(6) Datang Awal Untuk Menunaikan Solat Jumaat
Kata Syed Sabiq RH:
(٦) التبكير إلى الجمعة: يندب التبكير إلى صلاة الجمعة لغير الامام.
Maksudnya: “datang awal untuk menunaikan solat Jumaat: Dianjurkan datang awal untuk menunaikan solat Jumaat bagi yang bukan imam.”
Huraian:
Sunat hadir awal untuk menunaikan solat umaat adalah pandangan majoriti ulama. Kata Ibn ‘Abd al-Barr dalam al-Istizkar 2/6: فإنَّ أهل العلم مختلِفون في تِلك الساعات، فقالت طائفة: أراد الساعاتِ من طلوع الشمس وصفائها، وهو أفضلُ البكور في ذلك الوقت إلى الجمعة، وهو قول الثوريِّ، وأبي حنيفةَ، والشافعيِّ، وأكثر العلماء، كلهم يستحبُّ البكورَ إليها maksudnya: “Sesungguhnya para ulama berbeza pandangan tentang waktu-waktu tersebut. Kata sekumpulan dari kalangan mereka: yang dimaksudkan dengan waktu-waktu tersebut ialah bermula dari terbitnya matahari dan meninggi. Ia adalah waktu yang paling utama untuk hadis menunaikan solat Jumaat. Inilah pandangan al-Thauri, Abu Hanifah, al-Syafi’e dan kebanyakan ulama. Setiap mereka berpandangan sunat segera hadir untuk menunaikan solar Jumaat.” .
Waktu-waktu yang dimaksudkan oleh Ibn ‘Abd al-Barr adalah waktu yang dimaksudkan dalam hadis Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
مَن اغتَسَلَ يومَ الجُمُعةِ غُسلَ الجَنابةِ، ثم راحَ في السَّاعةِ الأُولى، فكأنَّما قرَّب بَدنةً، ومَن راحَ في السَّاعةِ الثانيةِ، فكأنَّما قرَّبَ بقرةً، ومَن راح في السَّاعةِ الثالثة، فكأنَّما قرَّبَ كبشًا أقرنَ، ومَن راحَ في السَّاعةِ الرابعة، فكأنَّما قرَّبَ دَجاجةً، ومَن راح في السَّاعةِ الخامسةِ، فكأنَّما قرَّب بيضةً، فإذا خرَج الإمامُ حضرتِ الملائكةُ يَستمِعونَ الذِّكرَ، رواه الجماعة إلا ابن ماجه
Maksudnya: “Siapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian segera datang ke masjid pada waktu yang pertama, maka dia seperti mengorbankan seekor unta, siapa yang datang ke masjid pada waktu yang kedua, maka dia seperti mengorbankan seekor lembu, siapa yang datang ke masjid pada waktu ketiga, maka dia seperti mengorbakan seekor kibas bertanduk, siapa yang datang ke masjid pada waktu keempat, maka dia seperti korbankan seekor ayam, siapa yang datang ke masjid pada waktu kelima, maka dia seperti korbankan sebiji telur. Maka apabila imam telah keluar bergerak menunju ke mimbar, maka para malaikat akan turut hadir mendengar khutbah yang akan disampaikan. ” (al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan perbuatan Nabi SAW, anjuran datang awal untuk menunaikan solat Jumaat adalah untuk makmum sahaja tidak untuk imam. Ibn al-Qayyim dalam Zad al-Ma‘ad berkata:
وكان صلى الله عليه وسلم يمهل يوم الجمعة حتى يجتمع الناس، فإذا اجتمعوا خرج إليهم، فإذا دخل المسجد سلم عليهم، فإذا صعد المنبر استقبل الناس بوجهه وسلم عليهم
maksudnya: “Dahulunya Nabi SAW akan melengahkan hadir Jumaat sehingga orang ramai berhimpun terlebih dahulu. Apabila mereka telah berhimpun, baginda keluar kepada mereka. Apabila memasuki masjid, baginda memberi salam kepada mereka dan terus menaiki mimbar, menghadap mukanya kepada orang ramai dan memberi salam kepada mereka semua.”
