BAB SIWAK
(Fasal) Ini suatu fasal pada menyatakan sunat bersugi. (Maka sunat ia) pada tiap-tiap kelakuan, dan terlebih muakkadnya tatkala hendak membaca quran[1], (dan) tatkala hendak sembahyang[2], dan tatkala berubah bau mulut[3], dan tatkala jaga daripada tidur[4], dan tatkala kuning-kuning gigi[5]. (Dan sunat) pula tatkala hendak tidur, dan tatkala ambil wudhu[6], dan membaca hadis, dan tatkala hendak berzikir, dan tatkala hendak masuk Kaabah[7], dan tatkala masuk seorang kepada rumahnya[8], dan tatkala hendak jimak, dan pada ketika lapar dan dahaga, dan tatkala hendak mati, dan dikatakan bahawasanya ia memudahkan keluar ruh, dan tatkala hendak musafir, dan tatkala datang daripadanya, dan lainnya seperti barang yang tersebut dalam kitab yang panjang-panjang, melainkan kemudian daripada gelincir matahari bagi orang yang puasa, tiada sunat bahkah makruh ia sama ada puasa fardu atau sunat. Dan hilang makruhnya dengan jatuh matahari. (Dan) memilih oleh Imam Nawawi akan ketiadaan makruh mutlaqan, sama ada dahulu daripada gelincir matahari dan kemudiannya. (Dan sunat) bersugi dengan tangan dan mulakan dengan pihak kanan mulutnya, dan dilakukan dia atas langit-langit dengan perlahan-lahan, dan atas gusi-gusi, dan gigi, dan lidah. (Maka fadilat) bersugi amat banyak. (Setengah) daripadanya, dua rakaat sembahyang dengan bersugi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaat dengan tiada bersugi[9]. (Dan setengah) daripadanya, bersugi itu meredhakan bagi tuhan dan menyucikan mulut[10], dan membaikkan baunya, dan menambahkan akal, dan mencerahkan mata, dan melambatkan tumbuh uban, dan membetulkan belakang, dan menggandakan pahala, dan mengingatkan kalimah syahadah tatkala hendak mati. (Maka barang siapa) tiada kuasa bersugi pada segala waktu yang tersebut dahulu itu, maka hendaklah ia bersugi pada sehari semalam sekali.
Huraian
Siwak (السِّواكُ) dengan kasrah huruf Sin (س), apabila diitlaqkan ia boleh memaksudkan kepada perbuatan bersiwak (الاستياك) atau alat yang digunakan untuk bersiwak. Selain itu alat yang digunakan untuk bersiwak juga boleh disebut miswak (مِسْواكٌ). Kalimat pluralnya ialah suwukun (سُوُكٌ) sama seperti kitab – kutubun. Boleh juga dengan sukun huruf waw.
Kata Abu Hanifah al-Dinawariy (الدِّينَوَرِيَّ), siwak berasal dari سَاكَ iaitulah menggosok. Pandangan lain dari beliau mengatakan ia berasal dari التَّساوُكِ saling bercondongan (التَّمايُلَ). Namun yang sahih, ia berasal dari سَاكَ iaitulah menggosok.[11]
Pada Istilah fuqaha iaitulah menggunakan ‘ud (عود), kayu atau ranting arak (أراك) dan seumpamanya pada gigi bagi menghilangkan perubahan (bau mulut) dan seumpamanya.[12]
Asas sunat bersiwak adalah hadis ‘Aisyah RA, Nabi SAW bersabda:
السِّواكُ مَطْهَرَةٌ[13] لِلْفَمِ مَرْضاةٌ لِلرَّبِّ
Maksudnya: “Siwak itu membersihkan mulut dan diredahi di sisi tuhan.”[14]
Perkataan muallif:
“…(maka sunat ia) pada tiap-tiap kelakuan…” berdasarkan hadis Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda:
لَقَدْ أَكْثَرْتُ علَيْكُم في السِّوَاكِ
Maksudnya: “Daku telah bersungguh-sungguh memerintahkan kamu semua berkaitan dengan siwak.” (al-Bukhari)
al-Tibiy menyatakan, faedah yang dapat diambil dari hadis Nabi SAW ini, dalam keadaan para sahabat telah sedia maklum perihal kepentingan bersugi dari ajaran baginda, iaitulah bertujuan menzahirkan lagi kepentingan bersugi tersebut. Ungkapan baginda: أَكْثَرْتُ bermaksud daku banyak dan bersungguh membicarakannya.[15]
Waktu Sunat Bersiwak
Muallif menyebut lima waktu muakkad untuk bersiwak ialah dengan katanya:
“dan terlebih muakkadnya tatkala hendak membaca quran, (dan) tatkala hendak sembahyang, dan tatkala berubah bau mulut, dan tatkala jaga daripada tidur, dan tatkala kuning-kuning gigi.”
