Tidak boleh pelihara anjing sebagai binatang kesayangan (pet)

Bela anjing buat apa? Saja nak seronok, tak boleh! Kalau letak di luar rumah tak apa, tak boleh dibawa masuk ke dalam rumah. Kerana hadis Nabi SAW: من اتخذ كلبا “Siapa yang membela anjing” bawak masuk dalam rumah, "akan berkurangan setiap hari pahalanya sebanyak satu qirat". Bela anjing, bawak masuk ke dalam rumah, pahala kurang, setiap hari. Dua hari anjing tu berada dalam rumah, dua qirat pahala kita berkurangan.

Maksudnya berdosa atau tidak? Ditegah atau tidak? Ditegah! Jika tidak kenapa Nabi bagitahu pahala berkurangan? Apa yang menyebabkan pahala berkurangan? Bukan disebabkan satu kesalahan? Maka tak boleh bela anjing dan bawa masuk ke dalam rumah. Tak boleh bela anjing bawa masuk ke dalam rumah. Kalau mazhab Syafie lagilah… dan sabit di dalam hadis: لا تدخل الملائكة بيتا فيه كلب ولا صورة “malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan ada patung.” Menunjukkan tak boleh bawa masuk anjing ke dalam rumah.  


Cetak  
Wallahu a'lam