW pernah melakukan jampian tanpa sebarang sentuhan. Dalam salah satu Fatwa dari al-Lajnah al-Daimah, bilangan: 20361 pada tarikh 17/41419H dinyatakan: 
 
“Adapun sentuhan, maka seorang penjampi ketika menjampi bukanlah seperti seorang doktor perubatan. Perbezaan antara mereka ialah seorang doktor, kadang-kala tidak dapat melakukan rawatan melainkan perlu kepada sentuhan pada kawasan rawatan. Ia berbeza dengan seorang penjampi, kerana aktivitinya adalah bacaan dan hembusan yang boleh dilaksanakan sekalipun tanpa sentuhan.”
 

Cetak  
Wallahu a'lam