Beberapa perkataan ulama mazhab Syafi'e yang mengharamkan rokok:
1. al-Bujairami RH dari kalangan ulama mazhab Syafi'e:
وَأَمَّا الدُّخَانُ الْحَادِثُ الْآنَ الْمُسَمَّى بِالنَّتِنِ لَعَنَ اللَّهُ مِنْ أَحْدَثَهُ فَإِنَّهُ مِنْ الْبِدَعِ الْقَبِيحَةِ،
Maksudnya: "Adapun rokok sekarang ini yang dinamakan sebagai al-Natin - semoga Allah melaknat orang yang merekanya - adalah termasuk dalam perkara rekaan (bid'ah) yang buruk..." (Hasyiah Bujairami 'Ala al-Khatib 2/378)
2. Kata al-Qalyubi RH pula:
كل جامد فيه تخدير وتغطية للعقل طاهر وإن حرم تناوله لذلك كما قال بعض مشايخنا: ومنه الدخان المشهور وهو كذلك، لأنه يفتح مجارى البدن ويهيئها لقبول الأمراض المضرة، ولذلك ينشأ عند الرجل الترهل والتنافيس ونحوها، وربما أدى إلى العمى. وقد أخبر من يوثق به أنه يحصل منه دوران الرأس أيضا، ولا يخفى أن هذا أعم ضررا من المكمور الذي حرم الزركشي أصله لضرره
Maksudnya: "Setiap benda pepejal yang memabuk dan menutup akal adalah suci, walaupun HARAM memakannya. Demikian itu seperti yang dikatakan oleh sebahagian Syeikh kami. Termasuk dalam perkara ini adalah rokok yang masyhur, demikianlah statusnya. Hal ini kerana ia membuka saluran badan dan menjadikannya tersedia menerima penyakit² yang berbahaya. Kerana itu ia (rokok) boleh menyebabkan seorang lelaki menjadi lemah dan lembik seumpamanya, boleh juga menyebabkan buta. Terdapat juga individu yang dipercayai memberitahu bahawa ia (rokok) juga menyebabkan pening kepala. Tidak tersembunyi lagi bahawa rokok ini adalah lebih besar bahayanya berbanding al-Makmur yang dihukum haram oleh al-Zarkasyi yang asasnya adalah kerana mendatangkan mudharat." (Hasyiata Qalyubi wa 'Umairah 1/79)
3. Al-Ghazzi RH:
والتوتون الذي حدث، وكان حدوثه بدمشق سنة خمس عشرة بعد الألف الذي حدث يدعى شاربه أنه لا يسكر، وإن سلم له فإنه مفتر، وهو حرام. لحديث أحمد عن أم سلمة قالت: "نهى رسول الله صلي الله عليه وسلم عن كل مسكر ومفتر" وليس من الكبائر تناوله المرة والمرتين، ومع نهي ولي الأمر عنه حرم قطعا، على أن استعماله ربما أضر بالبدن. نعم، الأصرار عليه كبيرة كسائر الصغائر
Maksudnya: “Dan al-Tutun (rokok) yang bermula di Dimasq tahun 1015H yang didakwa oleh penghisapnya, ia tidak memabukkan. Jika ia selamat dari mabuk sekalipun, tetapi ia melemahkan, maka ia adalah haram berdasarkan hadis Ahmad dari Ummu Salamah yang berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang setiap khamar dan setiap yang melemahkan. ” Tidak termasuk dosa besar mengambilnya sekali atau dua kali. Jika terdapat larangan dari pemerintah, maka ia haram secara pasti jika penggunaannya boleh memudaratkan badan. Ya, berterusan mengambilnya adalah satu dosa besar, ia sama seperti berterusan melakukan dosa² kecil yang lain." (al-Durar al-Saniyyah 15/63)
4. Ibn 'Allan al-Syafie RH dalam risalahnya bertajuk: I'lam al-Ikhwan bi Tahrim al-Dukhan bermaksud Pemberitahuan kepada ikhwan akan pengharaman rokok berkata:
وقد اتفق العلماء على حفظ العقول وصونها من المفترات والمخدرات...لأن كل ما غير العقل بوجه من الوجوه أو أثّر فيه بطريقة تناوله فهو حرام
Maksdunya: "Ulama telah bersepakat wajib menjaga dan memelihara akal dari apa-apa yang melemahkan dan merosakkannya... ini kerana apa-apa yang mengubah akal (dari kewarasannya) dalam sebarang bentuk atau memberi kesan apabila mengambilnya, maka ia adalah haram."