Gambaran 1
Menjadikan masjid sebagai tapak jual beli atau menjadikan masjid sebagai destinasi untuk berjual beli sekalipun dalam kuantiti yang sedikit diharamkan dengan ittifaq ulama.
Gambaran 2
Penjual dan pembeli berada di masjid tanpa tujuan untuk berjual-beli. Kemudian di atas keadaan tertentu berlaku persetujuan untuk melakukan akad jual-beli.
Pandangan Hukum: Harus jual beli yang sedikit di dalam masjid. Makruh jika ia dilakukan dalam bentuk yang banyak.
Gambaran 3
Akad jual beli dilakukan di dalam masjid tanpa ada barang jualan seperti pembelian atas talian.
Pandangan Hukum: Harus akad jual beli tanpa disertai barang jualan selagi tidak menimbulkan suasana jual-beli seperti pasar.
Gambaran 4
Promosi perniagaan di dalam masjid tanpa akad.
Pandangan Hukum: Pengumuman dan iklan yang berkaitan perniagaan seperti pakej haji dan umrah, pakej akikah dan seumpamanya adalah dilarang kerana adanya hadis yang menegah perbuatan tersebut. (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-4/2011 bertajuk : Garis Panduan Pengumuman Dan Iklan Di Masjid)
KAWASAN MASJID YANG DIBENARKAN UNTUK BERNIAGA
Kawasan yang dimaksudkan di sini ialah tanah yang berhubungan dengan masjid yang bukan dibina khusus untuk solat. Ini seperti kawasan yang bersambung dengan dinding dan bumbung masjid yang tidak dimaksudkan sebagai masjid seperti pejabat pentadbiran masjid, ruang meletak kasut dan seumpamanya. Ia merangkumi juga kawasan-kawasan seperti tanah lapang dalam kawasan pagar masjid dan laluan masuk ke dalam masjid yang tidak ditandakan sebagai masjid (papan tanda) adalah bukan masjid dan boleh berniaga di kawasan tersebut.