Beribadah Di Bawah Suluh Cahaya Sunnah

PENGERTIAN IBADAH

                Ibadah memiliki pengertian yang amat luas. Kerana itu kita dapati para ulama berbeza-beza dalam memberikan pengertian kepadanya dan menghuraikan maksudnya.

  • Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah memberikan pengertian Ibadah sebagai:

العبادة هي اسم جامع لكل ما يحبه الله ويرضاه من الأقوال والاعمال الباطنة والظاهرة فالصلاة والزكاة والصيام والحج وصدق الحديث وأداء الأمانة وبر الوالدين وصلة الأرحام والوفاء بالعهود والأمر بالمعروف والنهي عن المنكر والجهاد للكفار والمنافقين والاحسان الى الجار واليتيم والمسكين وابن السبيل والمملوك من الآدميين والبهائم والدعاء والذكر والقراءة وأمثال ذلك من العبادة وكذلك حب الله ورسوله وخشية الله والإنابة إليه وإخلاص الدين له والصبر لحكمه والشكر لنعمه والرضا بقضائه والتوكل عليه والرجاء لرحمته والخوف لعذابه وأمثال ذلك هي من العبادة لله.

Mafhumnya: “Ibadah ialah kata nama yang menghimpunkan setiap sesuatu yang disukai oleh Allah dan diredhaiNya terdiri dari perkataan dan perbuatan yang batin dan zahir. Maka solat, zakat, puasa, haji, bercakap benar, melaksanakan amanah, berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, menghubungkan silaturrahim, menunaikan janji, al-Amr bi al-Makruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar, berjihad dengan orang kafir dan munafiqin, berbuat baik kepada jiran, anak yatim, orang miskin, orang yang terputus bekalan dalam permusafiran, yang dimiliki sama ada insan atau binatang ternak, berzikir, membaca al-Quran dan seumpama yang lain dari ibadat, demikian juga kecintaan kepada Allah dan rasulNya, takutkan Allah, menyerah urusan kepadaNya, ikhlas kepadaNya, sabar dengan hukumNya, syukur dengan nikmat-nikmatNya, redha dengan ketentuanNya, bertawakkal kepadanya, berharap kepada rahmatNya, takut akan azabNya dan seumpamanya adalah termasuk di dalam ibadah kepada Allah.” [1]

  • Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah pula berkata:

“Ibadah itu menghimpunkan dua asas utama: Kemuncak kecintaan (غاية الحب) dengan kemuncak penghinaan (غاية الذل) dan kemuncak rendah diri (غاية الخضوع)… maka sesiapa yang anda mencintainya dalam keadaan anda tidak merendahkan diri kepadanya, maka anda tidak dikira hamba kepadanya, demikian juga sesiapa yang anda rendahkan diri kepadanya, namun tanpa rasa cinta, anda juga tidak dianggap sebagai hamba kepadanya, sehinggalah anda menjadi orang yang merendahkan diri dan cinta kepadanya.[2]

                Oleh yang demikian perlaksanaan tuntutan الذل kepada Allah SWT hanya terlaksana dengan pengabdian diri kepada Allah SWT semata-mata. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim lagi:

“Sesungguhnya kesempurnaan pengabdian diri ialah: dengan menyempurnakan kedudukan penghinaan dan penyerahan diri. Maka makhluk yang paling sempurna pengabdiannya (ubudiahnya) adalah yang paling sempurna penghinaan, penyerahan dan ketaatan dirinya  kepada Allah SWT. Maka seorang hamba adalah hina di hadapan tuannya yang sebenar (Allah) dalam setiap bentuk penghinaan, dia hina kerana keagungan tuhannya, hina kerana kekuasaan tuhannya, hina sifat rububiyyah tuhannya kepadanya, penguasaan tuhannya ke atasnya, hina kerana pemberian baik tuhannya kepadanya dan hina kerana pemberian nikmat tuhannya kepadanya. Hal ini demikian kerana sesiapa yang berbuat baik kepadamu, bermakna ia telah menjadikan kamu hamba kepadanya, lalu jadilah hatimu hamba dan hina kepadanya. Lalu dia (yang menerima kebaikan) akan beribadah atau mengabdikan diri kepadanya kerana keperluannya kepada tuhannya sepanjang hayatnya untuk memperolehi setiap manfaat dan terhindar dari setiap mudharat.”[3]

  • Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi:

 الخضوع الشامل والطاعة الكاملة : Perendahan diri yang menyeluruh dan ketaatan yang sempurna. Lantaran itu perlu diadakan perbezaan antara al-Khudu’ insan kepada Allah SWT dengan khudu’ makhluk lain kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana bersesuai dengan anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada insan iaitulah akal. Justeru ibadah insan kepada Allah adalah خضوعه الإرادي الشامل وطاعته الإرادية المطلقة له سبحانه : Merendah diri (menghina diri) secara sukarela yang menyeluruh dan ketaatan secara sukarela yang multak kepada Allah SWT. Oleh yang demikian mafhum ibadah di dalam Islam memiliki dua ciri-ciri yang utama:

  1. Merendahkan diri secara sempurna kepada Allah SWT.
  2. Merendahkan diri itu dilakukan secara sukarela atau pilihan kehendak sendiri.[4]

                Maka ibadah adalah kemuncak kecintaan dan keredhaan kepada Allah SWT merangkumi pengertian yang dinyatakan di atas. Inilah tujuan utama penciptaan jin dan manusia. Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri (beribadah) kepada-Ku.” (al-Zariaat: 56)

                Dengan itu Allah SWT mengutuskan para rasul kepada manusia agar manusia mengetahui hakikat ini, seterusnya berusaha memenuhinya. FirmanNya SWT tentang perkataan Nabi Nuh kepada kaumnya:

Mafhumnya: “Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya lalu ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tak ada Tuhan bagimu selain-Nya." Sesungguhnya (kalau kamu tidak menyembah Allah), aku takut kamu akan ditimpa azab hari yang besar (kiamat)." (al-A’raf: 59)

Inilah seruan Nabi Hud, Saleh, Syu’aib dan semua para rasul. Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “dan (kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?" (al-A’raf: 65)

Mafhumnya: “dan (kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka shaleh. ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhammu. unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, Maka biarkanlah Dia Makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya dengan gangguan apapun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih." (al-A’raf: 73)

Mafhumnya: “dan (kami telah mengutus) kepada penduduk Mad-yan[5] saudara mereka, Syu'aib. ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman". (al-A’raf: 85)

Mafhumnya: “dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut[826] itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya[826]. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (al-Nahl: 36)

Seterusnya Allah SWT mewajibkan ke atas hambanya berterusan dalam ibadah, Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: "dan beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu al-yakin (al-Maut).” (al-Hijr: 99)

 

ISLAM ADALAH AGAMA SEMUA PARA NABI DAN RASUL

                Mafhum ibadah yang telah dijelaskan di atas merupakan agama Islam yang menjadi agama yang dibawa dan diseru oleh kesemua para nabi dan rasul bermula nabi Adam AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW. Firman Allah SWT tentang Nabi Nuh:

Mafhumnya: aku hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya suci dan kepunyaan-Nya-lah segala sesuatu, dan aku diperintahkan supaya aku Termasuk orang-orang yang berserah diri. (al-Naml: 91)

Allah berfirman tentang Nabi Ibrahim dan Ya’kub:

Mafhumnya: ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah!" Ibrahim menjawab: "Aku tunduk patuh kepada Tuhan semesta alam. dan Ibrahim telah Mewasiatkan Ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, Maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (al-Baqarah: 131-132)

Allah berfirman tentang Nabi Yusuf:

101. Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam Keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.” (Yusuf: 101)

Allah berfirman tentang Nabi Musa:

84. berkata Musa: "Hai kaumku, jika kamu beriman kepada Allah, Maka bertawakkallah kepada-Nya saja, jika kamu benar-benar orang yang berserah diri." (Yunus: 84)

Allah berfirman tentang Ahli Sihir Firaun yang bertaubat dan mengikut Nabi Musa:

126. dan kamu tidak menyalahkan Kami, melainkan karena Kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan Kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami". (mereka berdoa): "Ya Tuhan Kami, Limpahkanlah kesabaran kepada Kami dan wafatkanlah Kami dalam Keadaan berserah diri (kepada-Mu)". (al-A’raf: 126)

 

SALAH FAHAM TERHADAP MAKSUD IBADAH BOLEH MENJADIKAN SESEORANG TERJEBAK KE DALAM LEMBAH KESYIRIKAN

                Ibadah bukan sekadar slogan dan laungan. Sebaliknya ia merupakan matlamat yang hendak dicapai, ia pula amat berkait rapat dengan ilmu dan amal. Tidak mungkin seseorang boleh melaksanakan ibadah dan tuntutannya tanpa ilmu.

