SDI 1544: Bolehkah Isteri Dan Anak Menerima Nafkah Dari Suami Yang Jelas Pendapatan Dari Sumber Yang Haram?

Soalan:

السلام عليكم ورحمة الله

Saya nak tanya

Bolehkah isteri dan anak2 menerima nafkah dr suami yg jelas, suami dapat dr sumber yg diharamkan oleh fatwa seperti forex?

Jika seorang suami yang terlibat dalam forex, yg jelas diharamkan dalam fatwa, adakah isteri di kira bersubahat dengan mengambil nafkah yg diberikan oleh suami dalam keadaan isteri tahu sumber pendapatan itu dr sumber yg diharamkan?

Si isteri ada juga menasihati suaminya tentang hukum forex ini, namun mengeruhkan lg keadaan rumah tangga dan suami mengambil pandangan ustaz2 tertentu yg tidak mengharamkan forex, apa yg perlu isteri lakukan?

 

Jawapan:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

  1. Haram dan dosa itu pada suami yang mencari harta dari sumber yang haram. Adapun isteri dan anak-anaknya, harus menerima nafkah dari harta suami tersebut, kerana yang mereka terima adalah bahagian nafkah daripada seorang suami atau bapa. 
  1. Wajib ke atas isteri dan anak menasihati suami atau bapa secara berhikmah agar menjauhi pendapatan yang haram. Lakukanlah nasihat itu secara berterusan dan lunak.
  2. Tindakan Nabi SAW yang ada menerima pemberian Yahudi dan berurus niaga dengan mereka adalah bukti dalam perkara ini. Sedangkan Yahudi Madinah sedia dimaklumi mengamalkan riba dan memakan al-Suht (harta haram). Pihak yang memakan harta riba dan memakan alSuht adalah Yahudi, merekalah yang mendapatkan harta dari sumber yang haram. Manakala Nabi SAW mengambil dari mereka melalui pemberian atau urus niaga halal yang merupakan transaksi yang kedua.

Bukti lain boleh diambil dari kisah Barirah, seorang hamba yang dimerdekakan oleh 'Aisyah RA. Satu hari beliau menerima daging sedekah dari seseorang. Ketika Nabi SAW datang ke rumah Barirah, baginda melihat daging yang dimasak di dalam periuk. Ketika makanan dihidangkan kepada baginda, dibawakan mangkuk yang berisi air kuah sahaja tanpa daging. Lalu Nabi SAW bertanya: أَلَمْ أَرَ البُرْمَةَ عَلَى النَّارِ فِيهَا لَحْمٌ؟ maksudnya: "Bukankah tadi aku melihat periuk di atas api berisi daging?" Mereka yang berada di situ menjawab: "Benar Rasulullah, akan tetapi daging tersebut adalah sedekah yang diberikan kepada Barirah."

Para sahabat menjawab begitu kerana mereka tahu, baginda tidak memakan sedekah dan sedekah haram untuk baginda. Mendengar penjelasan tersebut baginda menjawab: هُوَ عَلَيْهَا صَدَقَة، وَهوَ لَنَا مِنْهَا هَدية "Daging itu diberikan kepada Barirah sebagai sedekah. Namun apabila Barirah berikan pula kepada kita, ia menjadi hadiah."


Cetak  
Wallahu a'lam