Inilah yang difahami oleh ramai dari kalangan ulama. al-Ramli dalam Nihayah al-Muhtaj 7/152 berkata:
الإمام لا يُندب له التبكير، بل يُستحب له التأخير إلى وقت الخطبة، اقتداء به صلى الله عليه وسلم وخلفائه، قاله الماوردي، وأقره في "المجموع"،
Maksudnya: “Tidak disunat bagi imam datang awal (untuk solat Jumaat), bahkan disunatkan bagi imam melewatkan kedatangannya sehingga waktu khutbah, sebagai mencontohi Rasulullah SAW dan para khulafa’ baginda. Inilah yang dikatakan oleh al-Mawardi dan diperakui di dalam al-Majmu’ (oleh al-Nawawi).”
Dalil dalam perkara ini berdasarkan hadis: فَإذا خَرَجَ الإمامُ حَضَرَتِ المَلائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ maksudnya: “Maka apabila imam keluar (untuk menaiki mimbar), para malaikat (yang mencatit pahala sesiapa yang hadir awal) akan turut hadir untuk mendengar zikir (khutbah Jumaah)”
Namun perkara ini bukanlah bermaksud Imam ditegah datang awal untuk solat Jumaat atau menjadi bida‘ah perbuatan imam hadir awal untuk solat Jumaat. Ha ini kerana ia bukan satu-satu kefahaman yang boleh diambil dari hadis tersebut. Ibn Hajar dalam Fath al-Bari 2/367 berkatanya: اسْتَنْبَطَ مِنهُ الماوَرْدِيُّ أنَّ التَّبْكِيرَ لا يُسْتَحَبُّ لِلْإمامِ قالَ ويَدْخُلُ لِلْمَسْجِدِ مِن أقْرَبِ أبْوابِهِ إلى المِنبَرِ وما قالَهُ غَيْرُ ظاهِرٍ لِإمْكانِ أنْ يَجْمَعَ الأمْرَيْنِ بِأنْ يُبَكِّرَ ولا يَخْرُجُ مِنَ المَكانِ المُعَدِّ لَهُ فِي الجامِعِ إلّا إذا حَضَرَ الوَقْتُ maksudnya: “Dari hadis ini al-Mawardi membau istinbath bahawa datang untuk solat Jumaat tidak disunatkan kepada imam. Beliau berkata: “Imam hendaklah masuk ke masuk melalui pintu yang terdekat dengan mimbar.” Apa yang dikatakan oleh beliau ini bukan satu yang jelas, kerana berkemungkinan digabungkan dua pemahaman iaitulah imam dianjurkan juga datang awal, namun tidak perlu keluar dari tempat yang disediakan untuknya di masjid, melainkan apabila masuk waktu.”
Kata Syed Sabiq RH:
قال علقمة: خرجت مع عبد الله ابن مسعود إلى الجمعة فوجد ثلاثة قد سبقوه فقال: رابع أربعة وما رابع أربعة من الله ببعيد، إني سمعت رسول الله ﷺ يقول: (إن الناس يجلسون يوم القيامة على قدر ترواحهم إلى الجمعات الاول ثم الثاني ثم الثالث ثم الرابع، وما رابع أربعة من الله ببعيد) رواه ابن ماجه والمنذري. وعن أبي هريرة أن رسول الله ﷺ قال: (من اغتسل يوم الجمعة غسل الجنابة ثم راح فكأنما قرب بدنة، ومن راح في الساعة الثانية فكأنما قرب بقرة، ومن راح في الساعة الثالثة فكأنما قرب كبشا أقرن ومن راح في الساعة الرابعة فكأنما قرب دجاجه، ومن راح في الساعة الخامسة فكأنما قرب بيضة. فإذا خرج الامام حضرت الملائكة يستعمون الذكر) رواه الجماعة إلا ابن ماجه. وذهب الشافعي وجماعة من العلماء إلى أن هذه الساعات هي ساعات
Maksudnya: “Kata ‘Alqamah: “Aku pernah keluar bersama ‘Abdullah bin Mas‘ud RA ke masjid untuk menunaikan Jumaat. Beliau mendapati telah ada tiga orang yang telah mendahului ke masjid. Lalu berkata: “(Aku) yang keempat, dan tidaklah yang keempat itu jauh dari Allah, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya manusia itu duduk pada hari kiamat menurut kadar mereka pergi solat Jumaat, yang pertama, kedua, ketiga, keempat, dan tidaklah yang keempat itu jauh dari Allah. Riwayat Ibn Majah dan al-Munziri. Daripada Abu Hurairah RA pula, Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah, kemudian pergi awal ke masjid, maka dia seperti korbankan seekor unta, siapa yang datang ke masjid pada waktu yang kedua, maka dia seperti mengorbankan seekor lembu, siapa yang datang ke masjid pada waktu ketiga, maka dia seperti mengorbakan seekor kibas bertanduk, siapa yang datang ke masjid pada waktu keempat, maka dia seperti korbankan seekor ayam, siapa yang datang ke masjid pada waktu kelima, maka dia seperti korbankan sebiji telur. Maka apabila imam telah keluar bergerak menunju ke mimbar, maka para malaikat akan turut hadir mendengar khutbah yang akan disampaikan. ” Diriwayatkan oleh al-Jama‘ah melainkan Ibn Majah.