                Kepentingan memiliki ilmu yang benar dan kemerbahayaan menyalahinya dapat dilihat kepada salah faham yang berlaku terhadap maksud ibadah itu sendiri, dimana salah faham ini boleh menjadikan seseorang tercampak ke lembah kesyirikan yang hina.

                Perbezaan ketara antara kumpulan-kumpulan sesat yang ada dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah apabila menjadikan mafhum ibadah hanya terhenti sekadar perbuatan dan perkataan yang dilakukan oleh sesiapa yang berkeyakinan dengan kekuasaan Allah SWT. Justeru mereka mengangggap asal sahaja kita berkeyakinan Allah SWT maha berkuasa, mencipta makhluk keseluruhannya, maka ia telah memadai. Hal keadaan inilah yang menyebabkan golongan musyrikin Mekah tersesat jauh di dalam kekufuran. Mereka menyembah tuhan selain Allah, dengan beranggapan perbuatan itu tidak kufur kerana mereka percaya Allah SWT adalah tuhan yang menciptakan langit dan bumi, juga yang menurunkan hujan. Allah berfirman:

61. dan Sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar). (al-Ankabut: 61)

63. dan Sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya). (al-Ankabut: 63)

                Sedang yang sebenarnya ibadah bukan hanya tertumpu kepada perbuatan dan perkataan sebaliknya ibadah adalah perkataan dan perbuatan zahir dan batin yang menghimpunkan antara rasa hina dan rendah diri, demikian juga rasa cinta kepada Allah SWT. Oleh yang demikian sesiapa yang mengalihkan mafhum ibadah ini kepada selain Allah bermakna dia telah melakukan kesyirikan di dalam beribadah. Maka asal rasa rendah diri, hina dan cinta adalah milik Allah SWT. Adapun yang lain hanyalah susulan bukan asas. Kita disuruh agar mencintai Rasulullah SAW, maka kita mencintai baginda dengan arahan daripada Allah SWT dalam ruang yang dibenarkan oleh Allah SWT. Demikianlah berikutnya…

                Salah faham ini menyebabkan penulis kitab مفاهم يجب أن تُصحِّح iaitulah Muhammad ‘Alawi al-Maliki berkata:

ولا يكفر المستغيث بغير الله ما لم يعتقد الخلق والإيجاد لغير الله تعالى

Maksudnya: “Tidak menjadi kafir orang yang memohon pertolongan dari selain Allah, selama mana dia tidak berkeyakinan penciptaan dan mengadakan sesuatu kepada selain Allah.”[6]

Dari tulisan ini, beliau beranggapan jika seseorang insan meminta pertolongan dari kubur wali, dalam keadaan dia tahu wali itu bukanlah yang menciptakan langit dan bumi sebaliknya hanya seorang makhluk, perkara ini tidak termasuk di dalam kesyirikan. Demikian juga jika seseorang menyembelih untuk kubur wali atau bernazar kepadanya juga tidak termasuk di dalam kesyirikan, melainkan jika orang itu berkeyakinan wali itu adalah tuhan yang menciptakan langit dan bumi dan pemberi rezeki. Kefahaman ini jelas kesalahannya, ia terbukti dengan keyakinan orang-orang musyrikin Mekah yang disebut di dalam ayat al-Quran sebelum ini (al-Ankabut: 61 dan 63 dan selainnya)

                Sebaliknya kesyirikan boleh terjadi apabila dipalingkan maksud ibadah kepada selain Allah. Merangkumi perbuatan cinta sehingga merendah dan menghina diri kepada selain Allah bertujuan memperoleh kebaikan dan dijauhkan mudharat maka ia telah melakukan kesyirikan kepada Allah sekalipun orang yang melakukan itu beranggapan yang selain itu adalah makhluk. 

