Soalan:
Apakah hukumnya kita bersalaman dengan peniaga khinzir. Adakah kita perlu samak?
Jawapan:
Pendapat yang terkuat pada penilaian saya dan setahu saya inilah pandangan mazhab Syafie, badan orang kafir TIDAK NAJIS sekalipun dia pemakan khinzir. Oleh yang demikian tiada sebarang masalah bersalaman dengan peniaga khinzir. Namun sekiranya pada tangannya terdapat najis, anda hanya perlu membasuh tangan anda.