SDI 0674: Apa Nak Buat Dengan Uri Bayi?

Soalan: 
 
Assalamualaikum ustaz..nak tau cara uruskan uri bayi ikut quran/hadith..jazakallah
 
Jawapan: 
 
Tidak ada penetapan khusus dari alQuran dan alSunnah dalam persoalan mengurus uri bayi. Namun terdapat athar dari para sahabat seperti yang dinyatakan oleh Imam Ahmad:
 
كان ابن عمر يدفن شعره وأظفاره
 
Maksudnya: "Ibn 'Umar dahulunya akan menanam rambut dan kukunya (yang dipotong)." (alMughniy 1/100) 
 
Justeru jumhur (majoriti) fuqaha' menggalakkan ditanam apa-apa yang gugur dan berasal dari badan insan seperti kuku, rambut, darah, termasuk uri dan seumpamanya. Di dalam alMausu'ah alFiqhiyyah alKuwaitiyyah dinyatakan:
 
تدفن العلقة والمضغة التي تلقيها المرأة على سبيل الاستحباب
 
Maksudnya: "Dan ditanam gumpalan darah ('alaqah) dan gumpalan daging (Mudhghah) dari wanita (yang keguguran) atas dasar digalakkan." (21/21) 
 
Namun perlu diberi perhatian bahawa, perbuatan TIDAK menanam perkara-perkara ini tidaklah menyebabkan seseorang itu dikira berdosa, kerana tidak sabit walau satu perintah dari baginda SAW dalam persoalan ini, tidak dikira juga sebagai sesuatu yang tercela. 

Cetak  
Wallahu a'lam