Hukum Solat Jumaat Bukan Di Dalam Masjid

  1. Tempat Didirikan Jumaat

          Persoalan tempat didirikan solat Jumaat menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 27/196 menyatakan:

1.1 Ulama mazhab Hanafi berpandangan menjadi syarat tempat yang hendak dilaksanakan Jumaat itu berada dalam kota atau Misr (مصر) iaitulah setiap bandar (بلدة) yang terdapat jawatan qadhi bagi menyelesaikan perbalahan dan pertikaian dalam masyarakat. Dalam al-Mabsuth dinyatakan, zahir mazhab dalam menjelaskan batas Misr Jami (المصر الجامع) iaitu; hendaklah dalam kota tersebut terdapat pemimpin atau qadhi yang melaksanakan hudud dan menjalankan hukum-hakam. Termasuk dalam kategori kota ini, kawasan luar sekitarnya (ضاحية), kawasan lapang (فِناء) dan kampung sekitar yang tabi‘ah dengan kota, dengan syarat jaraknya dekat dalam bentuk memungkinkan penduduknya hadir melaksanakan Jumaat di kota tersebut dan pulang semula ke rumah mereka pada hari yang sama tanpa takalluf atau kepayahan.

Oleh itu sesiapa yang tinggal di kampung yang jauh dari bandar atau kota, tidak ditaklifkan untuk melaksanakan Jumaat. Jika mereka laksanakan juga, tidak sah Jumaat tersebut.

1.2 Ulama mazhab Maliki mensyaratkan Jumaat mesti didirikan di kawasan yang sesuai untuk didiami. Maka sah Jumaat yang dilaksanakan di kawasan berbangunan dan rumah yang dibuat dari kayu, kulit dan pelepah seperti pelepah tamar (الأخصاص) yang sesuai untuk didiami dalam tempoh yang lama. Tidak sah jika Jumaat didirikan di kawasan berkhemah, kerana ia tidak sesuai untuk didiami dalam tempoh yang lama pada kebiasaannya.

1.3 Ulama mazhab Syafi’e berpada dengan syarat Jumaat itu didirikan dalam perbatasan atau dalam kawasan bangunan (خِطَّة أبْنِيِة), sama ada dari kota atau kampung. Kata al-Syirazi: “Tidak sah Jumaat melainkan pada bangunan (kawasan berpenduduk) yang didiami oleh mereka yang dijadikan iktibar terlaksana perlaksanaan Jumaat, sama ada ia di kota atau kampung.”    

1.4 Ulama mazhab Hambali berpandangan Jumaat boleh didirikan di padang pasir dan antara tempat dipacakkan khemah. Kata Ibn Qudamah: “tidak disyaratkan untuk sah Jumaat ia dilaksanakan dalam kawasan binaan. Jumaat boleh dilaksanakan di kawasan lapang luar yang berhampiran dengan binaan kota.”

1.5 Kesimpulan

Dari perbezaan pandangan para ulama mazhab dalam perkara ini, dapat disimpulan; penduduk kampung yang tidak tabi‘ah kepada kota berhampiran, di sisi mazhab selain mazhab Hanafi, wajib melaksanakan Jumaat di tempat mereka dan tidak ditaklifkan hadir ke kota untuk melaksanakan Jumaat.  Manakala mazhab Hanafi berpandangan mereka tidak ditaklifkan melaksanakan Jumaat. Bahkan jika mereka melaksanakannya di tempat mereka, Jumaat tersebut tidak sah. Mereka wajib pergi ke kota yang berhampiran jika mendengar seruan azan.

 

  1. Hukum Mendirikan Beberapa Jumaat Dalam Satu Tempat

          Para ulama mazhab Maliki[1], pandangan al-Sahih ulama mazhab al-Syafi‘e[2], para ulama mazhab Hambali[3], satu pandangan ulama mazhab Hanafi[4] dan majoriti ulama[5] mengatakan tidak boleh didirikan Jumaat di banyak tempat dalam satu bandar jika tiada keperluan. Namun jika ada keperluan hukumnya menjadi harus. Jika keperluan itu dapat ditampung oleh dua buah masjid maka tidak boleh diadakan Jumaat pada masjid yang ketiga dan demikianlah seterusnya.

