Menanda kubur dengan batu termasuk sunnah Nabi SAW

 

Menandakan kubur dengan batu  termasuk daripada Sunnah Nabi Muhammad SAW. Dalam masyarakat kita, mereka buat batu nesan. Wallahu a’lam saya berpandangan perkara itu, setakat kefahaman saya, perkara itu termasuk di dalam suatu yang digalakkan dan dianjurkan di dalam agama.

Demikian juga boleh menghimpunkan ahli keluarga untuk ditanam di satu tanah perkuburan. Inilah hukum asalnya. Tetapi sekarang ini berbeza, tanah perkuburan di bawah pentadbiran masjid, di bawah pentandiran khairat kematian, kalau semua orang nak buat begitu, sudah tentu mendatangkan masalah. Terutamanya apabila masyarakat hari ini semakin ramai, berbeza di zaman Nabi SAW. Tetapi asalnya boleh, tidak ada masalah. Perkara ini berdasarkan hadis yang dinyatakan:

لما مات عثمان بن مظعون أخرج بجنازته فدفن، فأمر النبي صلى الله عليه وسلم رجلا أن يأتيه بحجرفلم يستطع حملها، فقام إليها رسول الله صلى الله عليه سلم، وحصر عن ذراعيه، قال كثير، قال المطلب، قال الذي يخبرني ذلك عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: كأني أنظر إلى بياض ذراعي رسول الله صلى الله عليه وسلم، حين حصر عنهما، ثم حملها فوضعها عند رأسه وقال: أتعلم بها قبر أخي وأدفن إليه من مات من أهلي

Maksudnya: “Ketika mana meninggalnya ‘Uthman bin Mazh’un – iaitu saudara susuan Rasulullah SAW - jenazahnya dikeluarkan untuk di tanam di tanah perkuburan. Lalu Nabi SAW menyuruh seorang lelaki untuk mengambil seketul batu. Lelaki itu tidak mampu mengangkatnya – besar ke kecil batu itu tuan-tuan? Saya ingat lebih kurang batu nesan kita atau besar lagi – lalu Rasulullah bangun dan baginda menyinting lengan baju baginda.” Kata al-Muttalib, orang yang meriwayatkan hadis ini kepada aku dari Rasulullah SAW berkata: Kami melihat putih dua lengan Rasulullah SAW ketika mengangkat atau ketika menyinsing lengan baju baginda. Kemudian baginda mengangkat batu itu dan meletakkan di bahagian kepala kubur.” – ini bukti termasuk di dalam Sunnah, menanda kubur dengan batu, kerana Nabi SAW yang buat. Zaman Nabi tak ada lah batu nesan seperti zaman kita ini, zaman nabi batu seketullah, di zaman kita ini batu nesanlah. Kalau batu seketul masalah juga, kena cari batu sungai yang besar dan tak boleh nak angkat tu, perlukan lori pula. Selepas tu jika dah banyak kubur, kita tak kenai mana satu kubur keluarga kita.   


Cetak  
Wallahu a'lam