al-Razi di dalam Tafsirnya ketika memberi komentar berkaitan ayat:
والمؤلفة قلوبهم
"Dan alMuallafah Qulubuhum." Beliau berkata: "Ini adalah umum merangkumi muslim dan selainnya."
Ini antara bukti bolehnya memberi zakat kepada muallaf non muslim berdasarkan penentuan pihak pemerintah. al-Imam alTobari di dalam tafsirnya menyertakan riwayat dari Qatadah yang berkata:
أن المؤلفة قلوبهم أناس من الأعراب ومن غيرهم كان النبي صلى الله عليه وسلم يتألفهم بالعطية كيما يؤمنوا
Maksudnya: "Bahawa alMuallafah Qulubuhum adalah orang-orang dari kalangan Arab Badawi dan selain mereka, yang dahulunya Nabi SAW melunakkan mereka dengan pemberian agar mereka beriman." Dalam hadis yang Sahih, diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik:
أن رسول الله لم يكن يسأل شيئا على الإسلام إلا أعطاه، قال فأتاه رجل فسأله، فأمر له بشاء كثيرة، بين جبلين من شاء الصدقة، قال: فرجع إلى قومه فقال: يا قوم أسلموا، فإن محمدا أعطى عطاء من لا يخشى الفاقة
Maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW tidak akan diminta sesuatu atas Islam melainkan baginda akan memberinya. Seorang lelaki datang kepada baginda dan meminta diberikan kambing yang banyak. Lalu baginda memerintahkan agar diberi kepadanya sejumlah kambing yang banyak yang berada di antara dua bukit terdiri dari kambing sedekah (zakat)." Kata Anas lagi: " lelaki itu pulang ke pangkuan kaumnya seraya berkata: "Wahai kaum, masuklah agama Islam, sesungguhnya Muhammad telah berikan pemberian seperti orang yang tidak takutkan kemiskinan."