Kata Abu Hanifah, iaitu pemuka mazhab Hanafi: “Memadai dengan membasuhnya dengan tiga kali. Wallahu a’lam.” Hanafi kata boleh dengan tiga kali sahaja.
Apa alasan Hanafi? Kerana ada riwayat perbuatan dari Abu Hurairah yang mana Abu Hurairah pernah membasuh jilatan anjing sebanyak tiga kali bukan tujuh kali. Bila sabit hadis itu di sisi Abu Hanifah, maka Abu Hanifah kata cukup dengan tiga kali.
Akan tetapi jika diperhatikan dengan mendalam. Al-Mubarakfuri sebut perkara ini di dalam Tuhfah al-Ahwazi, sebenarnya riwayat dari Abu Hurairah ini ada dua. Satu riwayat dari sudut perbuatan dia, yakni dia pernah, ketika bekasnya dijilat anjing, dikatakan dia membasuh bekas jilatan itu tiga kali sahaja. Manakala riwayat perkataan, dia bagitahu basuh tujuh kali. Lalu riwayat perbuatan dan perkataan ini bertentangan. Seorang rawi, iaitulah Abu Hurairah, perbuatan dengan perkataannya tidak sama. Macamana nak selesaikan?
Lalu para ulama datangkan kaedah bagi menyelesaikan masalah ini, iaitulah:
الْعبْرَةُ بِمَا رَوَاهُ الرَّاوِي لَا بِمَا رَآهُ
Iaitulah “Yang diambil kira adalah apa yang diriwayatkan oleh seseorang periwayat, bukan pandangannya.”
Bagaimana timbul kaedah ini? Kerana ada banyak kemungkinan, katakan riwayat perbuatan Abu Hurairah yang membasuh tiga kali bekas yang dijilat anjing itu, kalau sabit riwayat ini, ada banyak kemungkinan. Pertama barangkali Abu Hurairah lupa, apa yang dia riwayatkan sesuatu yang pernah dia dengar dari Nabi SAW, kerana dia sendiri meriwayatkan Nabi SAW suruh basuh tujuh kali. Dia sendiri yang bagi tahu, tapi tiba-tiba dia sendiri basuh tiga kali. Maka kemungkinan dia lupa. Kemungkinan juga ada sesuatu yang menghalang beliau basuh tujuh kali. Kemungkinan juga salah itu terjadi pada orang yang melihat Abu Hurairah. Abu Hurairah basuh tujuh kali dah, Cuma dia yang tengak Abu Hurairah tu yang perasan Abu Hurairah basuh tiga kali sahaja. Jadi salah pada anak murid bukan pada tok guru. Kemungkinan-kemungkinan ini boleh berlaku pada riwayat yang kata tiga kali. Lalu para ulama berkata kerana itu kaedah menyatakan:
الْعبْرَةُ بِمَا رَوَاهُ الرَّاوِي لَا بِمَا رَآهُ
Iaitulah “yang diambil buat hukum adalah riwayat dari seseorang periwayat bukan apa yang periwayat buat berdasarkan pandangannya.”
Kerana itu majoriti ulama tidak terima riwayat yang menyatakan Abu Hurairah basuh tiga kali itu. Abu Hanifah ambil riwayat perbuatan Abu Hurairah yang basuh tiga kali. Abu Hanifah ini banyak kemungkinan kenapa beliau ambil riwayat perbuatan Abu Hurairah, tiga kali bukan tujuh kali. Untuk kenal pasti ia perlukan semakan yang lebih mendalam. Tetapi kemungkinan juga Abu Hanifah ini ada kecenderungan susah nak terima hadis, kerana banyak pemalsuan hadis yang berlaku di zaman beliau. Abu Hanifah pula tidak tinggal di Madinah yang merupakan sumber asal hadis-hadis Nabi SAW, kerana di situlah tempat berhimpunnya kebanyakan sahabat Nabi SAW. dari Madinah mereka keluar berdakwah. Abu Hanifah tidak berada di Madinah sebaliknya beliau di Iraq.
Lalu setelah Rasulullah wafat, berlaku pemalsuan hadis. terutamanya di ‘Iraq. Menyebabkan Abu Hanifah meletakkan syarat-syarat yang ketat sebelum menerima sesuatu hadis. Itu mungkin antara faktor Abu Hurairah tolak riwayat yang sebut basuh tujuh kali. Saya kata kemungkinan, kalau nak kepastian kena buat rujukan lebih mendalam lah.
Maka majoriti ulama mengatakan wajib basuh jilangan anjing sebanyak tujuh kali.