Terjemahan Minhaj al-Talibin: Kitab al-Hibah (1)

كتاب الهبة

التَّمْلِيكُ بِلا عِوَضٍ هِبَةٌ، فَإنْ مَلَّكَ مُحْتاجًا لِثَوابِ الآخِرَةِ فَصَدَقَةٌ، فَإنْ نَقَلَهُ إلى مَكانِ المَوْهُوبِ لَهُ إكْرامًا لَهُ فَهَدِيَّةٌ

Kitab al-Hibah: al-Tamlik (mennjadikan hak milik sesuatu kepada seseorang lain) tanpa pertukaran (ketika pemilik asal hidup secara sukerala) adalah Hibah. Jika seseorang itu memilikkan (menjadikan hak milik) kepada seseorang yang memerlukan (sesuatu) untuk mendapatkan pahala di akhirat, maka ia adalah sedekah. Jika dia memindahkan sesuatu ke tempat orang yang diberikan hibah kerana memuliakan orang tersebut, maka ia adalah hadiah."

Huraian 

Ungkapan "menjadikan hak milik sesuatu (ain)" kerana hutang dan sesuatu kemanfaatan tidak termasuk di dalam hibah. Manakala "tanpa pertukaran" bagi membezakan antara hibah dengan jual-beli sekalipun digunakan lafaz hibah. Ungkapan "(ketika pemilik asal masih hidup...) bagi membezakan hibah dengan wasiat. Di mana pemilikan bagi wasiat sempurna setelah pemilik asal meninggal dunia. Manakala "...secara sukarela)" bagi membezakan hibah dengan pemberian wajib seperti zakat, kaffarah dan seumpamanya.  

Setelah itu penulia RH menyebut tentang al-Tamlik dalam bahagian sedekah dan hadiah. Di mana al-Tamlik yang memiliki dua syarat iaitulah al-Tamlik kepada yang memerlukan atau yang berhajat dan al-Tamlik kerana mengharapkan pahala di akhirat, maka ia dalam bahagian sedekah. 

Manakala jika sesuatu yang hendak diberi itu dipindahkan atau dibawa kepada individu yang akan menerimanya, sama ada dibawa oleh pemilik asal atau diwakilkan kepada orang lain, kerana memuliakan individu yang akan menerima, ia dalam bahagian hadiah, sama ada pemberian itu bertujuan memperolehi pahala atau tidak. Ungkapan kerana memuliakan orang tersebut bagi membezakan antara hadiah dengan rasuah. 


Cetak  
Wallahu a'lam