Menanggalkan Kasut Di Tanah Perkuburan

Thursday, September 20, 2012

Menanggalkan Kasut Di Tanah Perkuburan

Kitab: al-Hawiy al-Kabir Fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafie (الحاوي الكبير في فقه مذهب الإمام الشافعي)

Kategori: Furu' al-Fiqh al-Syafie

Penulis: Abu al-Hasan ‘Aliy bin Muhammad bin Habib al-Mawardiy al-Basri (أبو الحسن علي بن محمد بن حبيب الماوردي البصري)

Kitab al-Janaiz

Bab Menangis Terhadap Mayat (باب البكاء على الميت)

Juzuk Ketiga

-----------------------------------------------------------------------------------

Fasal: Dimakruhkan memijak di atas kubur dan bersandar kepadanya dan duduk di atasnya, dan menyalakan api berhampirannya kerana larangan Nabi SAW, jika terpaksa berjalan di atasnya juga, hendaklah ditanggalkan kasut dari kaki, dan berjalan di tempat yang boleh. Telah diriwayatkan bahawa Nabi SAW berjalan diantara kubur, lalu baginda melihat seorang lelaki berjalan diantara kubur dengan kedua-dua kasutnya, baginda bersabda:

يَا صَاحِبَ السِّبْتَيْنِ اخْلَعْ سِبْتَيْكَ

Mafhumnya: “Wahai pemilik dua kasut, tanggalkannya dua kasutmu.” Lalu lelaki memandang dan beliau melihat Rasulullah SAW, lalu segera menanggalkan kedua-dua kasutnya dan mencampakkannya. Kata al-SYafie: “Dan saya menganggap makruh bermalam di sisi kubu, kerana perbuatan tersebut termasuk bersendirian dan menimbulkan gelisan di dalam jantung hati.”

-----------------------------

TEKS ASAL

فصل : يكره الوطء على القبر ، والاستناد إليه ، والجلوس عليه ، وإيقاد النار عنده لنهي رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فإن كان لا بد له من المشي عليه ، خلع نعله من رجله ، ومشى ما أمكن ، وروي أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يمشي بين القبور ، فرأى رجلا يمشي بين المقابر بنعليه ، فقال : " يا صاحب السبتين اخلع سبتيك " قال : فنظر الرجل فإذا برسول الله صلى الله عليه وسلم فخلعهما فرمى بهما . قال الشافعي :وأكره المبيت عند القبور لما في ذلك من الوحشة وإزعاج القلب .


Cetak  
Wallahu a'lam