SDI 1686: Adakah Khilaful Awla Sama Dengan Makruh?

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, adakah khilaful aula dan makruh itu sama menurut kesepakatan fuqaha.

Jawapan:

Khilaful Awla (خلاف الأولى) adalah satu kedudukan antara hukum makruh dan harus. Sebahagian ulama usul memasukkannya dalam kumpulan makruh, atas dasar makruh itu sendiri ada kedudukan-kedudukan yang berbeza. Dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 34/223 dinyatakan tentang Khilaful Awla sebagai:

قَال الزَّرْكَشِيُّ: هَذَا النَّوْعُ أَهْمَلَهُ الأُصُولِيُّونَ وَإِنَّمَا ذَكَرَهُ الْفُقَهَاءُ وَهُوَ وَاسِطَةٌ بَيْنَ الْكَرَاهَةِ وَالإِبَاحَةِ، وَاخْتَلَفُوا فِي أَشْيَاءَ كَثِيرَةٍ هَل هِيَ مَكْرُوهَةٌ، أَوْ خِلاَفُ الأَوْلَى كَالنَّفْضِ وَالتَّنْشِيفِ فِي الْوُضُوءِ وَغَيْرِهِمَا؟ قَال إِمَامُ الْحَرَمَيْنِ. . . التَّعَرُّضُ لِلْفَصْل بَيْنَهُمَا مِمَّا أَحْدَثَهُ الْمُتَأَخِّرُونَ، وَفَرَّقُوا بَيْنَهُمَا بِأَنَّ مَا وَرَدَ فِيهِ نَهْيٌ مَقْصُودٌ يُقَال فِيهِ: مَكْرُوهٌ، وَمَا لاَ فَهُوَ خِلاَفُ الأَوْلَى وَلاَ يُقَال: مَكْرُوهٌ، وَالْمُرَادُ بِالنَّهْيِ الْمَقْصُودِ أَنْ يَكُونَ مُصَرَّحًا بِهِ كَقَوْلِهِ: لاَ تَفْعَلُوا كَذَا، أَوْ نَهَيْتُكُمْ عَنْ كَذَا، بِخِلاَفِ مَا إِذَا أَمَرَ بِمُسْتَحَبٍّ فَإِنَّ تَرْكَهُ لاَ يَكُونُ مَكْرُوهًا، وَإِنْ كَانَ الأَمْرُ بِالشَّيْءِ نَهْيًا عَنْ ضِدِّهِ؛ لأَنَّا اسْتَفَدْنَاهُ بِاللاَّزِمِ وَلَيْسَ بِمَقْصُودٍ، وَقَال فِي مَوْضِعٍ آخَرَ: إِنَّمَا يُقَال: تَرْكُ الأَوْلَى إِذَا كَانَ مُنْضَبِطًا كَالضُّحَى وَقِيَامِ اللَّيْل، وَمَا لاَ تَحْدِيدَ لَهُ وَلاَ ضَابِطَ مِنَ الْمَنْدُوبَاتِ لاَ يُسَمَّى تَرْكُهُ مَكْرُوهًا، وَإِلاَّ لَكَانَ الإِنْسَانُ فِي كُل وَقْتٍ مُلاَبِسًا لِلْمَكْرُوهَاتِ الْكَثِيرَةِ مِنْ حَيْثُ إِنَّهُ لَمْ يَقُمْ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، أَوْ يَعُودُ مَرِيضًا وَنَحْوَهُ.

