SDI 1281: Samak Kenajisan Anjing

Soalan:

Assalamualaikum ustad nak tanya kalau di kebun saya ada bela anjing untuk menjaga kebun...dan kadang saya akan sentuh dan pegang kepala anjing itu waktu kering jadi adakah sekadar perlu mencuci tangan dengan air dan sabun sahaja sudah memadai? 

Jawapan: 

Jika berlaku sentuhan antara anjing yang kering dengan tangan yang kering. Najis anjing tidak berpindah ke tangan.

Jika salah satu basah atau kedua-duanya basah. Maka perlu samak anggota yang menyentuh sahaja. Di sisi ulama syafie samak tidak memadai dengan sabun biasa. Sebaliknya hendaklah dengan tujuh (7) basuhan yang salah satunya dengan air bercampur tanah.


Cetak  
Wallahu a'lam