SDI 1772: Hukum Gugurkan Kandungan Yang Belum Mancapai Usia Empat Bulan

Soalan:

Apakah hukum gugurkan kandungan yang belum mencapai usia 4 bulan?

Jawapan:

Janin selepas ditiupkan roh, tidak boleh digugurkan tanpa khilaf (tanpa ada perbezaan pendapat) dalam kalangan ulama. Adapun sebelum ditiupkan ruh, terdapat perbezaan pandangan. Di mana, jumhur ulama (majoriti) berpendapat pengguguran tersebut adalah haram. Ada pula yang mengatakan makruh, dan dalam kalangan yang mengatakan makruh ini ada yang membenarkannya jika ada alasan atau keuzuran. Ada juga ulama yang membenarkannya digugur janin yang belum ditiupkan ruh secara mutlak. Namun, pendapat yang lebih selamat dan kuat ialah pendapat yang membenarkan pengguguran dalam tempoh 40 hari pertama jika terdapat alasan yang munasabah dan maslahah.

Berikut adalah perincian pendapat para ulama sebagaimana yang disebut dalam Al-Mawsu‘ah Al-Fiqhiyyah 2/57:

في حكم الإجهاض قبل نفخ الروح اتجاهات مختلفة وأقوال متعددة، حتى في المذهب الواحد، فمنهم من قال بالإباحة مطلقا، وهو ما ذكره بعض الحنفية، فقد ذكروا أنه يباح الإسقاط بعد الحمل، ما لم يتخلق شيء منه. والمراد بالتخلق في عبارتهم تلك نفخ الروح. وهو ما انفرد به من المالكية اللخمي فيما قبل الأربعين يوما، وقال به أبو إسحاق المروزي من الشافعية قبل الأربعين أيضا، وقال الرملي: لو كانت النطفة من زنا فقد يتخيل الجواز قبل نفخ الروح. والإباحة قول عند الحنابلة في أول مراحل الحمل، إذ أجازوا للمرأة شرب الدواء المباح لإلقاء نطفة لا علقة، وعن ابن عقيل أن ما لم تحله الروح لا يبعث، فيؤخذ منه أنه لا يحرم إسقاطه. وقال صاحب الفروع: ولكلام ابن عقيل وجه. ومنهم من قال بالإباحة لعذر فقط، وهو حقيقة مذهب الحنفية. فقد نقل ابن عابدين عن كراهة الخانية عدم الحل لغير عذر, إذ المحرم لو كسر بيض الصيد ضمن لأنه أصل الصيد. فلما كان يؤاخذ بالجزاء فلا أَقَل مِن أن يلحقها - مَن أجهضتْ نفسَها - إثم هنا إذا أسقطت بغير عذر، ونقل عن ابن وهبان أن من الأعذار أن ينقطع لبنها بعد ظهور الحمل وليس لأبي الصبي ما يستأجر به الظئر ( المرضع ) ويخاف هلاكه، وقال ابن وهبان: إن إباحة الإسقاط محمولة على حالة الضرورة. ومن قال من المالكية والشافعية والحنابلة بالإباحة دون تقييد بالعذر فإنه يبيحه هنا بالأولى، وقد نقل الخطيب الشربيني عن الزركشي: أن المرأة لو دعتها ضرورة لشرب دواء مباح يترتب عليه الإجهاض فينبغي وأنها لا تضمن بسببه. ومنهم من قال بالكراهة مطلقا. وهو ما قال به علي بن موسى من فقهاء الحنفية. فقد نقل ابن عابدين عنه: أنه يكره الإلقاء قبل مضي زمن تنفخ فيه الروح; لأن الماء بعد ما وقع في الرحم مآله الحياة، فيكون له حكم الحياة، كما في بيضة صيد الحرم. وهو رأي عند المالكية فيما قبل الأربعين يوما، وقول محتمل عند الشافعية. يقول الرملي: لا يقال في الإجهاض قبل نفخ الروح إنه خلاف الأولى، بل محتمل للتنزيه والتحريم، ويقوى التحريم فيما قرب من زمن النفخ لأنه جريمة. ومنهم من قال بالتحريم، وهو المعتمد عند المالكية. يقول الدردير: لا يجوز إخراج المني المتكون في الرحم ولو قبل الأربعين يوما، وعلق الدسوقي على ذلك بقوله: هذا هو المعتمد. وقيل يكره. مما يفيد أن المقصود بعدم الجواز في عبارة الدردير التحريم. كما نقل ابن رشد أن مالكا قال: كل ما طرحته المرأة جناية، من مضغة أو علقة، مما يعلم أنه ولد، ففيه الغرة وقال: واستحسن مالك الكفارة مع الغرة. والقول بالتحريم هو الأوجه عند الشافعية: لأن النطفة بعد الاستقرار آيلة إلى التخلق مهيأة لنفخ الروح. وهو مذهب الحنابلة مطلقا كما ذكره ابن الجوزي، وهو ظاهر كلام ابن عقيل، وما يشعر به كلام ابن قدامة وغيره بعد مرحلة النطفة، إذ رتبوا الكفارة والغرة على من ضرب بطن امرأة فألقت جنينا، وعلى الحامل إذا شربت دواء فألقت جنينا. انتهى

