Pernah berlaku bidaah tathwib

Kata al-Syeikh Idris al-Marbawi:

“Suatu yang diterbitkan baru akan dia oleh orang kemudian daripada Rasulullah.”

Maksudnya apa? Inilah yang disebutkan bidaah. Dalam Tuhfatul Ahwazi, al-Mubarakfuri dia sebut ما أحدثوا iaitulah apa-apa yang direka-reka, siapa reka? Orang Islam reka, selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Rupa-rupanya di satu zaman dahulu, pernah berlaku umat Islam mereka-reka. Apa yang depa buat? Depa letak lafaz, selepas azan dan sebelum iqamah, apabila mereka lihat أبطؤوا iaitulah manusia ini lambat nak datang sembahyang sekalipun dah habis azan. Mereka buat apa? Mereka buat al-Tathwib, apa yang dimaksudkan dengan al-Tathwib di sini, iaitulah mereka laungkan seruan

قد قامت الصلاة، حي على الصلاة، حي على الفلاح

Bila dilaungkan? Dilaungkan selepas azan dan sebelum iqamat. Laungan itu, ulama yang hidup di zaman itu menamakannya sebagai al-Tathwib, seperti yang telah saya jelaskan al-Tathwib ini dari sudut bahasa adalah pengulangan seruan.

Laungan ini, kata tok syeikh kita (al-Syeikh Idris al-Marbawi): “Suatu yang diterbitkan baru akan dia oleh orang kemudian…” maknanya rekaan orang kemudian, dalam bahasa hadis disebut sebagai bidaah.

Cuba kita tengak apa kata syeikh Idris al-Marbawi seterusnya:

“kata Abu Isa al-Tirmizi, dan inilah yang dikatakan oleh Ishak itu ialah tathwib yang dimakruhkan dia oleh ahli ilmu (para ulama).”

Maknanya inilah tathwib yang dimakruhkan. Apa maksud dimakruhkan? Iaitulah dibenci. Siapa yang benci? Ahli ilmu atau ulama. Apa dia tathwib yang dibenci itu, iaitulah seruan yang direka-reka selepas azan dan sebelum iqamat berbunyi قد قامت الصلاة، حي على الصلاة، حي على الفلاح . siapa yang buat? Orang kemudian yang reka. Ulama membenci perbuatan tersebut. Sedangkan kalau kita fikir apa tujuan mereka reka seruan tersebut? tujuan dia baik iaitulah untuk panggil orang sembahyang. Tetapi para ulama tak suka perbuatan tersebut kerana mereka-reka satu ajaran dalam agama Islam yang tidak dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kata dia lagi: “dan ialah yang diterbitkan baharu kemudian daripada nabi SAW.”

Yang sebenarnya tathwib yang dimaksudkan oleh Ibn al-Mubarak, oleh Imam Ahmad bin Hambal iaitulah tathwib yang diucapkan di dalam azan Subuh yang disyariatkan di dalam Islam berdasarkan sunnah Nabi. Itu yang sebenarnya. Kata Syeikh Idris al-Marbawi: “Ialah qaul yang sahih, dan ialah yang telah memilihi akan dia oleh ahli ilmu.” Itulah yang dipilih oleh para ulama, “dan memikir mereka itu akan dia” iaitulah ulama dok berbincang, ulama suruh buat, ulama anjurkan buat. Apadia? Iaitulah tathwib yang pertama, iaitulah yang dilaungkan dalam azan Subuh, bukan tathwib yang direka-reka oleh masyarakat kemudian setelah wafatnya Rasulullah SAW.  


Cetak  
Wallahu a'lam