al-Syirazi di dalam al-Muhazzab menyatakan: ويُسْتَحَبُّ فِي ثَلاثَةِ أحْوالٍ maksudnya: “(siwak) disunatkan pada tiga keadaan.” Lalu beliau menyenaraikan tiga perkara tersebut, iaitulah ketika hendak menunaikan solat, ketika gigi menjadi kuning dan ketika berubah bau mulut yang boleh berlaku disebabkan baru bangun dari tidur atau disebabkan al-Azm (الأَزْم) iaitulah melalui tempoh lama tidak menjamah makanan atau berdiam dalam tempoh yang lama[16]. al-Imam al-Nawawi memberi komentar dengan menyatakan perkataan al-Syirazi ini boleh memberi faham bersiwak itu hanya khusus disunatkan pada tiga keadaan ini sahaja. Namun hukum sebenar bukan sedemikian, bahkan ia sunat dalam semua keadaan.[17]
Muhammad bin Qasim al-Ghazzi di dalam Fath al-Qarib meluaskan waktu dan keadaan ditekankan siwak dengan katanya: ويتأكد أيضا في غير الثلاثة المذكورة مما هو مذكور في المطولات، كقراءة القرآن، واصفرار الأسنان yang bermaksud: “Dan ia (siwak) ditekankan juga pada selain dari tiga waktu yang dinyatakan, dari waktu-waktu yang disebut dalam kitab-kitab yang panjang membicarakannya seperti ketika hendak membaca al-Quran dan ketika gigi bewarna kuning.”
al-Nawawi dalam al-Majmu’ menyebut waktu sunat muakkad bagi siwak ada lima, iaitulah (1) ketika hendak bangun menunaikan solat, sama ada solat fardhu ataupun sunat. (2) ketika gigi bewarna kuning, (3) ketika berwudhu, (4) ketika hendak membaca al-Quran, dan (5) ketika mulut berbau, sama ada disebabkan tidur atau memakan sesuatu yang berbau, disebabkan lama tidak makan dan minum atau disebabkan lama berdiam tanpa berkata-kata, ada juga yang mengatakan boleh berlaku kerana banyak berkata-kata.
Perkataan Muallif:
“…dan (sunat siwak) tatkala hendak mati dan dikatakan bahawasanya ia memudahkan keluar ruh…”
Huraian
Sunat bersiwak ketika hendak mati atau ketika ihtidhar berdasarkan hadis al-Bukhari di dalam Sahih beliau iaitulah daripada ‘Aisyah RA yang berkata:
دَخَلَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرٍ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مُسْنِدَتُهُ إِلَى صَدْرِي ، وَمَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ سِوَاكٌ رَطْبٌ يَسْتَنُّ بِهِ ، فَأَبَدَّهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَصَرَهُ ، فَأَخَذْتُ السِّوَاكَ فَقَصَمْتُهُ ، وَنَفَضْتُهُ وَطَيَّبْتُهُ ، ثُمَّ دَفَعْتُهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَنَّ بِهِ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَنَّ اسْتِنَانًا قَطُّ أَحْسَنَ مِنْهُ ، فَمَا عَدَا أَنْ فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَفَعَ يَدَهُ أَوْ إِصْبَعَهُ ثُمَّ قَالَ فِي الرَّفِيقِ الأَعْلَى . ثَلاَثًا ، ثُمَّ قَضَى ، وَكَانَتْ تَقُولُ : مَاتَ بَيْنَ حَاقِنَتِي وَذَاقِنَتِي
Maksudnya: “Abdul Rahman bin Abi Bakar (saudara ‘Aisyah RA) masuk menemui Nabi SAW. Ketika itu baginda bersandar kepada dadaku (hari baginda sakit yang membawa kepada kewafatan), bersama dengan Abd al-Rahman terdapat siwak basah yang dia gunakan untuk bersiwak. Baginda Rasulullah SAW merenung kepadanya, lalu daku (‘Aisyah) mengambil siwak tersebut dan memotong (bahagian hujungnya), daku membersihkan dan mengelokkan kayu siwak tersebut, kemudian memberikan kepada Nabi SAW. Baginda bersiwak dengannya dan daku tidak pernah melihat Rasulullah SAW bersiwak lebih baik dari ketika itu. Nabi SAW belum meninggalkan siwak dan selesai, tiba-tiba baginda mengangkat tangan atau salah satu jari baginda dan bersabda: “kepada teman yang mulia” tiga kali. Setelah itu baginda diwafatkan. ‘Aisyah juga berkata: “Baginda wafat, dalam keadaan baginda berada antara riba dan daguku (pangkuanku).”
Hadis ini menunjukkan baginda Nabi SAW bersiwak sebelum wafat. Persoalannya apakah baginda melakukan perkara tersebut kerana ketika itu dalam keadaan ihtidhar? atau baginda bersiwak kerana sudah menjadi kesukaan baginda bersiwak dan bersiwak itu pula suatu yang dianjurkan pada bila-bila masa?
Para ulama mengatakan sunat bersiwak ketika dalam keadaan ihtidhar, berdasarkan hadis ini atas alasan:
- Nabi SAW tetap bersiwak sekalipun sedang berhadapan dengan kepayahan sakaratul maut.
- Membersih dan mengelokkan mulut kerana malaikat terganggu dengan sesuatu yang mengganggu manusia, antaranya adalah bau busuk mulut.
- Persediaan untuk bertemu dengan Allah SWT.