Dalil dalam tegahan ini antaranya, pertama: berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibu kita ‘Aisyah RA yang berkata:

ما خُيِّرَ رسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بَينَ أمرينِ إلَّا أَخَذَ أَيسرَهما ما لم يكُن إثمًا، فإنْ كان إثمًا كانَ أبعدَ الناسِ منه

Maksudnya: “Tidaklah Rasulullah SAW diberi pilihan antara dua perkara melainkan baginda akan memilih perkara yang lebih ringan selama mana ia bukan dosa. Jika perkara tersebut satu dosa, baginda akan menjauhkan orang ramai dari perkara tersebut.” (Riwayat al-Bukhari 3560 dan Muslim 2327)

Majlis Fatwa Arab Saudi menjadikan hadis ini sebagai alasan dan mereka berkata:

“Bahawasanya telah thabit tidak ada di zaman Nabi SAW masjid didirikan solat Jumaat di Madinah melainkan satu, iaitulah masjid Nabawi. Semua orang Islam akan datang ke masjid nabawi untuk menunaikan solat Jumaat dari setiap pelusuk dan dari luar Madinah seperti dari kawasan al-‘Awali. Sekiranya berbilang atau banyak tempat menunaikan solat Jumaat di satu bandar yang sama tanpa sebarang alasan adalah harus, sudah tentu baginda Nabi SAW akan memerintahkan para sahabat baginda menunaikan solat Jumaat di masjid di setiap kawasan mereka di kota Madinah kerana baginda tidak akan memilih antara dua perkara, melainkan akan memilih perkara yang lebih ringan selama mana ia bukan satu dosa.”[6]

          Dalil kedua iaitulah dengan ketiadaan sebarang nukilan dari Nabi SAW demikian juga dari para khulafa selepas baginda yang melakukan solat Jumaat lebih dari satu masjid, selagi tiada keperluan untuk melakukan sedemikian. Al-Syeikh al-‘Azim Abadi menyatakan Ibn al-Munzir telah menyebut bahawa umat Islam tiada yang berbeza pandangan bahawasanya Jumaat tidak dilakukan di zaman Nabi SAW melainkan di masjid baginda. Tindakan umat Islam di zaman tersebut meninggalkan masjid di kawasan mereka pada hari Jumaat untuk berkumpul di masjid Nabawi adalah sejelas-jelas penjelasan bahawa solat Jumaat berbeza dengan solat fardhu yang lain. Di mana solat Jumaat tidak boleh ditunaikan melainkan di satu kawasan sahaja.

          al-Khatib di dalam kitab Tarikh Baghdad menyebut bahawa pertama kali di dalam Islam solat Jumaat didirikan di dua tempat di dalam kota yang sama berlaku di zaman al-Mu’tasim pada tahun 280 H. Sebab berlaku perkara ini adalah kerana para pemimpin bimbangkan keselamatan mereka jika menunaikan solat Jumaat di masjid awam.

Ibn ‘Asakir pula di dalam Muqaddimah Tarikh Dimasq menyebut bahawa ‘Umar bin al-Khattab telah menulis surah kepada Abu Musa, ‘Amr bin al-‘Ash dan Sa‘ad bin Abi Waqqas agar mendirikan solat Jumaat di sebuah masjid yang dapat menghimpunkan semua kabilah. Apabila tiba hari Jumaat semua umat Islam akan berkumpul di masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat. Berkata Ibn al-Munzir: 

“Tidak aku ketahui ada seorangpun yang berkata (boleh) membanyakkan tempat Jumaat melainkan ‘Atho’.”[7]

          Dalil ketiga iaitulah dengan melaksanakan solat Jumaat di masjid yang satu lebih dapat menyampaikan maksud menzahirkan syiar perhimpunan umat Islam dan kesatuan mereka.[8]

          Seperti yang telah dijelaskan di awal bahawa inilah hukum asal dalam persoalan solat Jumaat, hendaklah ditunaikan di masjid yang satu di dalam sesebuah kota. Namun jika ada keperluan tidak mengapa. Dalil keharusan jika ada keperluan antaranya yang pertama berdasarkan firman ALlah SWT:

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ

Maksudnya: “…Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...” (al-Baqarah: 185)

