Sekalipun begitu, terdapat bukti lain yang menunjukkan bersiwak adalah suatu yang diharus dan dianjurkan sama ada ketika berpuasa atau tidak, pada waktu sebelum atau selepas zawal. Antara bukti tersebut berdasarkan perkataan ‘Amir bin Rabi‘ah (عامر بن ربيعة) RA yang berkata:
رأيتُ النَّبيَّ صلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ ما لا أُحصي يتسَوَّكُ وَهوَ صائمٌ
Habis, riwayat ini terlampau jelas berbeza dengan pandangan mazhab Syafie. Iaitulah kata ‘Amir bin Rabi‘ah yang bermaksudnya: “Daku telah melihat Rasulullah SAW dalam kekerapan yang tidak terkira bersiwak sedangkan baginda berpuasa.”
Riwayat ini terlampau jelas berbeza dengan pandangan ulama mazhab Syafie.
Kata al-Imam al-Tirmizi: “Hadis ‘Amir bin Rabi‘ah, hadis hasan. (Ia) Menjadi amalan di sisi para ulama yang berpandangan tidak mengapa bersiwak bagi seorang yang berpuasa.” Maknanya riwayat ‘Amir bin Rabi‘ah ini menjadi amalan di sisi sebahagian ulama. Maknanya ia valid untuk dipegang dan diamalkan. Kata al-Tirmizi lagi: “Melainkan sebahagian ulama memakruhkan siwak bagi orang yang berpuasa dengan kayu siwak dan yang basah. Mereka memakruhkan siwak pada lewat siang hari berpuasa. Manakala al-Syafie berpandangan tidak mengapa bersiwak di awal siang hari berpuasa, tidak – yakni makruh - pada lewat siangnya. Ahmad dan Ishak juga memakruhkan bersiwak pada lewat siang hari berpuasa.”
Perkataan Muallif:
“(dan) memilih oleh Imam Nawawi akan ketiadaan makruh mutlaqan,”
Maknanya bukan ulama di luar mazhab Syafie sahaja yang berbeza dengan pandangan mazhab Syafie ini, bahkan dalam kalangan ulama mazhab Syafie sendiri ada yang berbeza dengan pandangan muktamad mazhab Syafie ini seperti al-Imam al-Nawawi, beliau mazhab Syafie, tetapi berbeza dengan ulama Syafie yang lain. Saya sebut di sini:
Nukilan dari muallif (Syeikh Daud Fatani) ini, menunjukkan wujud perbezaan pendapat ulama dalam permasalahan ini, hatta dalam kalangan ulama mazhab Syafie sendiri, antara mereka adalah al-Imam al-Nawawi RH, beliau di dalam al-Majmu’ berkata: وحَكى أبُو عِيسى, ni lebih hebat lagi, cuba tuan-tuan dengar. وحَكى أبُو عِيسى فِي جامِعِهِ maksudnya: "Abu Isa - iaitulah al-Imam al-Tirmizi - menghikayatkan dalam kitab Jami’nya,"
Kitab apa kitab Jami’ ni? iaitulah kitab Sunan al-Tirmizi. Kitab Sunan al-Tirmizi disebut juga sebagai Jami’ al-Tirmizi atau al-Jami’ al-Sahih. Kalau berdasarkan penilaian Dr. Nuruddin ‘Itr, sebenarnya nama yang paling tepat untuk kitab al-Tirmizi adalah Jami’ al-Tirmizi bukan Sunan al-Tirmizi. Ini berdasarkan penilaian Dr. Nuruddin ‘Itr. Beliau ada satu kitab tentang Jami’ al-Tirmizi, tebal kitabnya, dalamnya beliau mempertahankan dan tolak pandangan yang mengatakan al-Tirmizi seorang yang mutasahil dalam memberi penilaian sahih kepada sesuatu hadis, dengan hujah, fakta dan bukti. Hebat pembuktian beliau. Tak apa, kita terus tengan perkataan al-Imam al-Nawawi: “Abu Isa al-Tirmizi menghikayatkan dalam kitab Jami’nya, dalam kitab Siyam daripada al-Syafie RH: أنَّهُ لَمْ يَرَ بِالسِّواكِ لِلصّائِمِ بَأْسًا أوَّلَ النَّهارِ وآخِرَهُ maknanya al-Imam al-Tirmizi ada buat nukilan, Imam Syafie pun kata tak makruh bersiwak sebelum atau selepas zawal bagi orang yang berpuasa. Ini masalah pada nukilan. Tapi tengak perkataan al-Imam al-Nawawi berikutnya: وهَذا النَّقْلُ غَرِيبٌ maksudnya: “akan tetapi nukilan ini satu yang ganjil.”
Kenapa ganjil? kerana ia berbeza dengan nukilan Ashab Syafie. Tapi Imam Nawawi sebut gharib. Kita nak kena semak lain, Imam Nawawi bila sebut gharib atau ganjil, apa yang beliau maksudkan? Kenapa beliau tidak sebut syaz atau batil atau satu pendustaan, sepertimana beliau bantah mazhab Hanafi yang salah menukilkan pandangan mazhab Syafie dalam bab air mutlak? Jadi perlu buat semakan lanjut kepada perkara ini. Kata al-Imam al-Nawawi lagi: وإنْ كانَ قَوِيًّا مِن حَيْثُ الدَّلِيلُ maksudnya: "sekalipun begitu, pandangan ini kuat dari sudut dalil." Pandangana apa? iaitulah pandangan yang mengatakan tidak makruh bersiwak pada bila-bila masa, sebelum atau selepas zawal, bagi orang yang berpuasa atau tidak berpuasa, puasa sunat ataupun puasa fardhu, tiada hukum makruh. Pandangan ini lebih kuat dari sudut dalil, kata al-Imam al-Nawawi RH. Kata beliau lagi: وبِهِ قالَ المُزَنِيّ maksudnya: "inilah pandangan al-Imam al-Muzani", iaitulah seorang ulama besar, anak murid yang sezaman dengan al-Imam al-Syafie, mengaji dengan al-Imam al-Syafie. Kata al-Nawawi lagi: وأكْثَرُ العُلَماءِ maksudnya: "dan inilah pandangan majoriti ulama", iaitulah sunat bersiwak sebelum mahupun selepas zawal, sama hukumnya. Tiada hukum makruh. وهُوَ الْمُخْتارُ maksudnya: "itulah pandangan yang dipilih". Barangkali disebabkan perkataan al-Imam al-Nawawi ini, lalu Syeikh Daud Fatani mengatakan Imam Nawawi berpandangan tidak makruh bersiwak mutlaqan.