Ada dua soalan di sini, yang pertama seorang lelaki membuang, apabila buang air kencing menggunakan sitting toilet dan intinjak sungguh-sungguh. Kemudian apabila berdiri saya nampak seperti keluar setitis air dari dalam lubang kemaluan, tetapi saya tidak pasti air itu apakah air kencing atau tidak. Apakah hukumnya dimaafkan?
Jawapan:
Baik, dalam permasalahan ini, saya nampak ana unsur memberat-beratkan, saya nampak ada unsur memberat-beratkan dalam bab taharah. Saya nasihatkan supaya jangan kita buat hal sedemikian, kerana nanti dia akan membebankan diri kita sendiri. Di dalam agama tidak disuruh mencari-cari najis yang keluar dari kemaluan, yang kita disuruh apabila kita membuang air adalah membersihkan tempat atau bahagian yang kena najis dari najis. Ini yang diperintahkan dalam agama. Kita tak disuruh melihat dari lubang kemaluan apakah ada najis keluar atau tidak, kita tidak disuruh sedemikian, bahkan sebenarnya apabila kita beristinjak dengan menggunakan air, maka sudah tentu ada saki-baki air yang turun dan berkumpul di hujung kemaluan dan seterusnya menitis. Memang perkara ini akan berlaku. Kerana itu apabila kita telah pasti air kencing atau najis kita telah keluar habis, maka yang menitis selepas beristinjak itu adalah air atau bekas air yang telah kita gunakan untuk membersih bahagian keluar najis.
Kita jangan andaikan lebih dari itu, satu hari nanti kita tak akan mampu dan kita akan kalah disebabkan sikap kita yang memberat-beratkan persoalan taharah. Ini untuk soalan yang pertama.
Soalan yang kedua: “apabila guna toilet awam, kalau ada percikan air kencing sedikit tanpa sengaja ke kasut atau seluar, adakah dimaafkan?”
Jawapan: Perkara ini, jika percikan sir kencing itu kita pasti berlaku dan kena pada pakaian kita yang akan dibawa untuk menunaikan solat, maka kita tak boleh bawa solat pakaian tersebut. Itupun jika kita pasti dan nampak air kencing itu kena seluar kita sebagai contoh, maka kita wajib membasuk bahagian pakaian yang kena najis tersebut. Akan tetapi jika kita kencing, percikan yang tak nampai pada penglihatan mata yang disebut sebagai ما لا يدركه الطرف “apa-apa yang tidak dapat dikesan oleh mata” maka perkara itu diberi kemaafan di dalam syarak. Adapun jika pasti pakaian yang hendak dibawa menunaikan solat terkena najis secara pasti, sama ada sengaja atau tidak, maka pakaian tersebut tidak boleh dibawa menunaikan solat melainkan kita hendaklah terlebih dahulu membersihkan pakaian tersebut atau membersihkan bahagian yang kena najis. Adapun bahagian yang tak kena najis kita tak diwajibkan membasuhnya.