Di dalam ayat lain Allah berfirman:

وَمَا جَعَلَ عَلَيۡكُمۡ فِي ٱلدِّينِ مِنۡ حَرَج

Maksudnya: “…Dia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…” (al-Hajj: 78)

          Dalil kedua berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda:

إنَّ هذا الدِّينَ يُسرٌ، ولنْ يُشادَّ الدِّينَ أحدٌ إلَّا غَلَبَه

Maksudnya: “Sesungguhnya agama ini adalah mudah. Tiada seseorang yang memberat-beratkan agama ini melainkan dia akan kalah.” (Riwayat al-Bukhari 39)

Anas bin Malik RA pula memberitahu, Nabi SAW pernah bersabda:

يَسِّروا ولا تُعسِّروا

Maksudnya: “Permudahkanlah dan jangan persusahkan.” (Riwayat al-Bukhari 69 Muslim 1734)

          Semua dalil-dalil yang dinyatakan ini menunjukkan adanya kemudahan di dalam agama. Termasuk dalam ertikata memberi kemudahan itu ialah keharusan mendirikan beberapa solat Jumaat dalam satu bandar yang sama jika ada keperluan bagi tujuan memberi kemudahan kepada orang ramai dan menolak kesukaran dari mereka.

          Boleh juga dikatakan dalil ketiga keharusan mendirikan Jumaat lebih dari satu tempat dengan kita mengatakan baginda Nabi SAW tidak memerintahkan para sahabat mendirikan solat Jumaat di tempat mereka masing-masing kerana para sahabat sendiri mahu mendengar khutbah baginda dan solat Jumaat bersama dengan baginda sekalipun mereka tinggal jauh dari Madinah. Baginda Nabi SAW tidak sama dengan manusia lainnya dari sudut baginda adalah penyampai dari Allah SWT demikian juga disebabkan baginda satu-satunya insan yang izinkan oleh Allah untuk membuat syari’at. Apabila ada keperluan untuk memperbanyakkan solat Jumaat, maka perkara itu tidak perlu dibantah.

          Dalil keempat iaitulah apabila diharuskan berbilang tempat menunaikan solat hari raya kerana ada keperluan, maka demikianlah solat Jumaat.

 

  1. Solat Jumaat Di Masjid

Pendapat para ulama tentang mendirikan solat Jumaat di masjid atau di tanah lapang:

3.1 Disyaratkan masjid bagi mendirikan solat Jumaat. Inilah pendapat ulama mazhab Maliki dan Muhammad bin al-Hasan[9] (dari kalangan Hanafiyyah).

Abdul Wahhab al-Maliki berkata dalam al-Ma‘ūnah (المعونة), hlm. 300:

إنما شرطنا المسجد لأنه ﷺ صلاها في المسجد، ولم يُصَلها إلا فيه، وقد قال: صَلُّوا كما رأيتموني أصلي

Maksudnya: “Kami hanya mensyaratkan masjid kerana Nabi mendirikannya di masjid, dan Baginda tidak pernah melakukannya kecuali di masjid, sedangkan Baginda bersabda: ‘Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat.”

Dalam al-Syarh al-Kabir oleh al-Dardir dan Hasyiah al-Dusuki 1/374 dinyatakan:

وَالْحَاصِلُ أَنَّ وُجُوبَ الْجُمُعَةِ مَنُوطٌ بِوُجُودِ الْجَامِعِ وَالْجَامِعُ مَوْجُودٌ مُتَحَقِّقٌ بِمُجَرَّدِ التَّعْيِينِ وَالتَّعْيِينُ لَا كُلْفَةَ فِيهِ فَصَارَ الْجَامِعُ مُتَقَرِّرًا بِالْأَصَالَةِ وَصِحَّتُهَا لَيْسَتْ مَنُوطَةً بِمُجَرَّدِ تَحَقُّقِ الْجَامِعِ الْمُتَحَقِّقِ بِالتَّعْيِينِ بَلْ بِالْأَوْصَافِ الْمُشَارِ لَهَا بِقَوْلِهِ مَبْنِيٍّ إلَخْ حِينَئِذٍ فَلَا يَكُونُ الْجَامِعُ بِالْأَوْصَافِ الْمَذْكُورَةِ إلَّا شَرْطَ صِحَّةٍ (قَوْلُهُ فَلَا تَصِحُّ فِي بَرَاحِ حَجَرٍ) أَيْ أُحِيطَ بِأَحْجَارٍ مَثَلًا مِنْ غَيْرِ بِنَاءٍ لِأَنَّ هَذَا لَا يُسَمَّى مَسْجِدًا لِأَنَّهُ إنَّمَا يَتَقَرَّرُ مُسَمَّى الْمَسْجِدِ إذَا كَانَ ذَا بِنَاءٍ وَسَقْفٍ عَلَى الْمُعْتَمَدِ