Namun untuk mengatakan bersiwak dapat memudahkan keluar ruh, hal seperti ini memerlukan dalil yang jelas. Kerana al-Khatib al-Syarbini menyebutnya dengan sighah tamridh yang biasanya menunjukkan sesuatu yang tidak memiliki dalil dan lemah.
Perkataan Muallif:
“melainkan kemudian daripada gelincir matahari bagi orang yang puasa, tiada sunat bahkah makruh ia sama ada puasa fardu atau sunat dan hilang makruhnya dengan jatuh matahari (dan) memilih oleh Imam Nawawi akan ketiadaan makruh mutlaqan,..”
Huraian
Dalil ulama mazhab Syafie dalam perkara ini ialah hadis Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
لَخُلُوفُ فَمِ الصّائِمِ أطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِن رِيحِ المِسْكِ
Maksudnya: “Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi.” (Muttafaqun ‘ALaih )
Perkataan khuluf (خُلُوف) yang diterjemahkan sebagai “bau” adalah merujuk bau mulut selepas waktu zawal berdasarkan hadis Jabir RA:
أُعْطِيَتْ أُمتِي فِي شَهْرِ رَمَضانَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نبِي قَبْلِي: أما واحِدَةٌ فَإنّهُ إذا كانَ أوَّلُ لَيْلَةٍ مِن شَهْرِ رَمَضانَ نَظَرَ اللهُ إلَيْهِمْ، ومَن نَظَرَ اللهُ إلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أبَدًا. وأما الثانِيَةُ: خُلُوفُ أفْواهِهِمْ حِينَ يُمْسُونَ أطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِن ريحِ المِسْكِ وأمّا الثّالِثة: فَتَسْتَغْفِرُ لَهُمُ المَلائِكَةُ فِي كُلِّ يَوْمٍ ولَيْلَةٍ. وأمّا الرّابِعَةُ: فَإنَّ الله - ﷺ - يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُولُ: اسْتَعِدّيْ، وتَزَينيْ لِعِبادِي؛ أوْشَكَ أنْ يَسْتَرِيحُوا مِن تَعَبِ الدُّنْيا إلىْ دارِي وكَرامَتِي. وأمّا الخامِسَةُ: فَإنَّهُ إذا كانَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيعًا». فقال رجل من القوم: هي ليلة القدر؟ قال: «لا، ألمْ تَرَ إلىْ العُمّالِ يَعْمَلُونَ، فَإذا فَرَغُوا مِن أعْمالِهِمْ وُفُّوا أُجُورَهُمْ
Maksudnya: “…Kedua iaitulah khuluf (bau) mulut umatku ketika mereka berada di waktu petang adalah lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi…” (Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari, Badr al-Din al-‘Aini dalam ‘Umdah al-Qariy berkata: “Kata al-Munziri: “Isnad (hadis ini) muqarib.” Al-Mubarakfuri juga di dalam Mir‘ah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih menyatakan: “Kata al-Munziri: “Isnad (hadis ini) muqarib.” Ia dinilai hasan oleh Abu Bakar al-Sam‘aniy dalam Amali-nya 6/409)
Lafaz hadis يُمْسُونَ diterjemahkan sebagai “ketika mereka berada di waktu petang”. Ini kerana يُمْسُونَ adalah المساء yang merujuk kepada waktu selepas zawal atau tergelincir matahari. Bau mulut selepas waktu zawal dianggap lebih baik (أطيبية الخلوف) menunjukkan ada tuntutan membiarkannya dan makruh dihilangkannya.[18]
Sekalipun begitu, terdapat bukti lain yang menunjukkan bersiwak adalah suatu yang diharus dan dianjurkan sama ada ketika berpuasa atau tidak, pada waktu sebelum atau selepas zawal. Antara bukti tersebut berdasarkan perkataan ‘Amir bin Rabi‘ah (عامر بن ربيعة) RA:
رأيتُ النَّبيَّ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ ما لا أُحصي يتسَوَّكُ وَهوَ صائمٌ
Maksudnya: “Daku telah melihat Rasulullah SAW dalam kekerapan yang tidak terkira,[19] bersiwak sedangkan baginda berpuasa.”
Kata al-Tirmizi: “Hadis ‘Amir bin Rabi‘ah, hadis hasan. (Ia) Menjadi amalan di sisi para ulama yang berpandangan tidak mengapa bersiwak bagi seorang yang berpuasa. Melainkan sebahagian ulama memakruhkan siwak bagi orang yang berpuasa dengan kayu siwak dan yang basah. Mereka memakruhkan siwak pada lewat siang hari berpuasa. Manakala al-Syafie berpandangan tidak mengapa bersiwak di awal siang hari berpuasa, tidak pada lewat siangnya. Ahmad dan Ishak juga memakruhkan bersiwak pada lewat siang hari berpuasa.”[20]
Perkataan Muallif:
“(dan) memilih oleh Imam Nawawi akan ketiadaan makruh mutlaqan, sama ada dahulu daripada gelincir matahari dan kemudiannya.”
