Kata al-Imam al-Suyuti RH dalam al-Asybah wa al-Nadha-ir 1/30:
الْمَبْحَثُ الْخَامِس: فِي مَحِلّ النِّيَّةِ: مَحِلّهَا الْقَلْب فِي كُلّ مَوْضِع; لِأَنَّ حَقِيقَتهَا الْقَصْد مُطْلَقًا، وَقِيلَ: الْمُقَارَن لِلْفِعْلِ، وَذَلِكَ عِبَارَة عَنْ فِعْل الْقَلْب. قَالَ الْبَيْضَاوِيُّ: النِّيَّة عِبَارَة عَنْ انْبِعَاث الْقَلْب نَحْو مَا يَرَاهُ مُوَافِقًا مِنْ جَلْب نَفْع أَوْ دَفْع ضُرّ، حَالًا أَوْ مَآلًا، وَالشَّرْعُ خَصَّصَهُ بِالْإِرَادَةِ الْمُتَوَجِّهَة نَحْو الْفِعْل لِابْتِغَاءِ رِضَا اللَّه تَعَالَى، وَامْتِثَال حُكْمه. وَالْحَاصِل أَنَّ هُنَا أَصْلَيْنِ: الْأَوَّل: أَنَّهُ لَا يَكْفِي التَّلَفُّظ بِاللِّسَانِ دُونه. وَالثَّانِي: أَنَّهُ لَا يُشْتَرَط مَعَ الْقَلْب التَّلَفُّظ. أَمَّا الْأَوَّل فَمِنْ فُرُوعه: لَوْ اخْتَلَفَ اللِّسَان وَالْقَلْب، فَالْعِبْرَة بِمَا فِي الْقَلْب، فَلَوْ نَوَى بِقَلْبِهِ الْوُضُوء وَبِلِسَانِهِ التَّبَرُّد، صَحَّ الْوُضُوء، أَوْ عَكْسه فَلَا، وَكَذَا لَوْ نَوَى بِقَلْبِهِ الظُّهْر وَبِلِسَانِهِ الْعَصْر، أَوْ بِقَلْبِهِ الْحَجّ وَبِلِسَانِهِ الْعُمْرَة، أَوْ عَكْسه صَحَّ لَهُ مَا فِي الْقَلْب.
Maksudnya: “Perbahasan kelima: berkaitan tempat niat. Tempat niat adalah di dalam hati dalam setiap keadaan. Ini kerana hakikat niat adalah kehendak (di dalam hati) secara Mutlaq. Dikatakan juga (kehendak itu) mestilah beriringan dengan perbuatan, itulah yang dinamakan dengan perbuatan hati (niat). Kata al-Baidhawi: Niat itu adalah merujuk kepada apa yang terbit dari hati terhadap apa yang bertepatan untuk mendapatkan manfaat atau menolak mudharat, segera atau akan datang. Syarak mengkhususkannya dengan maksud kehendak yang mendorong kepada perbuatan melakukan sesuatu kerana mengharapkan keredhaan Allah Taala dan mematuhi hukum-Nya. Kesimpulannya terdapat dua asas dalam persoalan niat ini: Pertama; niat tidak memadai dengan melafazkannya dengan lisan semata-mata. Kedua; tidak disyaratkan melafazkan niat pada lidah bersama dengan niat yang berada di dalam hati itu. Antara cabang dari asas pertama ialah jika apa yang diucapkan pada lidah berbeza dengan apa yang diniatkan di dalam hati, maka yang diambil kira adalah apa yang ada di dalam hati. Jika seseorang berniat melakukan wudhu, tetapi dilidahnya menyatakan dia hanya menggunakan air untuk mendapatkan kesejukan pada badan, maka wudhunya sah (kerana itulah yang diniatkan di dalam hatinya), jika sebaliknya (niat di dalam hati untuk mendapatkan kesejukan, manakala diilidah menuturkan untuk berwudhu), maka tidak sah. Demikian juga jika seseorang berniat dengan hatinya solat Zohor, sedangkan yang dituturkan dengan lidah adalah ‘Asar, atau dia niatkan di dalam hati ihramnya adalah ihram haji, namun yang dituturkan pada lidah adalah ihram umrah atau sebaliknya, maka yang dikira sah baginya adalah apa yang ada di dalam hatinya.”