SDI 1545: Adakah Dalil Perbuatan Membina Kepok Di Kubur?

Soalan:

lAssm.Ustaz,
Larangan Binaan diatas kuburan ada terdapat dalil.
Binaan kepok sejengkal atau satu kaki, boleh katakan majoriti buat.Ada dalil atau fatwa ke ustaz.

terima kasih.

Today

Jawapan:

1. Tegahan membuat binaan di atas kubur jelas dinyatakan dalam hadis Nabi SAW. Demikian juga terdapat bukti jelas tiada pemansukhan atau pembatalan terhadap tegahan tersebut.


2. Binaan kepok sejengkal atau seumpamanya yang dilakukan oleh sebahagian pihak adalah berdasarkan perkataan beberapa ulama kemudian dari mazhab Syafie. Namun perkataan dan pandangan tersebut dibina atas andaian. Ia menyalahi teks yang jelas dari Nabi SAW dan perkataan ulama yang lebih awal dari mereka.


Sekalipun ulama kemudian yang mengeluarkan pandangan tersebut juga adalah tokoh-tokoh yang mulia dan jauh lebih alim daripada kita, namun arahan dan tegahan Nabi SAW dan perkataan ulama yang awal lebih kita muliakan.

Adapun ulama kemudian yang memperincikan permasalahan dan memberikan hukum-hukum yang berbeza menurut setiap perincian dalam permasalahan ini, kebanyakannya adalah berdasarkan andaian. Kita beranggapan, itu pandangan mereka, mungkin sahaja ada sesuatu sebab atau keuzuran untuk mereka berbuat sedemikian.


Cetak  
Wallahu a'lam