Soalan:
Adakah wanita yg mati bersalin ( mengandung dgn sebab zina ) termasuk dlm kategori mati syahid?
Jawapan:
Syahid akhirat seperti seorang wanita yang meninggal dunia kerana bersalin tidak memberi kesan kepada pengurusan jenazah.
Asas berinteraksi dengan jenazah muslim, kita mengharapkan kebaikan untuknya. Kita mengharapkan dia sempat bertaubat dan mendapat kelebihan meninggal syahid kerana meninggal ketika bersalin.
Jika dia tidak sempat bertaubat, kita juga mengharapkan keampunan untuk dia. Jenazahnya diuruskan, cuma tokoh agama dalam masyarakat dianjurkan supaya tidak hadir solat untuknya.
Antara kelebihan syahid akhirat ialah mendapat keampunan dosa. Sama seperti wanita lain yang meninggal dunia bukan kerana hamil dari zina, tiada jaminan mereka bebas dari dosa besar lain.
Kerana itu, kita tetap mengharapkan keampunan kepada semua muslim dan mendapat kelebihan syahid.