 

SYARAT IBADAH DITERIMA

Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)

Kata al-Fudhail bin ‘Iyadh:

) لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا) قال : هو أخلص العمل وأصوبه ، قالوا : يا أبا علي ما أخلصه وأصوبه ؟ قال : إن العمل إذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل ، وإذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل حتى يكون خالصا وصوابا ، فالخالص أن يكون لله ، والصواب أن يكون على السنة 

Mafhum: (Firman Allah yang bermaksud): “Untuk Dia menguji kamu semua, siapakan di antara kamu yang lebih baik amalannya.” Kata beliau: Iaitulah yang lebih ikhlas dan lebih benar. Ditanya kepada beliau: Wahai Abu ‘Ali, apakah yang dimaksudkan dengan lebih ikhlas dan lebih benar? Beliau menjawab: Sesungguhnya sesuatu amalan jika dilakukan dengan ikhlas, akan tetapi belum benar, ia tidak akan diterima. Demikian juga jika ia dilakukan dengan benar akan tetapi belum ikhlas, ia juga tidak akan diterima. Sehinggalah sesuatu amalan itu dilakukan dengan ikhlas dan dengan benar. Adapun yang ikhlas itu adalah dilakukan kerana Allah, manakala yang benar itu adalah dilakukan berdasarkan sunnah.”[7] 

 

METODOLOGI DALAM BERIBADAH

  • Agama telah sempurna, Allah SWT berfirman:

pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu Jadi agama bagimu. (al-Ma’idah: 3)

  • Nabi Muhammad SAW adalah individu yang bertanggungjawab menjelaskan ajaranagama. Firman Allah:
  1. (dan ingatlah) akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. dan Kami turunkan kepadamu Al kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri. (al-Nahl: 89)

Kata al-Imam Ibn Jarir al-Tobari ketika menafsirkan ayat ini:

نزلنا عليك يا محمد هذا القرآن بيانا لكل ما بالناس إليه الحاجة، من معرفة الحلال والحرام والثواب والعقاب

 Maksudnya: “Kami telah turunkan kepadamu wahai Muhammad al-Quran ini sebagai penjelas bagi setiap apa yang diperlukan oleh manusia, terdiri dari mengetahui perkara halal dan haram, pahala dan dosa.” [8]

Firman Allah SWT lagi

Mafhumnya: Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab.” (al-An’am: 38)

Kata al-Imam al-Qurtubi:

أي في اللوح المحفوظ، فإنه أثبت فيه ما يقع من الحوادث، وقيل: أي في القرآن: أي ما تركنا شيئا من أمر الدين إلا وقد دللنا عليه في القرآن: إما دلالة مبينة مشروحة، وإما مجملة يُتلقى بيانها من الرسول عليه الصلاة والسلام، أو من الإجماع، أو من القياس الذي ثبت بنص الكتاب

Maksudnya: “Iaitulah di al-Lauh al-Mahfuz, sesungguhnya Allah SWt telah tetapkan di dalamnya apa-apa yang akan berlaku. Dikatakan juga: iaitulah di dalam al-Quran, iaitulah tidak Kami (Allah SWT) tinggalkan sesuatupun dari urusan agama melainkan telah Kami tunjukkannya di dalam al-Quran, sama ada petunjuk berbentuk penerangan atau secara umum, dan penjelasan seterusnya oleh Rasul SAW atau dari ijmak atau dari al-Qiyas yang thabit dengan nas al-Kitab.[9]

Kerana itu ketika seorang Yahudi bertanya kepada Salman al-Farisi: لقد علمكم نبيكم كل شيء حتى الخراءة beliau menjawab: أجل، نهانا أن نستقبل القبلة بغائط أو بول، وأن نستنجي باليمين، وأن نستنجي بأقل من ثلاثة أحجار، أو أن نستنجي برجيع أو عظم

Mafhumnya: “Apakah Nabi kamu telah mengajarkan setiap sesuatu sehingga tentang buang air? Jawab Salman al-Farisi RA: Sudah tentu, beliau telah melarang kami dari menghadap kiblat ketika buang air besar dan kecil, beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak dengan kurang dari tiga ketul batu, dan beristinjak dengan najis kering atau tulang.” (Muslim)

  • Mengutamakan ilmu. Allah berfirman:

Maka ketahuilah, bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah (Muhammad: 19)

  1. (apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (al-Zumar: 9)

