Fiqhul ‘Asr oleh Dr. Fadhl Abdullah Murad (1)
Penterjemah: Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak (binSahak.com)
FEKAH PEKERJAAN
- “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga Rasul-Nya." (Surah At-Taubah: 105)
- Laksanakan tugasmu dengan sebaik-baiknya: "Dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Surah Al-Baqarah: 195)
- Jagalah penampilanmu, dari segi pakaian, rupa diri dan kesesuaian, kerana "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan."
- "Allah melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah, dan orang yang menjadi perantara antara keduanya."
- Datang lewat kerja, ponteng dengan alasan atau selainnya, serta menutup kesalahan dalam pentadbiran semuanya adalah unsur-unsur memakan harta haram dan kerosakan yang wajib ditolak.
- Pembahagian gred jawatan hendaklah berdasarkan keadilan dan kelayakan semata-mata. Menjadikannya bersifat kedaerahan, kelompok, hubungan nasab, saling membahagi, atau untuk menggembirakan seseorang adalah sesuatu yang tidak diiktiraf oleh syarak.
- Pergiliran jawatan, terutamanya pada kedudukan penting, adalah antara dasar yang adil dan bijaksana, selama mana ia berkhidmat kepada kepentingan umum dan mencegah keburukan seperti monopoli dan pilih kasih jawatan.
- Hak pekerja wajib diberikan tanpa pengurangan, ambil sikap lebih kurang atau penangguhan.
- Gaji hendaklah adil, bebas dari penipuan yang ketara dan sekurang-kurangnya mencukupi untuk keperluan asas kehidupan dan keperluan normal. Jika gaji itu tidak mencukupi dan tidak memenuhi keperluan hidup sederhana, maka ia lebih hampir kepada kezaliman berbanding keadilan, dan menjadi sejenis eksploitasi serta ketamakan.
FEKAH PEKERJAAN
Asal hukum bagi akad sewa-menyewa (الإجارة) adalah harus, kecuali jika ia melibatkan maksiat[1]. Sewa-menyewa juga boleh dibatalkan jika berlaku kemudaratan[2]. Penyewa dibenarkan menyewakan semula barang yang telah disewanya sekiranya ia telah menjadi kebiasaan umum (ʿurf) sebagaimana difatwakan oleh sekumpulan ulama[3]; kerana perkara yang sudah menjadi kebiasaan umum adalah seperti syarat yang termeterai dalam akad (لأن المعروف عرفا كالمشروط شرطا), dan kerana pemilikan manfaat secara asal membolehkan manfaat itu dijual, melainkan jika akad secara jelas melarang atau kebiasaan (ألعرف) menolaknya, ini kerana adat adalah suatu prinsip yang diiktiraf dijadikan hukum (العادة محكمة). Tambahan pula, pada asal bagi perkara ini tiada larangan syarak terhadapnya, maka apa yang tidak dilarang oleh syarak, ia termasuk dalam kategori dibenarkan, berdasarkan prinsip umum bahawa perkara yang syarak diamkan dianggap sebagai dimaafkan, seperti friman Allah: عَفَا اللَّهُ عَنْهَا "Allah telah memaafkannya" (Surah al-Mā’idah: 101). Adapun menyewakan premis berserta perniagaannya, yang dikenali sebagai "al-Taqbil" (التقبيل), iaitu: seseorang mengambil alih premis daripada orang lain bersama isinya dengan bayaran tertentu dengan jaminan modal asal (maka hukumnya tidak dibenarkan). Jika barang-barang yang ada di dalam premis itu berupa barangan dagangan yang boleh dijual beli, maka akad tersebut tidak sah. Namun, jika barangan itu kekal di dalam premis dan bersifat tetap seperti mesin-mesin pengeluaran, maka tidak ada halangan untuk menjadikan akan sewaan itu sah. Sebab terhalang akad yang dinyatakan ialah, bentuk "taqabbul" premis perniagaan bersama barang perniagaan yang ada sebenarnya menyerupai akad muḍārabah (مضاربة) dalam syarak[4], sedangkan dalam akad muḍārabah, pada asalnya tidak sah ada padanya upah yang diketahui kepada pemilik modal[5]. Kemungkinan bentuk ini (sewaan premis beserta barangan) boleh menjadi sah, dengan maksud barangan yang ada dalam premis itu adalah pinjaman yang dijamin (قرض مضمون), dan sewaan itu hanyalah untuk tempat (premis), bukan untuk barangan tersebut. Ini adalah satu kemungkinan yang membolehkan bentuk sewaan ini. Dan apa yang dibenarkan adalah lebih baik daripada apa yang dilarang; kerana asalnya di sini adalah kebenaran (keharusan).