“Kesimpulannya, kewajipan solat Jumaat bergantung kepada kewujudan masjid jami‘, dan masjid jami‘ itu wujud dengan sekadar penetapan (ta‘yīn). Penetapan itu pula tiada bebanan di dalamnya, maka masjid jami’ tetap  secara asalnya. Namun, kesahihannya (solat Jumaat) tidak semata-mata bergantung pada kewujudan masjid jami’ yang ditentukan dengan penetapan tadi, tetapi bergantung kepada sifat-sifat yang diisyaratkan  dengan perkataan “dibina” dan seterusnya. Maka, masjid jami’ dengan sifat-sifat yang disebutkan itu hanyalah menjadi syarat sah. Maksud ungkapan: “Maka tidak sah solat Jumaat di tanah lapang yang hanya dikelilingi dengan batu-batu”) iaitu tanah yang dikelilingi dengan batu-batu misalnya tanpa ada binaan, kerana itu tidak dinamakan masjid. Sesungguhnya nama “masjid” itu hanya tetap apabila ia mempunyai binaan dan bumbung, menurut pendapat yang muktamad.”

3.2 Tidak disyaratkan masjid. Inilah pendapat ulama mazhab Hanafi dan Syafi‘e. Namun mereka mengikatnya dengan syarat solat dilakukan di dalam kawasan perkampungan atau penempatan (القرية). Manakala ulama mazhab Hanbali membolehkan di tanah lapang berdasarkan atsar dan qiyas kepada solat hari raya.

Al-Kasani berkata dalam Badā’i’ al-Sanā’i’ (1/260):

هَلْ تَجُوزُ صَلَاةُ الْجُمُعَةِ خَارِجَ الْمِصْرِ مُنْقَطِعًا عَنْ الْعُمْرَانِ أَمْ لَا؟ ذَكَرَ فِي «الْفَتَاوَى» رِوَايَةً عَنْ أَبِي يُوسُفَ أَنَّ الْإِمَامَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، مِقْدَارَ مِيلٍ أَوْ مِيلَيْنِ، فَحَضَرَتْهُ الصَّلَاةُ فَصَلَّى جَازَ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَا تَجُوزُ الْجُمُعَةُ خَارِجَ الْمِصْرِ مُنْقَطِعًا عَنِ الْعُمْرَانِ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ عَلَى قَوْلِ أَبِي حَنِيفَةَ وَأَبِي يُوسُفَ: يَجُوزُ. وَعَلَى قَوْلِ مُحَمَّدٍ: لَا يَجُوزُ، كَمَا اخْتَلَفُوا فِي الْجُمُعَةِ بِمِنًى

“Adakah boleh solat Jumaat di luar bandar yang terputus daripada penempatan atau tidak? Dalam al-Fatāwā dinyatakan satu riwayat daripada Abu Yusuf bahawa apabila imam (pemimpin) keluar pada hari Jumaat sejauh satu atau dua mil, lalu masuk waktu solat dan beliau solat, maka sah. Sebahagian mereka berkata: Tidak sah Jumaat di luar bandar yang terpisah daripada penempatan. Sebahagian mereka berkata menurut pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf: Sah. Menurut pendapat Muhammad: Tidak sah. Demikian juga mereka berbeza pendapat tentang Jumaat di Mina.”