                Ilmu pengetahuan menjauhkan manusia dari perkara karut atau khurafat dan pembohongan. Bebas dari diperdaya oleh orang-orang jahat, orang-orang bodoh dan berkepentingan. Kejahilan juga boleh membawa seseorang kepada kekufuran. Hal ini demikian kerana orang yang jahil akan sentiasa menuruti secara buta. Allah berfirman tentang orang-orang Quraisy:

mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah[10] dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam, Padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (al-Taubah: 31)

pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata Kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". dan mereka berkata;:"Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya Kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar Kami, lalu mereka menyesatkan Kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan Kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar". (al-Ahzab: 66-68)

Orang yang menjauhi ilmu tidak menggunakan akal. Allah SWT berfirman:

dan mereka berkata: "Sekiranya Kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah Kami Termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". (al-Mulk: 10)

dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. (al-A’raf: 179)

                Mereka akan takut kepada Jin dan Syaitan, seperti yang berlaku di kalangan masyarakay Arab, dimana apabila seseorang singgah di sesuatu lembah mereka akan membaca:

أعوذ بسيد هذا الوادي من شر سفهاء قومه

Maksudnya: “Aku berlindung dengan penghulu lembah ini dari kejahatan kaum-kaumnya yang bodoh.” Kerana itu Allah SWT berfirman:

  1. dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (al-Jin: 6)

                Orang yang mengabaikan ilmu akan menjadi pak turut kepada kebiasaan nenek moyang dan berpandukan sangkaan semata. Allah SWT berfirman:

  1. bahkan mereka berkata: "Sesungguhnya Kami mendapati bapak-bapak Kami menganut suatu agama, dan Sesungguhnya Kami orang-orang yang mendapat petunjuk dengan (mengikuti) jejak mereka". dan Demikianlah, Kami tidak mengutus sebelum kamu seorang pemberi peringatanpun dalam suatu negeri, melainkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu berkata: "Sesungguhnya Kami mendapati bapak- bapak Kami menganut suatu agama dan Sesungguhnya Kami adalah pengikut jejak-jejak mereka". (al=Zukhruf: 22-23)
  1. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi Kami hanya mengikuti apa yang telah Kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?". (al-Baqarah: 170)
  1. dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (al-An’am: 116)
  1. dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran[690]. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka kerjakan. (Yunus: 36)
  • al-Quran dan al-Hadis adalah sumber utama. Allah berfirman:
  1. Sesungguhnya jawaban oran-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan Kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung. dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, Maka mereka adalah orang- orang yang mendapat kemenangan.” (al-Nur: 31-32)
  1. dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya Maka sungguhlah Dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab: 36)
  1. Maka jika mereka tidak Menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesung- guhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. sesung- guhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (al-Qasas: 50)
  • Berpegang teguh dengan sunnah yang sahih dan menjauhi yang bertentangan dengannya. Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Amat keras hukumannya. (al-Hasyr: 7)

  1. Barangsiapa yang mentaati Rasul itu, Sesungguhnya ia telah mentaati Allah. dan Barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu), Maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka. (al-Nisa’: 80)

Nabi SAW bersabda:

ألا إني أتيت القرآن ومثله معه

Mafhumnya: “Ketahuilah bahawa aku dianugerahkan al-Quran dan suatu yang seumpamanya (al-Hadis).” (Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmizi)

Allah SWT berfirman:

  1. dan Tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)

أن رجلا عطس عند عبد الله بن عمر رضي الله عنهما فقال : الحمد لله والسلام على رسول الله ، فقال ابن عمر : وأنا أقول الحمد لله والسلام على رسول الله ولكن ليس هكذا علمنا رسول الله صلى الله عليه وسلم، علمنا أن نقول : " الحمد لله على كل حال  ."

Mafhumnya: Seorang lelaki bersin bersebelahan dengan Abdullah bin ‘Umar RA lalu berkata: “Segala puji bagi Allah dan keselamatan ke atas Rasulullah. Kata Abdullah bin ‘Umar: Aku katakan segala pujian bagi Allah dan keselamatan ke atas Rasulullah bukanlah demikian itu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah SAW, sebaliknya baginda mengajarkan kepada kami untuk berkata: Segala pujian bagi Allah atas semua keadaan.” (al-Tirmizi dan al-Hakim dengan sanad yang baik)

Sa’id bin Musayyib pernah melihat seorang menunaikan solat sunat yang banyak selepas terbit fajar, kemudian beliau melarang orang tersebut melakukannya. Orang itu berkata kepadanya