Mengenai hukum pengguguran sebelum roh ditiupkan, terdapat pelbagai pandangan dan pendapat, bahkan dalam satu mazhab pun terdapat perbezaan. Sebahagian ulama Hanafiyyah menyatakan bahawa pengguguran dibolehkan secara mutlak selepas kehamilan berlaku, selagi janin belum “terbentuk”. Dimaksudkan dengan “terbentuk” dalam kenyataan mereka itu ialah tiupan roh. Pandangan ini juga dinyatakan secara bersendirian oleh al-Lakhmiy dari kalangan Malikiyyah bagi janin sebelum 40 hari, dan oleh Abu Ishaq al-Marwazi dari kalangan Syafi‘iyyah juga untuk tempoh sebelum 40 hari. Al-Ramli pula menyebut: jika janin itu hasil zina, maka mungkin boleh dibayangkan harus pengguguran sebelum roh ditiup. Bagi mazhab Hanbali, terdapat pandangan yang mengharuskan pengguguran pada peringkat awal kehamilan. Mereka membenarkan wanita mengambil ubat yang harus untuk menggugurkan benih (nutfah), bukan yang telah menjadi segumpal darah (‘alaqah). Ibn ‘Aqil menyatakan bahawa janin yang belum ditiup roh tidak akan dibangkitkan (di akhirat), maka difahami daripadanya bahawa menggugurkannya tidaklah haram. Pengarang al-Furu‘ berkata: kata-kata Ibn ‘Aqil itu ada asasnya (wajh).  Sebahagian ulama pula berpendapat pengguguran hanya dibenarkan jika ada keuzuran, dan inilah hakikat mazhab Hanafiyyah. Ibn ‘Abidin menukilkan daripada Bab al-Karahah  dalam kitab al-Khaniyyah bahawa tidak halal (haram) pengguguran tanpa sebarang keuzuran, kerana perkara yang haram seperti memecahkan telur binatang buruan tetap dikenakan denda ganti rugi, kerana telur itu adalah asal kepada binatang buruan tersebut. Maka, apabila dikenakan denda atas tindakan seperti itu, maka sekurang-kurangnya wanita yang menggugurkan kandungannya tanpa uzur turut menanggung dosa, kerana menggugurkan kandungannya tanpa sebarang keuzuran. Beliau juga menukilkan daripada Ibn Wahban bahawa antara keuzuran ialah apabila susu si ibu terputus selepas zahir jelas tanda-tanda kehamilan, sedangkan bapa bayi itu tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah ibu susuan lain, dan dikhuatiri bayi itu akan mati. Ibn Wahban juga menyatakan bahawa keharusan pengguguran hanya terbatas pada situasi darurat sahaja. Bagi ulama Malikiyyah, Syafi‘iyyah, dan Hanabilah yang mengharuskan pengguguran tanpa mensyaratkan adanya keuzuran, maka sudah tentu mereka mengharuskannya dalam keadaan ada keuzuran. Al-Khatib al-Syarbini menukilkan daripada al-Zarkashi bahawa jika seorang wanita terpaksa meminum ubat yang harus, yang mana pengambilan ubat itu boleh menyebabkan keguguran, maka sepatutnya dia tidak dikenakan apa-apa tuntutan (denda Ganti rugi atau hukuman) akibat pengguguran tersebut. Sebahagian ulama pula berpendapat bahawa pengguguran adalah makruh secara mutlak. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh ‘Ali bin Musa, salah seorang fuqaha Hanafiyyah. Ibn ‘Abidin menukilkan daripadanya yang mengatakan makruh menggugurkan kandungan sebelum tiba waktu ditiupkan roh, kerana air mani yang telah jatuh ke dalam rahim pada akhirnya akan membawa kepada kehidupan, maka ia dianggap memiliki hukum kehidupan, sepertimana telur binatang buruan di Tanah Haram (yang diharamkan merosakkannya). Ini juga merupakan satu pandangan di sisi Malikiyyah bagi tempoh kandungan sebelum 40 hari, dan merupakan satu qaul muhtamal di sisi Syafi‘iyyah. Al-Ramli menyatakan: "Tidak boleh dikatakan bahawa pengguguran sebelum ditiupkan roh hanyalah sekadar menyalahi yang lebih utama (khilaf al-awla), bahkan hukumnya boleh difahami (muhtamal) makruh dan haram. Hukum haram menjadi kuat apabila pengguguran dilakukan terhadap kandungan yang hampir dengan waktu tiupan roh, kerana ia satu jenayah." Sebahagian ulama pula berpendapat hukumnya haram, dan inilah pendapat mu‘tamad dalam mazhab Malikiyyah. Al-Dardir berkata: "Tidak boleh (haram) mengeluarkan mani yang telah terbentuk dalam rahim, walaupun sebelum tempoh 40 hari." Al-Dusuqi memberi komentar ke atas kenyataan ini dengan berkata: "Inilah pendapat yang mu‘tamad." Ada juga pendapat yang mengatakan makruh,” ini menunjukkan bahawa yang dimaksudkan oleh al-Dardir dengan "tidak harus" ialah haram. Ibn Rushd menukilkan bahawa Imam Malik berkata: "Setiap apa yang digugurkan oleh wanita adalah satu bentuk jenayah – sama ada berupa segumpal daging (mudghah) atau darah beku (‘alaqah) – jika sudah diketahui bahawa ia bakal menjadi anak, maka wajib dikenakan ghurrah (denda sebanyak harga 5 skor unta). Malik juga berpendapat sesuatu yang baik bahawa kafarah perlu dibayar bersama dengan ghurrah. Pendapat yang mengatakan haram juga adalah pandangan yang lebih kuat (awjuh) di sisi Syafi‘iyyah, kerana selepas nutfah menetap dalam rahim, ia menuju ke arah pembentukan dan bersedia untuk ditiupkan roh. Ini juga merupakan mazhab Hanabilah secara mutlak, sebagaimana yang disebut oleh Ibn al-Jawzi. Ia juga Zahir kata-kata Ibn ‘Aqil dan dapat difahami daripada kenyataan Ibn Qudamah dan lain-lain bagi kandungan yang melepasi  peringkat nutfah, kerana mereka mengenakan kafarah dan ghurrah ke atas sesiapa yang memukul perut wanita hingga menyebabkan kandungannya gugur berupa janin, dan juga ke atas wanita hamil yang meminum ubat sehingga menyebabkan keguguran berupa janin.


Cetak  
Wallahu a'lam