Maksud: "Kata al-Zarkashi: Jenis ini (Khilaful Awla) telah diabaikan oleh para ulama usul. Ia hanya disebut oleh para fuqaha (ulama Fiqh), ia yang pertengahan antara makruh dan harus. Ulama pula berbeza pandangan dalam banyak perkara apakah perkara-perkara tersebut makruh atau khilaful awla? seperti al-Nafdh dan al-Tansyif berkaitan wudhu dan lainnya. Kata Imam al-Haramain... membentangkan perincian perbezaan antara makruh dan khilaful awla adalah perkara yang dilakukan oleh ulama kemudian (mutaakkhirun). Mereka membezakan antara keduanya dengan mengatakan apa-apa yang ada tegahan tentangnya dari larangan yang dimaksudkan kepadanya dinamakan makruh. Manakala tegahan yang tiada larangan yang dimaksudkan kepadanya adalah Khlilaful Awla, bukan makruh. Yang dimaksudkan dengan "larangan yang dimaksudkan kepadanya" ialah adanya larangan yang secara jelas menyebut perkara tersebut, seperti perkataan: "Jangan kamu lakukan perkara itu", atau: "Aku larang kamu dari melakukan perkara itu". Berbeza jika sesuatu perkara yang diperintahkan secara sunat, meninggalkannya tidak menjadi makruh, sekalipun apabila ada arahan melakukan sesuatu perkara yang sunat, ia bermakna ada larangan meninggalkannya. Ini kerana kita mengambil mengambilnya kemestian yang ada itu tidak dimaksudkan. Di tempat lain beliau (Imam al-Haramain) berkata: "Hanya dikatakan: "meninggalkan sesuatu yang lebih utama (ترك الأولى) - jika tidak melakukan perkara yang disunatkan - jika perkara sunat itu suatu yang kukuh seperti solat sunat Dhuha dan qiyamullail. Manakala perkara yang tiada penentuan had dan tiada dhabith dari dari perkara-perkara sunat, tidak dinamakan meninggalkannya itu suatu yang makruh. Jika tidak setiap insan pada setiap waktu akan sentiasa berada dalam keadaan makruh yang banyak, dari sudut dia tidak melakukan solat sunat atau tidak menziarahi orang sakit dan seumpamanya."

Setelah menukilkan perkataan-perkataan ini, al-Zarkashi RH berkata:

وَالتَّحْقِيقُ: أَنَّ خِلاَفَ الأَوْلَى قِسْمٌ مِنَ الْمَكْرُوهِ، وَدَرَجَاتُ الْمَكْرُوهِ تَتَفَاوَتُ كَمَا فِي السُّنَّةِ، وَلاَ يَنْبَغِي أَنْ يُعَدَّ قِسْمًا آخَرَ وَإِلاَّ لَكَانَتِ الأَحْكَامُ سِتَّةً وَهُوَ خِلاَفُ الْمَعْرُوفِ أَوْ كَانَ خِلاَفُ الأَوْلَى خَارِجًا عَنِ الشَّرِيعَةِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ

Maksudnya: "Setelah penelitian menunjukkan bahawa khilaful awla adalah satu bahagian dari makruh. Darjat-darjat makruh itu pula berbeza-beza sama seperti darjat-darjat sunat. Tidak boleh dijadikan khilaful alwla itu satu bahagian lain yang bersendirian yang akan menjadikan hukum-hakam itu menjadi enam yang sudah tentu menyalahi sesuatu yang sedia dimaklumi tentang agama. Tidak juga khilaful awla itu terkeluar dari (hukum-hakam) syariah (yang lima)..."

Oleh itu dapat diketahui, apabila seseorang faqih hendak memaksudkan sesuatu perkara itu sebagai Khilaful Awla, beliau akan menyatakan dengan jelas seperti berkata: "Perkara ini khilaful awla" atau: "Meninggalkan perkara ini, menyalahi perkara yang awla" dan seumpamanya. Ada juga sebahagian faqih lain yang menggunakan ungkapan lain bagi menunjukkan khilaful awla. Perkara ini dapat diketahui dengan memahami istilah yang digunakan oleh seseorang faqih. Sebagai contoh ungkapan لا ينبغي atau: "tidak sepatutnya" digunakan oleh al-Samiri (الصميري) dan al-Halimi (الحليمي) dengan maksud khilaful awla berdasarkan kenyataan al-Subki dalam Qadha' al-Arab Fi As'ilah Halab 1/388 (قضاء الأرب في أسئلة حلب):

وقول الصميري ولحليمي لا ينبغي ليس صريحا في الكراهة، بل يحتمل أنه خلاف الأولى

Maksudnya: "Dan perkataan al-Samiri dan al-Halimi: "Tidak sepatutnya" bukanlah jelas menunjukkan makruh, sebaliknya mengandungi maksud khilaful awla."


Cetak  
Wallahu a'lam