يا أبا سعيد: يعذبني الله على الصلاة؟ فقال: لا... ولكن يعذبك على خلاف السنة

Mafhumnya: Wahai Abu Sa’id, apakah Allah akan mengazabku kerana solat? beliau menjawab: Tidak… akan tetapi Dia akan mengazabmu kerana kamu menyalahi sunnah.” (Abd al-Razzaq, al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra. Sanad riwayat ini Sahih)

Al-Imam ‘Abdullah bin al-Zubair al-Humaidi berkata:

روى الشافعي يوما حديثا، فقلت: أتأخذ به؟ فقال: رأيتني خرجت من كنيسة، أو على زُنَّار، حتى إذا سمعت من رسول الله صلى الله عليه وسلم حديثا لا أقول به؟

Maksudnya: “al-Syafie meriwayatkan pada suatu hari satu hadis. Lalu aku tanya kepadanya: apakah anda mengambil atau mengamalkan hadis ini? lalu beliau menjawab: apakah kamu melihat aku baru keluar dari gereja atau zunnar[11], sehingga apabila aku mendengar satu hadis dari Rasulullah SAW , aku tidak mengambilnya?”[12]

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:

البيان التام هو ما بينه الرسول صلى الله عليه وسلم، فإنه أعلم الخلق بالحق، وأنصح الخلق للخلق، وأفصح الخلق في بيان الحق، فما بينه من أسماء الله وصفاته وعلوه ورؤيته، هو الغاية في هذا الباب

Maksudnya: “Penjelasan yang sempurna adalah apa yang dijelaskan oleh Rasul SAW, ini kerana baginda adalah insan yang lebih mengetahui tentang kebenaran, lebih memberi nasihat kepada manusia, lebih fasih dalam menjelaskan kebenaran, maka apa yang dijelaskan oleh baginda yang terdiri dari nama-nama Allah dan sifat-sifatnya, sifat ketinggianNya dan orang mukmin akan melihatNya (pada hari kiamat), merupakan kemuncak kebenaran dalam perkara ini.”[13] 

Kata Muhammad bin Sirin seorang tabi’ie yang mulia:

لم يكونوا يسألون عن الإسناد، فلما وقعت الفتنة قالوا: سموا لنا رجالكم، فينظر إلى أهل السنة فيؤخذ حديثهم، وينظر إلى أهل البدع فلا يؤخذ حديثهم

Mafhumnya: Dahulunya para sahabat tidak bertanya tentang isnad. Namun setelah berlakunya fitnah (pembunuhan ‘Uthman). Mereka akan bertanya: Sebutkan kepada kami  periwayat hadis kamu, lalu dilihat jika ia diriwayatkan dari seorang Ahl al-Sunnah, maka diambil hadis mereka, jika diriwayatkan dari Ahli Bid’ah, maka tidak diambil hadis dari mereka.”[14]

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata:

المنقولات فيها كثير من الصدق وكثير من الكَذِب ، والمرجع في التمييز بين هذا وهذا إلى أهل علم الحديث ، كما نرجع إلى النحاة في الفرق بين نحو العرب ونحو غير العرب ، ونرجع إلى علماء اللغة فيما هو من اللغة وما ليس من اللغة ، وكذلك علماء الشِعْر والطب وغير ذلك ، فلكل علم رجالٌ يعرفون به ، والعلماء بالحديث أجلّ هؤلاء قدراً ، وأعظمهم صِدْقاً ، وأعلاهم منزلة ، وأكثرهم ديناً ، وهم من أعظم الناس صدقاً و أمانة وعلماً وخبرة فيما يذكرونه من الجرح والتعديل ، مثل : مالك وشعبة وسفيان ...

Maksudnya: “Hadis-hadis yang dinukil dari dari baginda banyak yang benar dan banyak juga yang dusta. Maka tempat rujukan untuk membezakannya adalah kepada Ahl al-Hadis (ulama hadis). Sama sepertimana dirujuk kepada ahli nahu untuk membezakan antara nau arab dan bukan nahu arab, dan dirujuk kepada ulama bahasa untuk memastikan dari bahasa arab atau bukan bahasa arab, demikianlah juga ulama syair, perubatan dan selainnya. Bagi setiap ilmu itu adalah ahli pakarnya yang mengetahu tentangnya. Maka ulama hadis adalah yang lebih mulia kadarnya , lebih besar kebenarannya, lebih tinggi kedudukannya, dan lebih kuat agamanya. Mereka orang yang paling benar, amanah, ‘alim dan pengalaman, dalam apa yang mereka nyatakan tentang al-Jarh wa al-Ta’dil seperti Malik, Syu’bah dan Sufyan…”[15]

Lantaran itu sesuatuh hadis perlu dipastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum mengamalkan dan menyebarkannya, dengan merujuk perkataan para ulama hadis. Maka diambil hadis-hadis yang hasan dan sahih. Dan ditinggalkan selain dari yang itu.