Nukilan dari muallif ini, menunjukkan wujud perbezaan pendapat ulama dalam permasalahan ini, hatta dalam kalangan ulama mazhab Syafie, antara mereka adalah al-Imam al-Nawawi RH. Di dalam al-Majmu’ al-Imam al-Nawawi berkata:
وحَكى أبُو عِيسى فِي جامِعِهِ فِي كِتابِ الصِّيامِ عَنْ الشّافِعِيِّ رحمه الله أنَّهُ لَمْ يَرَ بِالسِّواكِ لِلصّائِمِ بَأْسًا أوَّلَ النَّهارِ وآخِرَهُ وهَذا النَّقْلُ غَرِيبٌ وإنْ كانَ قَوِيًّا مِن حَيْثُ الدَّلِيلُ وبِهِ قالَ المُزَنِيّ وأكْثَرُ العُلَماءِ وهُوَ الْمُخْتارُ
Maksudnya: “Abu Isa (al-Imam al-Tirmizi) menghikayatkan dalam kitab Jami’nya (Jami’ atau Sunan al-Tirmizi) pada Kitab al-Siyam daripada al-Syafie RH yang berpandangan tidak mengapa bagi orang yang berpuasa bersiwak di awal mahupun di penghujung siang hari puasa. Nukilan beliau ini ganjil sekalipun ia suatu pandangan yang kuat dari sudut dalil. Inilah pandangan al-Muzani dan kebanyakan ulama dan ia adalah pandangan yang dipilih.” (1/276)
Pandangan ini perlu diberi perhatian. Apatah lagi al-Nawawi, demikian juga al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan inilah pandangan majoriti ulama. Beliau juga berkata:
“(majoriti) ulama berhujah dengan hadis bab (hadis Amir bin Rabi‘ah) dan hadis ‘Aisyah RA yang telah diberi isyarat oleh al-Tirmizi dan hadis Abu Hurairah iaitulah: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتهمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ وُضُوءٍ yang bermaksud: “Kalaulah tidak bimbang mendatangkan kepayahan kepada umatku, sudah tentu daku akan menyuruh mereka bersiwak ketika setiap kali hendak berwudhu”, yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie. Berdasarkan seluruh hadis yang diriwayatkan dengan memiliki makna yang sama, demikian juga tentang kelebihan bersiwak, semuanya dalam bentuk Itlaq yang membawa hukum harus bersiwak pada mana-mana waktu dan dalam setiap keadaan. Inilah pandangan yang Asah (lebih sahih) dan aqwa (lebih kuat).”
Seterunya al-Mubarakfuri menyebut pandangan sekumpulan ulama lain yang memakruhkan bersiwak menggunakan kayu sugi basah, kerana ia terdapat perasa. Setelah itu beliau nukilkan jawapan dari Ibn Sirin yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sahih beliau, dan al-Mubarakfuri menilai jawapan Ibn Sirin ini sebagai jawapan yang baik, katanya:
قَالَ الْبُخَارِيُّ فِي صَحِيحِهِ : قَالَ اِبْنُ سِيرِينَ : لَا بَأْسَ بِالسِّوَاكِ الرَّطْبِ , قِيلَ لَهُ طَعْمٌ , قَالَ وَالْمَاءُ لَهُ طَعْمٌ وَأَنْتَ تُمَضْمِضُ بِهِ اِنْتَهَى. وَقَالَ اِبْنُ عُمَرَ : لَا بَأْسَ أَنْ يَسْتَاكَ الصَّائِمُ بِالسِّوَاكِ الرَّطْبِ وَالْيَابِسِ رَوَاهُ اِبْنُ أَبِي شَيْبَةَ , قُلْت هَذَا هُوَ الْأَحَقُّ ; لِأَنَّ أَقْصَى مَا يُخْشَى مِنْ السِّوَاكِ الرَّطْبِ أَنْ يَتَحَلَّلُ مِنْهُ فِي الْفَمِ شَيْءٌ وَذَلِكَ الشَّيْءُ كَمَاءِ الْمَضْمَضَةِ فَإِذَا قَذَفَهُ مِنْ فِيهِ لَا يَضُرُّهُ بَعْدَ ذَلِكَ وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ.
maksudnya: Kata al-Bukhari dalam Sahih-nya: “Kata Ibn Sirin: “Tidak mengapa dengan siwak yang basah. Dikatakan ia memiliki perasa.” Jawab Ibn Sirin: “Sememangnya air memiliki perasa. Anda sendiri berkumur (ketika berwudhu) dengan air (namun berkumur ketika berwudhu tidak dihukumkan makruh).” Kata al-Mubarakfuri lagi: “Berkata Ibn ‘Umar: “Tidak mengapa seorang yang berpuasa bersiwak dengan siwak yang basah mahupun kering”, ia diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah.” Daku (al-Mubarakfuri) nyatakan: “Inilah yang lebih benar, kerana yang paling dibimbangkan dari siwak yang basah ialah keluar sesuatu dari kayu siwak itu di dalam mulut. Perkara ini sama sepertimana air berkumur (ketika berwudhu), apabila seseorang membuangnya keluar dari mulutnya, maka tiada sebarang masalah lagi. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.”
