SDI 1454: Benarkah Bulan Ramadhan Hanya 29 Hari?

Monday, September 3, 2012

Soalan:

Salam ustaz. Ada sahabat saya di facebook menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w hanya berpuasa selama 29 hari di bulan Ramadhan dan bukannya 30 hari. Minta tolong ustaz jelaskan tentang kekeliruan yang saya hadapi ini.

 

Jawapan:

Kenyataan sahabat Facebook anda itu SALAH. bilangan hari-hari dalam bulan Qamariah atau Hijriah adalah antara 29 –> 30 hari, ia tidak mungkin kurang dari 29 atau lebih dari 30 hari. Sehubungan itu bulan Ramadhan bolen terjadi sebanyak 29 atau 30 hari. Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim terdapat hadis yang menyebut Nabi SAW pernah menunjukkan dengan tangan baginda seraya bersabda:

الشهر هكذا، وهكذا، وهكذا، ثم عقد إبهامه في الثالثة، فصوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته، فإن أغمي عليكم فاقدروا له ثلاثين

Mafhumnya: “Sesuatu bulan itu adalah seperti ini, seperti ini dan seperti ini, kemudian baginda menghubungkan jari ibu ke jari ketiga, lalu bersabda: Maka berpuasalah kerana melihat anak bulan, berhari rayalah juga kerana melihat anak bulan, jika anak bulan terhalang, maka hitunglah ia menjadi 30 hari.”

Al-Imam al-Bukhari berkata di dalam kitab Sahihnya:

يعني مرة تسعة وعشرين ومرة ثلاثين

Maksudnya: “Iaitulah sebulan itu sesekali 29 hari dan sesekali 30 hari.”


Cetak  
Wallahu a'lam