Kata Yahya Sa’id al-Qattan:

لا تنظروا إلى الحديث، ولكن انظروا إلى الإسناد، فإن صح الإسناد، وإلا فلا تغتروا بالحديث إذا لم يصح الإسناد

Maksudnya: “Jangan kamu semua (hanya) melihat kepada hadis, sebaliknya lihatlah kepada isnad, jika sahih isnadnya, jika tidak maka jangan kamu semua tertipu dengan sesuatu yang didakwa hadis jika tidak sahih isnadnya.”[16]

Al-Imam Ibn Qudamah berkata:

وأما الأحاديث الموضوعة التي وضعتها الزنادقة ليلبسوا بها على أهل الإسلام أو الأحاديث الضعيفة إما لضعف رواتها أو جهالتهم أو لعلة فيها لا يجوز أن يقال بها ولا اعتقاد ما فيها بل وجودها كعدمها

Maksudnya: “Adapun hadis-hadis palsu yang direka oleh golongan zindiq, untuk mencipta kekaburan ke atas umat Islam, atau hadis-hadis yang dhaief sama ada disebabkan kelemahan periwayatnya atau mereka tidak dikenali atau disebabkan ‘illah yang ada padanya tidak harus untuk disebarkannya, tidak boleh juga diyakini apa yang ada di dalamnya, bahkan keberadaan hadis-hadis seumpama ini sanma seperti ketiadaannya.”[17]

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:

فالواجب أن يفرق بين الحديث الصحيح والحديث الكذب، فإن السنة هي الحق دون الباطل، وهي الأحاديث الصحيحة دون الموضوعة، فهذا أصل عظيم لأهل الإسلام عمومًا، ولمن يدعي السنة خصوصًا

Maksudnya: “Yang wajib ialah membezakan antara hadis sahih dan hadis dusta, kerana sesungguhnya sunnah adalah  kebenaran bukan kebatilan. Ia datang dari hadis-hadis yang sahih bukan yang palsu. Inilah asas utama bagi umat Islam secara umum dan bagi sesiapa yang mendakwa sunnah secara khusus.”[18]

-------------------------------------------- 

[1] Ibn Taimiyyah di dalam al-‘Ubudiyyah

[2] Madarij al-Salikin 1/74

[3] Miftah Dar al-Sa’adah 1/289

[4] Lihat Fatwa al-Lajnah al-Daimah (2/188)

[5] Mad-yan adalah nama putera Nabi Ibrahim a.s. kemudian menjadi nama kabilah yang terdiri dari anak cucu Mad-yan itu. Kbilah ini diam di suatu tempat yang juga dinamai Mad-yan yang terletak di pantai laut merah di tenggara gunung Sinai.

[6] Rakaman kuliah al-Syeikh ‘Abd al-Rahim al-Sulami bertajuk al-Inhiraf fi Ta’rif al-‘Ibadah wa Mafhumiha dari laman islamweb.net.

[7] Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, oleh Ibn Rajab, Hal: 20 

[8] Tafsir al-Tobari 14/161

[9] Al-Jami’ li Ahkam al-Quran 6/420 oleh al-Qurtubi

[10] Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

[11] Tali pinggang yang dipakai oleh rahib kristian di bahagian tengah badan. Lihat al-Mu’jam al-Wasit dan al-Ghaniy.

[12] Hilyah al-Auliya’ 9/106. Dan Manaqib al-Syafie oleh al-Baihaqi 1/474

[13] Minhaj al-Sunnah al-Nabawiah 5/233

[14] Muqaddimah Sahih Muslim 1/15

[15] Minhaj al-Sunnah al-Nabawiah 7/34-35

[16] Siyar al-A’lam al-Nubala 9/188

[17] Zamm al-Ta’wil, hal: 47

[18] Majmu’ al-Fatawa 3/380


Cetak  
Wallahu a'lam