Al-Nawawi berkata dalam al-Majmū’ (4/501):

قَالَ أَصْحَابُنَا وَلَا يُشْتَرَطُ إقَامَتُهَا فِي مَسْجِدٍ وَلَكِنْ تَجُوزُ فِي سَاحَةٍ مَكْشُوفَةٍ بِشَرْطِ أَنْ تَكُونَ دَاخِلَةً فِي الْقَرْيَةِ أَوْ الْبَلْدَةِ مَعْدُودَةً مِنْ خُطَّتِهَا فَلَوْ صَلَّوْهَا خَارِجَ الْبَلَدِ لَمْ تَصِحَّ بِلَا خِلَافٍ سواء كان بقرب البلدة أو بعيدا منه وسواء صَلَّوْهَا فِي كِنٍّ أَمْ سَاحَةٍ وَدَلِيلُهُ إنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ «صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي» وَلَمْ يُصَلِّ هَكَذَا، وَلَوْ انْهَدَمَتْ أَبْنِيَةُ الْقَرْيَةِ أَوْ الْبَلْدَةِ فَأَقَامَ أَهْلُهَا عَلَى عِمَارَتِهَا لَزِمَتْهُمْ الْجُمُعَةُ فِيهَا سَوَاءٌ كَانُوا فِي سَقَائِفَ وَمَظَالَّ أَمْ لَا لِأَنَّهُ محل الاستيطان نص عليه الشافعي والاصحاب وَاتَّفَقَ عَلَيْهِ الْأَصْحَابُ قَالَ الْقَاضِي أَبُو الطَّيِّبِ وَلَا يُتَصَوَّرُ انْعِقَادُ الْجُمُعَةِ عِنْدَ الشَّافِعِيِّ فِي غير بناء إلا في هذه المسألة

“Ashab kami berkata: Tidak disyaratkan didirikan Jumaat di masjid, bahkan sah di tanah lapang yang terbuka, dengan syarat ia termasuk dalam kampung atau bandar yang dikira sebahagian daripada kampung atau bandar itu. Jika mereka solat Jumaat di luar bandar, maka tidak sah tanpa khilaf, sama ada dekat dengan bandar atau jauh, sama ada di khemah kecil atau tanah lapang. Dalilnya, Nabi bersabda: “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat,” dan Baginda tidak solat demikian. Jika runtuh bangunan kampung atau bandar, dan penduduknya tetap tinggal di situ, maka wajib Jumaat atas mereka sama ada di bawah naungan atau tidak, kerana ia adalah tempat penempatan. Imam al-Syafi‘i dan ashab menaskan hal ini, dan mereka bersepakat. Al-Qadhi Abu al-Tayyib berkata: Tidak terbayang sah Jumaat di sisi Syafi‘i di luar binaan kecuali dalam masalah ini.”

Ibn Qudamah berkata dalam al-Mughnī (3/209):

وَلَا يُشْتَرَطُ لِصِحَّةِ الْجُمُعَةِ إقَامَتُهَا فِي الْبُنْيَانِ، وَيَجُوزُ إقَامَتُهَا فِيمَا قَارَبَهُ مِنْ الصَّحْرَاءِ. وَبِهَذَا قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَقَالَ الشَّافِعِيُّ: لَا تَجُوزُ فِي غَيْرِ الْبُنْيَانِ؛ لِأَنَّهُ مَوْضِعٌ يَجُوزُ لِأَهْلِ الْمِصْرِ قَصْرُ الصَّلَاةِ فِيهِ، فَأَشْبَهَ الْبَعِيدَ. وَلَنَا، أَنَّ مُصْعَبَ بْنَ عُمَيْرٍ جَمَّعَ بِالْأَنْصَارِ فِي هَزْمِ النَّبِيتِ فِي نَقِيعِ الْخَضِمَاتِ، وَالنَّقِيعُ: بَطْنٌ مِنْ الْأَرْضِ يَسْتَنْقِعُ فِيهِ الْمَاءُ مُدَّةً، فَإِذَا نَضَبَ الْمَاءُ نَبَتَ الْكَلَأُ. وَلِأَنَّهُ مَوْضِعٌ لِصَلَاةِ الْعِيدِ، فَجَازَتْ فِيهِ الْجُمُعَةُ، كَالْجَامِعِ، وَلِأَنَّ الْجُمُعَةَ صَلَاةُ عِيدٍ، فَجَازَتْ فِي الْمُصَلَّى كَصَلَاةِ الْأَضْحَى، وَلِأَنَّ الْأَصْلَ عَدَمُ اشْتِرَاطِ ذَلِكَ، وَلَا نَصَّ فِي اشْتِرَاطِهِ، وَلَا مَعْنَى نَصٍّ، فَلَا يُشْتَرَطُ