Seterusnya al-Mubarakfuri menyebut pandangan mazhab Syafie yang menyatakan bersiwak selepas zawal atau ketika penghujung waktu siang adalah makruh, dengan alasan menghilangkan bau mulut dari sebab berpuasa yang merupakan suatu yang disukai di sisi Allah. Lalu beliau mendatangkan jawapan dengan berkata:
وَأُحِيبَ بِأَنَّ الْخُلُوفَ بِضَمِّ الْخَاءِ الْمُعْجَمَةِ عَلَى الصَّحِيحِ تَغَيُّرُ رَائِحَةِ الْفَمِ مِنْ خُلُوِّ الْمَعِدَةِ وَذَلِكَ لَا يُزَالُ بِالسِّوَاكِ. قَالَ اِبْنُ الْهُمَامِ: بَلْ إِنَّمَا يُزِيلُ أَثَرَهُ الظَّاهِرَ عَنْ السِّنِّ مِنْ الِاصْفِرَا، وَهَذَا لِأَنَّ سَبَبَ الْخُلُوفِ خُلُوُّ الْمَعِدَةِ مِنْ الطَّعَامِ، وَالسِّوَاكُ لَا يُفِيدُ شَغْلَهَا بِطَعَامٍ لِيَرْتَفِعَ السَّبَبُ، وَلِهَذَا رُوِيَ عَنْ مُعَاذٍ مِثْلُ مَا قُلْنَا، رَوَى الطَّبَرَانِيُّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غُنْمٍ قَالَ: سَأَلْت مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ أَأَتَسَوَّكُ وَأَنَا صَائِمٌ: قَالَ نَعَمْ قُلْت: أَيَّ النَّهَارِ أَتَسَوَّكُ؟ قَالَ: أَيَّ النَّهَارِ شِئْت غُدُوَّهُ وَعَشِيَّهُ، قُلْت: إِنَّ النَّاسَ يَكْرَهُونَهُ عَشِيَّهُ وَيَقُولُونَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ؟" فَقَالَ: سُبْحَانَ اللَّهِ، لَقَدْ أَمَرَهُمْ بِالسِّوَاكِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا بُدَّ بِفِي الصَّائِمِ خُلُوفٌ وَإِنْ اِسْتَاك، وَمَا كَانَ بالَّذِي يَأْمُرُهُمْ أَنْ يُنْتِنُوا أَفْوَاهَهُمْ عَمْدًا، مَا فِي ذَلِكَ مِنْ الْخَيْرِ شَيْءٌ بَلْ فِيهِ شَرٌّ إِلَّا مَنْ اُبْتُلِيَ بِبَلَاءٍ لَا يَجِدُ مِنْهُ بُدًّا اِنْتَهَى.
قُلْت: إِسْنَادُ هَذَا الْأَثَرِ جَيِّدٌ كَمَا صَرَّحَ بِهِ الْحَافِظُ فِي التَّلْخِيصِ الْحَبِيرِ، قَالَ اِبْنُ الْهُمَامِ : وَكَذَا الْغُبَارُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لِقَوْلِهِ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ : " مَنْ اِغْبَرَّتْ قَدَمَاهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ , إِنَّمَا يُؤْجَرُ عَلَيْهِ مَنْ اِضْطَرَّ إِلَيْهِ وَلَمْ يَجِدْ عَنْهُ مَحِيصًا فَأَمَّا مَنْ أَلْقَى نَفْسَهُ عَمْدًا فَمَا لَهُ فِي ذَلِكَ مِنْ الْأَجْرِ شَيْءٌ، قِيلَ: فَيَدْخُلُ فِي هَذَا أَيْضًا مَنْ تَكَلَّفَ الدَّوَرَانَ تَكْثِيرًا لِلْمَشْيِ إِلَى الْمَسَاجِدِ نَظَرًا إِلَى قَوْلِهِ عَلَيْهِ الصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ : " وَكَثْرَةُ الْخُطَى إِلَى الْمَسَاجِدِ "
Maksudnya: “Dan dijawab dengan mengatakan bahawa perubahan bau mulut (orang yang berpuasa) adalah kerana perut yang kosong, tidak dapat dihilangkan dengan bersiwak. Kata Ibn Hummam: “Bahkan bersiwak hanya dapat menghilangkan kesan zahir pada gigi seperti kekuningan. Ini kerana sebab bau mulut itu adalah kerana perut yang kosong dari makanan. Bersiwak tidak dapat menghilangkan bau mulut dengan sebab perut yang kosong. Kerana itu terdapat riwayat daripada Mu‘az bin Jabal, seumpama yang kami katakan ini, iaitulah al-Tabarani meriwayatkan daripada ‘Abdul Rahman bin Ghunm yang berkata: “Daku pernah bertanya kepada Mu‘az bin Jabal: “Apakah boleh aku bersiwak ketika berpuasa?” Jawab beliau: “Ya, boleh.” Aku bertanya lagi: “Di bahagian mana pada waktu siang yang boleh aku bersiwak?” Jawab beliau: “Pada mana-mana bahagian siang hari yang kamu kehendaki, sama ada pagi mahupun petang.” Aku bertanya: “Orang ramai menganggap makruh bersiwak pada waktu petang. Mereka mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sungguh, bau mulut orang yang berpuasa adalah lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi.” Jawab Mu‘az bin Jabal: “Maha Suci Allah, baginda yang telah memerintahkan kamu semua bersiwak, baginda mengetahui, sudah pasti di mulut orang yang berpuasa itu terdapat bau sekalipun orang itu bersiwak, tidaklah baginda pula memerintahkan mereka supaya sengaja mengotorkan (membusukkan) mulut mereka yang tiada sebarang kebaikan sedikitpun bahkan keburukan, melainkan seorang yang diuji dengan sesuatu musibah yang tidak dapat dielak.” Aku (al-Mubarakfuri) katakan: “Isnad athar ini baik, sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafidz dalam al-Talkhis al-Habir.” Kata Ibn al-Hummam: “Ia sama seperti debu (berjihad) di jalan Allah berdasarkan sabda Nabi SAW: “Siapa yang berdebu kedua-dua kakinya pada jalan Allah, Allah haramkan api neraka dari mengazabnya.”