SDI 0538: Hukum Baca alQuran Di Kubur

Jawapan:

Pandangan yang LEBIH BENAR ialah kubur BUKAN tempat untuk membaca al-Quran. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Jika disyariatkan membaca al-Quran di kubur sudah tentu Nabi dan para sahabat lebih dahulu melakukannya.

Selain itu terdapat pula isyarat dari hadis yang menunjukkan kubur bukan tempat membaca al-Quran, iaitulah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, Nabi SAW bersabda:

:لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Maksudnya: "Jangan kamu semua jadikan rumah-rumah kamu seperti tanah perkuburan, ssungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah."

Hadis ini memiliki isyarat bahawa kubur BUKAN lah tempat untuk dibacakan al-Quran.

Saya tidak nafikan sememangnya ada pandangan ulama yang mengatakan elok dibacakan al-Quran di kubur seperti pandangan ulama mazhab al-Syafie. Namun seperti yang saya nyatakan di atas, pandangan yang lebih kuat adalah sebaliknya. Pandangan ini disokong oleh ulama mazhan Hanafi. Imam Abu Daud juga dalam Masa'ilnya ada menyatakan:

"Aku pernah mendengar Imam Ahmad ditanya tentang baca al-Quran di kubur. Beliau menjawab: Tidak."


Cetak  
Wallahu a'lam