Huraian:
Hadis Ibn Majah di atas diperselisihkan statusnya oleh para ulama hadis. al-Sindi (السندي) dalam Hasyiah al-Sindiy ‘Ala Sunan Ibn Majah 1/340 menyatakan pada sanad hadis ini terdapat perbincangan dalam kalangan ulama berkaitan salah seorang periwayatnya yang bernama ‘Abd al-Majid bin ‘Abd al-‘Aziz. Sekalipun hadisnya diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, namun ia diriwayatkan secara digandingkan (مقرونا) dengan riwayat lain. Beliau seorang yang melampau dan menyeru kepada pemahaman al-Irja’. Namun majoriti ulama menilainya sebagai thiqah, Ahmad, Ibn Ma‘ien, Abu Daud dan al-Nasai’e. Manakala Abu Hatim menilainya sebagai layyin, Ibn Abi Hatim pula menilainya sebagai dhaief. Baki para periwayat lain adalah thiqaat. Di akhir komentar terhadap hadis ini, al-Sindiy berkata: “Isnad ini adalah hasan. (فَالْإِسْنَاد حَسَن).”
Kata Syed Sabiq RH:
وذهب الشافعي وجماعة من العلماء إلى أن هذه الساعات هي ساعات النهار فندبوا إلى الرواح من أول النهار وذهب مالك إلى أنها أجزاء ساعة واحدة قبل الزوال وبعده، وقال قوم هي أجزاء ساعة قبل الزوال. وقال ابن رشد: وهو الاظهر لوجوب السعي بعد الزوال.
Maksudnya: “al-Syafi’e dan sekumpulan dalam kalangan ulama berpandangan, waktu-waktu yang dimaksudkan dalam hadis ialah waktu-waktu pada siang hari, maka mereka beranggapan sunat keluar awal menuju ke masjid dari permulaan siang hari. Manakala Malik berpandangan waktu-waktu tersebut adalah bahagian-bahagian dalam satu waktu sebelum tergelincir matahari dan selepasnya. Sebahagian kumpulan ulama lain pula berpandangan ia merujuk kepada bahagian-bahagian waktu sebelum zawal. Kata Ibn Rusyd: “Ia yang lebih jelas kerana (ketika itu) wajib bergerak (untuk menunaikan Jumaat) selepas zawal.”
Huraian:
Pandangan yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’e adalah pandangan majoriti ulama. Kata Ibn Rejab Fath al-Bari 5/354 menyatakan waktu yang dianjurkan datang awal ke masjid adalah waktu siang hari yang bermula dengan terbitnya fajar, beliau juga berkata: القول الثاني: أنَّ المراد بالساعات من أوَّل النهار، وهو قولُ الأكثرين maksudnya: “Pandangan kedua: bahawa yang dimaksudkan dengan waktu-waktu tersebut bermula awal siang itu adalah pandangan majoriti.”
Pandangan ini juga mewakili pandangan sahih di sisi ulama mazhab Syafi’e. Kata al-Imam al-Nawawi RH dalam al-Majmu 4/540: أنَّ الصحيح عند أكثر الشافعيَّة هو من طلوع الفجر maksudnya: “Bahawa pandangan al-Sahih di sisi kebanyakan ulama mazhab Syafi’e, waktu-waktu tersebut bermula dari terbitnya fajar.”