[21] hanya untuk mereka yang tiada pilihan (kerana berjihad), adapun siapa yang mencampakkan dirinya dengan sengaja, maka tiada untuknya pahala sedikitpun. Dikatakan, termasuk dalam perkara ini juga sesiapa yang mencari susah berlegar-legar bagi membanyakkan berjalan menuju ke masjid, kerana sabda Nabi SAW: “Dan banyak melangkah ke masjis-masjid.” (Tuhfah al-Ahwazi oleh Abdul Rahman al-Mubarakfuri 3/345-346)
al-Mula ‘Ali al-Qariy menambah dalam Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih (4/1395) dengan katanya: “(Sama juga) sesiapa yang sengaja berusaha agar tumbuh uban kerana sabda baginda SAW: “Siapa yang terzahir di kepalanya sehelai uban dalam Islam”[22], iaitulah diberi pahala kepada siapa yang diuji dengannya.”
Perkataan Muallif:
“(Dan sunat) bersugi dengan tangan dan mulakan dengan pihak kanan mulutnya, dan dilakukan dia atas langit-langit dengan perlahan-lahan, dan atas gusi-gusi, dan gigi, dan lidah.”
al-Syirazi berdalilkan sunat bersuci secara melebar dengan hadis Nabi SAW:
اسْتاكُوا عَرْضًا وادَّهِنُوا غِبًّا واكْتَحِلُوا وترا
maksudnya: “Bersiwaklah secara melebar, dan minyakkan rambut secara selang sehari, pakailah celak secara ganjil.” Namun hadis ini dhaif seperti yang dinyatakan oleh al-Nawawi dalam al-Majmu’[23].
Sunat bersugi dari belah kanan atau secara melebar[24] kerana bimbang jika bersugi secara menaik akan melukakan gusi yang seterusnya akan merosakkan kekuatan gigi.
Kata Muallif:
(Dan sunat) bersugi dengan tangan dan mulakan dengan pihak kanan mulutnya, dan dilakukan dia atas langit-langit dengan perlahan-lahan, dan atas gusi-gusi, dan gigi, dan lidah.
Sunat bersugi dengan tangan adalah pandangan sebahagian Ashab mazhab Syafie seperti al-Qadhi Husain, al-Mahamiliy, al-Baghawi dan pandangan pilihan al-Ruyani. Namun al-Imam al-Nawawi menyatakan jika jari yang digunakan untuk bersiwak itu lembut, maka tidak terhasil maksud yang dikehendaki dari bersiwak tanpa ada perbezaan dalam kalangan ulama. Jika jari yang kasar, terdapat beberapa wajah. Wajah yang sahih lagi masyhur ialah tidak terlaksana siwak kerana perbuatan itu tidak dinamakan bersiwak. (al-Majmu’ 1/282)
al-Imam al-Nawawi menukilkan kaifiat atau cara bersiwak menurut penjelasan dari penulis kitab al-Hawi dengan katanya:
يُسْتَحَبُّ أنْ يَسْتاكَ عَرْضًا فِي ظاهِرِ الأسْنانِ وباطِنِها ويُمِرَّ السِّواكَ عَلى أطْرافِ أسْنانِهِ وكَراسِيِّ أضْراسِهِ ويُمِرَّهُ عَلى سَقْفِ حَلْقِهِ إمْرارًا خَفِيفًا
maksudnya: “Dan disunatkan bersiwak secara melebar pada bahagian luar dan dalam gigi. Dilalukan siwak di hujung-hujung gigi dan karasiy adhras (asas dan akar gigi). Dilalukan pada lelangit secara perlahan.” (al-Majmu’ 1/281) Ibn al-Qasim dalam Fath al-Qarib (hal: 30) menyebut sunat memulakan sebelah kanan.
-----------------------------------------
[1] Kerana termasuk dalam Majlis Zikir yang dihadiri para malaikat.
[2] Berdasarkan hadis Abu Hurairah dan Ali bin Abi Talib RA, Nabi SAW bersabda: لَوْلَا أنْ أشُقَّ علَى أُمَّتي أوْ علَى النَّاسِ لَأَمَرْتُهُمْ بالسِّوَاكِ مع كُلِّ صَلَاةٍ maksudnya: “Jika bukan kerana aku akan membebankan umatku, sudah pasti aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali solat.” (Muttafaqun ‘Alaih)
[3] Berdasarkan keumuman hadis yang menyebut bersiwak itu membersihkan mulut.
