SDI: 0054: Baca al-Quran dari h/p

al-Quran yang dimuat turun ke dalam handphone tidak sama hukumnya dengan Mushaf (al-Quran). Maka harus menyentuhnya tanpa wudhu, dan harus membawanya ke dalam tandas. Ini kerana penulisan al-Quran di dalam handphone tidak sama seperti penulisan di dalam Mushaf, ia dipaparkan kemudian hilang, dan ia bukan huruf yang tetap, di samping handphone ada di dalamnya bahan-bahan yang lain juga.

al-Syeikh 'Abdul Rahman bin Nasir al-Barrak pernah ditanya tentang hukum membaca al-Quran dari H/P tanpa berwudhu. Beliau menjawab: 
 
"Telah diketahui, membaca al-Quran dari hafalan tidak disyaratkan suci daripada hadath kecil, tidak disyaratkan juga bersih dari hadath besar. Akan tetapi bersuci untuk membaca al-Quran walaupun dari hafalan adalah lebih utama, kerana ia adalah kalam Allah, termasuk dalam mengagungkannya adalah dengan membacanya dalam keadaan bersuci. Adapun membaca al-Quran dari Mushaf, maka disyaratkan bersuci untuk menyentuhnya secara mutlak, berdasarkan hadith: (Maksudnya): "Jangan menyentuh al-Quran melainkan orang yang suci." Demikian juga berdasarkan athar-athar dari sahabat dan tabien. Kerana itu kebanyakan ulama berpendapat diharamkan menyentuh al-Quran bagi orang yang berhadath sama ada untuk membaca atau untuk tujuan lain."

Cetak  
Wallahu a'lam