“Dan tidak disyaratkan bagi sah Jumaat ia didirikan dalam bangunan, bahkan harus didirikannya di kawasan padang pasir yang berhampiran. Inilah pendapat Abu Hanifah. Manakala al-Syafi‘i berkata: Tidak sah solat Jumaat selain di kawasan memiliki bangunan, kerana ia adalah tempat yang dibolehkan bagi penduduk bandar melakukan solat qasar, maka ia menyamai tempat yang jauh. Adapun hujah kami ialah bahawa Mus‘ab bin ‘Umair pernah menghimpunkan (mengimami solat Jumaat bersama) kaum Ansar di Hazm al-Nabit, di Naqī‘ al-Khadimāt, dan naqī‘ ialah lembah tanah yang menakung air dalam suatu tempoh, kemudian apabila airnya surut maka tumbuhlah rumput di situ. Selain itu, ia merupakan tempat solat hari raya, maka sah mendirikan Jumaat di situ sebagaimana sah di masjid jami’. Dan kerana solat Jumaat adalah solat hari raya, maka sah ia didirikan di musalla sebagaimana solat Aidiladha. Dan asal hukum adalah tidak adanya syarat tersebut, serta tidak terdapat nas yang mensyaratkannya, dan tidak pula makna nas yang menunjukkan demikian, maka tidaklah ia menjadi syarat.”

Al-Syaukani berkata dalam al-Sayl al-Jarrār (1/298) mengenai syarat “masjid dalam penempatan tetap”:

وهذا الشرط أيضًا لم يدل عليه دليل يَصلح للتمسك به لمجرد الاستحباب، فضلًا عن الشرطية، ولقد كثر التلاعب بهذه العبادة وبَلَغ إلى حدٍّ تَقضِي منه العَجَب، والحق أن هذه الجمعة فريضة من فرائض الله سبحانه، وشعار من شعارات الإسلام، وصلاة من الصلوات، فمَن زعم أنه يُعتبَر فيها ما لا يُعتبَر في غيرها من الصلوات، لم يُسمَع منه ذلك إلا بدليل! وقد تخصصت بالخُطبة، وليست الخُطبة إلا مجرد موعظة يتواعظ بها عباد الله، فإذا لم يكن في المكان إلا رجلان، قام أحدهما يَخطب، واستَمع له الآخَر، ثم قاما فصليا صلاة الجمعة

“Syarat ini juga tidak ada dalil yang layak dijadikan pegangan walaupun sekadar mustahab, apatah lagi sebagai syarat sah. Sungguh banyak berlaku permainan terhadap ibadah ini hingga sampai pada tahap yang menghairankan. Sesungguhnya solat Jumaat ini adalah satu fardu daripada kefarduan-kefarduan Allah , satu syiar daripada syiar Islam, dan satu solat daripada solat-solat yang lain. Maka sesiapa yang mendakwa bahawa ia mempunyai syarat tertentu yang tidak ada pada solat lain, dakwaannya tidak boleh diterima kecuali dengan dalil! Solat Jumaat hanya berbeza kerana adanya khutbah, dan khutbah hanyalah sekadar peringatan yang saling mengingatkan hamba-hamba Allah. Jika di suatu tempat hanya ada dua orang, maka salah seorang berdiri berkhutbah dan yang lain mendengarnya, kemudian keduanya solat Jumaat.”