[4] Berdasarkan hadis Huzaifah bin al-Yaman RA yang berkata: كَانَ النبي صلى الله عليه وسلم إِذَا قَامَ مِنْ اللَيْلِ يَشُوْصُ فَاهُ بالسواك maksudnya: “Dahulunya Nabi SAW apabila bangun daripada tidur baginda akan membersihkan dan menggosok mulut (gigi) dengan siwak.” (Muttafaqun ‘Alaih)
[5] Berdasarkan keumuman hadis yang menyebut bersiwak itu membersihkan mulut. al-Syirazi dalam al-Muhazzab berdalilkan dengan hadis daripada al-‘Abbas, Nabi SAW bersabda: اسْتاكُوا لا تَدْخُلُوا عَلَيَّ قُلْحًا yang bermaksud: “Hendaklah kamu semua bersiwak, dan jangan kamu masuk menemuiku dalam keadaan kuning gigi.” Perkataan قُلْحًا adalah merujuk kepada warna kekuningan dan kotoran pada gigi. al-Imam al-Nawawi menilai hadis ini sebagai dhaief di dalam al-Majmu’. Beliau juga berkata memadailah dengan hadis: Bersiwak ini memberisihkan mulut…” (al-Majmu’, 1/268)
[6] Berdasarkan hadis anjuran bersiwak setiap kali hendak menunaikan solat, kerana sebagian riwayat di sisi al-Bukhari menyebut: عِنْدَ كُلِّ وُضُوْءٍ yang bermaksud: “Ketika setiap kali hendak berwudhu.”
[7] Berdasarkan keumuman perintah Allah SWT: يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ maksudnya: “Wahai anak Adam, kenakanlah perhiasan ketika hendak hadir ke setiap masjid.” (al-A’raf: 31)
[8] Berdasarkan hadis ‘Aisyah RA yang pernah ditanya: “Apakah yang mula dilakukan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja baginda pulang dari masuk ke dalam rumah?”, ‘Aisyah menjawab: كَانَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ بَدَأَ بِالسِّوَاك maksudnya: “Dahulunya apabila baginda pulang dan masuk ke dalam rumah, baginda akan mulakan dengan bersiwak.” (Hadi riwayat Muslim)
[9] Hadis ‘Aisyah RA: صَلاةٌ بِسِواكٍ خَيْرٌ مِن سَبْعِينَ بِغَيْرِ سِواكٍ, dinilai sebagai dhaief oleh al-Nawawi dalam al-Majmu’. Beliau berkata:
فَضَعِيفٌ رَواهُ البَيْهَقِيُّ مِن طُرُقٍ وضَعَّفَها كُلَّها وكَذا ضَعَّفَهُ غَيْرُهُ وذَكَرَهُ الحاكِمُ فِي المُسْتَدْرَكِ وقالَ هُوَ صَحِيحٌ عَلى شَرْطِ مُسْلِمٍ وأنْكَرُوا ذَلِكَ عَلى الحاكِمِ وهُوَ مَعْرُوفٌ عِنْدَهُمْ بِالتَّساهُلِ فِي التَّصْحِيحِ وسَبَبُ ضَعْفِهِ أنَّ مَدارَهُ عَلى مُحَمَّدِ ابن إسْحاقَ وهُوَ مُدَلِّسٌ ولَمْ يُذْكَرْ سَماعُهُ والمُدَلِّسُ إذا لَمْ يُذْكَرْ سَماعُهُ لا يُحْتَجُّ بِهِ بِلا خِلافٍ كَما هُوَ مُقَرَّرٌ لِأهْلِ هَذا الفَنِّ وقَوْلُهُ أنَّهُ عَلى شَرْطِ مُسْلِمٍ لَيْسَ كذلك فان محمد ابن إسْحاقَ لَمْ يَرْوِ لَهُ مُسْلِمٌ شَيْئًا مُحْتَجًّا بِهِ وإنَّما رَوى لَهُ مُتابَعَةً وقَدْ عُلِمَ مِن عادَةِ مُسْلِمٍ وغَيْرِهِ مِن أهْلِ الحَدِيثِ أنَّهُمْ يَذْكُرُونَ فِي المُتابَعاتِ مَن لا يُحْتَجُّ بِهِ لِلتَّقْوِيَةِ لا لِلِاحْتِجاجِ ويَكُونُ اعْتِمادُهُمْ عَلى الإسْنادِ الأوَّلِ وذَلك مَشْهُورٌ عِنْدَهُمْ والبَيْهَقِيُّ أتْقَنُ فِي هَذا الفَنِّ مِن شَيْخِهِ الحاكِمِ وقَدْ ضَعَّفَهُ واَللَّهُ أعْلَمُ
Maksudnya: “Hadis ini lemah. Ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari beberapa periwayatan dan al-Baihaqi menilai semua riwayat tersebut sebagai dhaief. Demikian juga ia dinilai lemah oleh selain al-Baihaqi. al-Hakim menyebut hadis ini di dalam al-Mustadrak dengan berkata: “Ia sahih berdasarkan syarat Muslim.” Namun para ulama lain membantah penilaian al-Hakim ini, beliau seorang yang dikenali di sisi ulama hadis sebagai seorang yang bermudah-mudah dalam menilai sahih. Sebab yang menjadikan hadis ini lemah ialah ia berlegar kepada Muhammad bin Ishak yang merupakan seorang rawi mudallis. Beliau juga tidak menyebut mendengar sendiri (tidak menggunakan lafaz jelas beliau mendengar ketika meriwayatkan hadis ini). seorang mudallis jika tidak menyebut dia mendengar (dalam periwayatan hadis), tidak dijadikan hujah dengan hadis tersebut tanpa ada perbezaan pendapat (dalam kalangan