--- Teks Asal ---
الفقه الوظيفي
- (وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ) (التوبة: ١٠٥)
- سن أداءك (وَأَحْسِنُوَا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ) (البقرة: ١٩٥)
- اعتن بالجمال لباسا ومظهرا ولَيَاقَةً «إن الله جميل يحب الجمال
- لعن الله الراشي والمرتشي والساعي بينهما
- التأخر عن الدوام والغياب ببدل أو غيره والتغطية على المناكر الإدارية كلها مفردات من أكل السحت والفساد الواجب الدفع
- توزيع الدرجات الوظيفية لا يخضع إلا للعدل والكفاءة، وإخضاعه لمعنى مناطقي أو فئوي أو نسبي أو تقاسمي أو لمرضاة أحد أمر لا يقره الشرع
- التدوير الوظيفي خاصة في المناصب يعتبر من السياسات العادلة والراشدة مهما خدم المصلحة العامة ودفع مفاسد الأثرة والاحتكار المناصبي
- حقوق الموظف لا بد أن توفى بلا بخس أو تطفيف أو مطل
- الراتب يجب أن يكون عادلا خاليا من الغبن الفاحش موفرا على الأقل لضروريات الحياة وحاجياتها الطبيعية، فإذا كان مبخوسا منقوصا لا يفي بالمتوسط المعيشي فهو للظلم أقرب منه إلى القسط والعدل وصار نوعا من الانتهازية والاستغلال.
الفقه الوظيفي
الأصل جواز الإجارة إلا في معصية (١)، ويجوز فسخها عند الضرر (٢)، ويجوز للمستأجر تأجير ما استأجره إن جرى العرف على ذلك كما أفتى به جماعة من العلماء (٣)؛ لأن المعروف عرفا كالمشروط شرطا، ولأن ملك المنفعة يقتضي جواز بيعها في الأصل إلا إن صُرِّحَ بالمنع في العقد أو العرف؛ لأن العادة محكمة. ولأن الأصل عدم المانع الشرعي لذلك وما لم يمنع منه الشرع شملته الإباحة؛ لعموم العفو عما سكت الشرع عنه (عَفَا اللَّهُ عَنْهَا) (المائدة: ١٠١). وأما تأجير المحل بتجارته فلا يجوز، وهو ما يسمى بـ «التقبيل»، وهو: أن يقبله طرف لآخر مع ما فيه بأجر معلوم مع ضمان رأس ماله. فإن كان ما فيه مواد عينية للتبادل التجاري فلا يصح، وإن كانت مواد ثابتة كآلات منتجة فلا مانع لصحة الإيجار فيها. وعلة المنع: أن صورة التقبل للمحلات بما فيها هي المضاربة الشرعية (٤)، والمضاربة لا يصح فيها دفع أجرة معلومة لصاحب المال في الأصل (٥)، ويمكن أن تصح هذه الصورة، ويحمل على أن البضاعة قرض مضمون، والإيجار للمحل لا لها، وهذا محتمل يجوِّز الصورة. وما أجاز خير مما منع؛ لأن الأصل هنا الإباحة.
[1] Frasa: “Pada asalnya harus al-Ijarah (sewaan)”, dalilnya daripada Al-Quran, Sunnah dan Ijma’, dan ia termasuk dalam keperluan maqasid syariah (الحاجيات المقاصدية في الشرع). Apabila sesuatu perkara termasuk dalam keperluan tersebut, maka syarak mahu menegakkannya. Kami memulakan dengan hal ini dalam perbincangan fiqh pekerjaan (الفقه الوظيفي) disertai dengan sekelumit isu-isu yang popular; kerana ia seperti asas kepada fiqh pekerjaan, maka sesuai untuk diketengahkan di awal perbincangan.
[2] Frasa: “Dan boleh membatalkannya apabila terdapat kemudaratan.” Sebabnya adalah kerana kemudaratan itu mesti ditolak, dan setiap kontrak hendaklah tidak mengandungi kemudaratan. Kemudaratan itu wajib ditolak dalam syarak, terutama kemudaratan yang ketara dan nyata tanpa ada perselisihan, iaitu yang biasanya tidak dapat ditanggung, dan kontrak yang memiliiki kemudaratan itu menyebabkan tujuan asal kontrak tersebut terbatal. Inilah pendapat yang dipegang oleh ulama mazhab Hanafi."
[3] Frasa: “Seperti yang telah diberi fatwa oleh sebahagian ulama,” iaitu pendapat Imam Syafi’i, Imam Malik dan Imam Ahmad pada asah al-aqwal, dan juga ulama mazhab Hanafi dengan syarat-syarat tertentu. Rujuk al-Mughni oleh Ibn Qudamah bersama Asy-Syarh Al-Kabir (jilid 6, muka surat 53), Radd al-Muhtar oleh Ibn Abidin (jilid 5, muka surat 56), Syarah al-Hattab ke atas Khalil (jilid 5, muka surat 417, cetakan An-Najah), dan Al-Muhadhdhab dalam fiqh Syafi’iyyah (jilid 1, muka surat 403)."
[4] Frasa: “Ia adalah mudharabah” kerana mudharabah pada asalnya ialah modal daripada seseorang dan usaha meniagakannya daripada orang lain."
[5] Frasa: “Pada asalnya”, adalah sebagai mengelak daripada membenarkan beberapa gambaran lain. Dan boleh kita perincikan dengan berkata: “Ia merujuk kepada setiap keadaan atau gambaran yang tidak menyebabkan kemudaratan kepada asas kontrak mudharabah, sama ada kepada pekerja (mudharib) atau pemilik modal (shahib al-mal)."