Nukilan Fiqhiyyah Dari Web al-Durar al-Saniyyah (1)

Kepentingan Taharah di Dalam Islam

Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya Muhammad SAW di awal perintah berdakwah:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

Maksudnya: “Dan pakaianmu, maka bersihkanlah ia.” (al-Mudatthir: 4)

Baginda Nabi SAW pula bersabda:

الطُّهورُ شَطرُ الإيمانِ

Maksudnya: “Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman.”  (Hadis riwayat Muslim 223 dari hadis Abu Malik al-Asy‘ariy RA)

Ibn Rajab di dalam Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam 2/7 menyatakan: “Yang benar menurut kebanyakan ulama bahawa yang dimaksudkan dengan الطُّهورُ di sini ialah bersuci dengan menggunakan air dari hadas-hadas.”

 

Allah SWT Sayang Kepada Mereka Yang Membersihkan Diri

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertaubat dan suka kepada orang-orang yang bersuci.” (al-Baqarah: 222) Di dalam surah al-Taubah, Allah SWT memuji orang-orang yang bersuci dengan firman-Nya:

فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Maksudnya: “Padanya beberapa orang lelaki yang suka bersuci dan Allah sayang kepada orang-orang yang bersuci.” (al-Taubah: 108)

 

Pengertian Taharah

Pada bahasa taharah bermaksud suci dan bersih dari kotoran.[1] Pada istilah pula ia bermaksud: “Menghilangkan hadas dan apa-apa yang semakna dengannya dan menghilangkan kotoran.”[2]

            Berdasarkan pengertian ini, kalimah taharah yang dituturkan boleh membawa dua makna iaitulah;

  • Memaksudkan ketiadaan kotoran najis yang merujuk kepada taharah badan, pakaian dan tempat.
  • Memaksudkan terangkatnya hadas yang merujuk kepada taharah dengan wudhu’ dan mandi hadas.

 

Jenis-Jenis Taharah

Taharah jika dilihat dari sudut tempat, terbahagi kepada dua:

  1. Taharah Batin (الطهارة الباطنة) iaitulah taharah atau kesucian jantung hati dari kesyirikan, kedengkian dan kebencian terhadap orang-orang yang beriman.
  2. Taharah Hissi (الطهارة الحسية) iaitulah taharah dari hadas dan najis.

Taharah dari sudut pembahagian adalah seperti berikut:

Pertama: Taharah dari hadas. Ia terdapat tiga jenis: 

1. Taharah besar (الطهارة الكبرى) iaitulah dengan mandi.

2. Taharah kecil () iaitulah dengan berwudhu.

3. Taharah ganti kepada taharah besar dan kecil, iaitulah

Kedua: Taharah dari kotoran. Ia terdapat tiga jenis:

1. Taharah

2. Taharah sapuan.

3. Taharah 

 

Pengertian Hadas Dan Jenis-jenisnya

Pada bahasa hadas berasal dari kalmah al-Huduth (الحدوث) yang bermaksud keberadaan sesuatu yang sebelumnya tiada. Ia boleh juga bermaksud الأمرِ الحادِثِ المنكَرِ iaitulah perkara yang bukan kebiasaan dan tidak dikenali. Dari maksud ini terungkap ayat: مُحدَثاتُ الأمورِ iaitulah perkara-perkara yang direka.[4]

            Kalimah hadas dari sudut istilah pula bermaksud: “Sifat yang berada di badan yang menghalang dari didirikan solat dan seumpamanya, terdiri dari perkara yang disyaratkan bersuci.”[5]

 

Jenis-Jenis Hadas

Hadas terdapat dua jenis:

  1. Hadas kecil (الحدث الأصغر) iaitulah yang mewajibkan wudhu, seperti buang anir kecil dan besar. Demikian juga kentut.
  2. Hadas besar (الحدث الأكبر) iaitulah yang mewajibkan mandi seperti bagi orang yang melakukan hubungan jimak atau berlaku.

------------------------------------------ 

[1] Lihat Lisan al-‘Arab oleh Ibn al-Manzhur RH

[2] Lihat al-Majmu’ oleh al-Imam al-Nawawi RH

[3] Lihat Bidayah al-Mujtahid oleh Ibn Rusyd dan al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh oleh al-Zuhaili.

[4] Lihat Lisan al-‘Arab oleh Ibn al-Manzhur RH

[5] Lihat Hasyiah al-Dusuqi


Cetak  
Wallahu a'lam