ulama), sepertimana yang diakui bagi ahli ilmu ini. Perkataan al-Hakim: “Ia (hadis ini) berdasarkan syarat Muslim”, tidak sedemikian, kerana Muhhamad bin Ishak tidak diriwayatkan hadisnya oleh Muslim satu hadispun dengan tujuan dijadikan hujah dengan hadis tersebut. Sebaliknya Muslim hanya meriwayatkan hadisnya sebagai mutaba‘ah. Sesungguhnya sedia diketahui bahawa menjadi kebiasaan Muslim dan selain beliau dalam kalangan ahli hadis, mereka menyebut (meriwayatkan) pada mutaba‘at perawi yang tidak dijadikan hujah, bagi tujuan penguat, bukan untuk berhujah, maka yang menjadi sandaran mereka ialah isnad yang awal. Demikian yang masyhur di sisi mereka (ulama hadis). (Selain itu) al-Baihaqi lebih itqan dalam seni ilmu ini berbanding syeikhnya, al-Hakim. al-Baihaqi pula telah menilai hadis ini sebagai lemah.” (1/268)
[10] Berdasarkan hadis: السِّواكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضاةٌ لِلرَّبِّ yang bermaksud: “Siwak itu membersihkan mulut dan diredahi di sisi tuhan.”
[11] Lihat al-Majmu’ 1/269-270
[12] Lihat al-Majmu’ 1/270
[13] الْمَطْهَرَةٌ dengan fathah atau kasrah huruf Mim, merujuk kepada setiap bekas yang digunakan untuk bersuci. Ia diumpamakan dengan siwak yang berperanan membersihkan mulut. (Lihat al-Majmu’ 1/268)
[14] Kata al-Imam al-Nawawi di dalam al-Majmu’ 1/268: “Hadis sahih, riwayat Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya, al-Nasa-ie, al-Baihaqi di dalam kitab Sunan mereka berdua dan ulama hadis lainnya dengan sanad yang sahih. Disebut juga oleh al-Bukhari di dalam Sahih beliau pada Kitab al-Siyam secara ta’liq. Beliau berkata: “Berkata ‘Aisyah RA daripada Nabi SAW – disebutkan hadis – Ta’liq ini adalah sahih, kerana ia dengan sighah jazam. Telah daku nyatakan pada Ulum al-Hadis bahawa ta’liqat al-Bukhari, jika dengan sighah jazam maka ia sahih.”
[15] Lihat Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih oleh Mula ‘Ali al-Qariy 1/401
[16] Berdiam dalam tempoh yang lama dinyatakan di dalam fath al-Qarib oleh al-Ghazzi. Disebut juga oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu’ 1/270.
[17] Lihat al-Majmu’ 1/272
[18] Lihat Mughniy al-Muhtaj oleh al-Khatib al-Syarbini RH 1/184)
[19] Kata al-Mubarakfuri ما لا أحصي iaitulah kadar yang tidak mampu aku menghitung kerana kekerapannya
[20] Lihat Sunan al-Tirmizi, 1/95, hadis bil: 725
[21] Hadis riwayat al-Bukhari
[22] Berdasarkan hadis ‘Amr bin ‘Abasah (عَمْرو بْن عَبَسَةَ), bahawa Rasulullah SAW bersabda: مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ القِيَامَةِ yang bermaksud: “Siapa yang terzahir di kepalanya sehelai uban pada jalan Allah, untuknya cahaya pada hari kiamat.” Diriwayatkan oleh al-Tirmizi (1635) dan katanya: “Hadis ini hasan sahih gharib”. Dalam riwayat lain di sisi al-Tirmizi, al-Nasaie dalam al-Sunan al-Kubra dan Ahmad dalam al-Musnad daripada Ka‘ab bin Murrah dengan lafaz: مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِيْ الإِسلام tanpa lafaz: فِي سَبِيلِ اللَّهِ. Demikian juga berdasarkan riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya tanpa lafaz: فِي سَبِيلِ اللَّهِ daripada ‘Umar bin al-Khattab RA. Ia dinilai sebagai kuat oleh al-Syeikh Syu‘aib al-Arnaut dalam tahkiknya kepada kitab al-Ihsan Fi Taqrib Sahih Ibn Hibban (hadis bil: 2983) dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Ta’liqat al-Hisan ‘Ala Sahih Ibn Hibban (5/21).
[23] 1/280
[24] Inilah pandangan al-Mazhab al-Sahih yang diputuskan oleh Ashab dari dua tariq. Berbeza dengan Imam al-Haramain dan al-Ghazali yang berpandangan sunat sama ada secara melabar (عرضا) ataupun menaik atau memanjang (طُولا). Jika berpada dengan satu cara, maka bersiwak dengan cara melebar. (1/280)