 

  1. Fatwa berkaitan

 

  1. Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: (https://www.dar-alifta.org/ar/fatwa/details/13966/ حكم صلاة الجمعة في الزوايا)

اشتراط المسجد لصلاة الجمعة

صلاة الجمعة شرعت في أول الهجرة عند قدوم النبي صلى الله عليه وآله وسلم المدينة، وثبتت فرضيتها بقوله تعالى: ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ﴾ [الجمعة: 9]، وصلاة الجمعة لا يشترط فيها المسجد، بل تجوز في الفضاء، والبنيان، وليس من شروط صحتها المسجد، فتجوز صلاة الجمعة في الزوايا، والمصلَّى. قال العظيم آبادي في "عون المعبود" (3/ 281، ط. دار الكتب العلمية): [وذهب البعض إلى اشتراط المسجد، قال: لأنها لم تقم إلا فيه، وقال أبو حنيفة والشافعي وسائر العلماء: إنه غير شرط، وهو قوي إن صحَّت صلاته صلى الله عليه وآله وسلم في بطن الوادي، وقد روى صلاته صلى الله عليه وآله وسلم في بطن الوادي ابن سعد وأهل السير، ولو سلم عدم صحة ذلك لم يدل فعلها في المسجد على اشتراطه] اهـ.

وقال الإمام الشوكاني في "نيل الأوطار" (3/ 278، ط. دار الحديث): [وذهب الهادي إلى اشتراط المسجد؛ قال: لأنها لم تقم إلا فيه، وقال أبو حنيفة والشافعي والمؤيد بالله وسائر العلماء: إنه غير شرط، قالوا: إذ لم يفصل دليلها. قال في "البحر": (قلت: وهو قوي إن صحت صلاته صلى الله عليه وآله وسلم في بطن الوادي) اهـ. وقد روى صلاته صلى الله عليه وآله وسلم في بطن الوادي ابن سعد وأهل السير، ولو سلم عدم صحة ذلك لم يدل فعلها في المسجد على اشتراطه] اهـ.

قال الإمام النووي في "المجموع شرح المهذب" (4/ 501، ط. دار الفكر): [قال أصحابنا: ولا يشترط إقامتها في مسجد، ولكن تجوز في ساحة مكشوفة بشرط أن تكون داخلة في القرية أو البلدة معدودة من خطتها، فلو صلوا خارج البلد لم تصح بلا خلاف، سواء كان بقرب البلدة أو بعيدًا منه، وسواء صلوها في ركن أم ساحة؛ ودليله أن النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: «صَلُّوا كَمَا رَأيتُمُوني أصَلِّي»، ولم يُصلِّ هكذا] اهـ.

قال الحافظ زين الدين عبد الرحيم بن الحسين العراقي في "طرح التثريب في شرح التقريب" (3/ 190، ط. دار الفكر العربي): [مذهبنا -أي: مذهب الشافعية-: أن إقامة الجمعة لا تختص بالمسجد، بل تقام في خطة الأبنية] اهـ.

وقال العلامة المرداوي الحنبلي في "الإنصاف" (2/ 378، ط. دار إحياء التراث العربي): [ويجوز إقامتها في الأبنية المتفرقة، إذا شملها اسم واحد، وفيما قارب البنيان من الصحراء وهو المذهب مطلقًا. وعليه أكثر الأصحاب، وقطع به كثير منهم] اهـ.

Pensyaratan Masjid untuk Solat Jumaat

Solat Jumaat disyariatkan pada awal hijrah ketika kedatangan Nabi ke Madinah, dan telah tetap kefarduannya dengan firman Allah Ta‘ala (al-Jumu‘ah: 9):

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ فَٱسۡعَوۡاْ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللهِ وَذَرُواْ ٱلۡبَيۡعَۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ﴾

Solat Jumaat tidak disyaratkan di masjid, bahkan boleh dilakukan di ruang terbuka atau di bangunan, dan bukan merupakan syarat sahnya masjid. Maka sah solat Jumaat di surau-surau kecil (zawiyah) dan musolla.

Al-‘Azim Abadi berkata dalam ‘Aun al-Ma‘bud (3/281, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah):

“Sebahagian ulama berpendapat disyaratkan masjid; katanya: kerana Jumaat tidak pernah didirikan melainkan di dalam masjid. Namun Abu Hanifah, al-Syafi‘e dan seluruh ulama mengatakan ia bukan syarat, dan pendapat ini kuat jika sahih bahawa Nabi pernah melaksanakannya di dasar lembah. Ibn Sa‘d dan ahli sirah telah meriwayatkan solat baginda di dasar lembah. Sekiranya tidak sahih sekalipun, tidaklah menunjukkan bahawa pelaksanaannya di masjid menandakan ia disyaratkan di situ.”

Al-Imam al-Syaukani berkata dalam Nayl al-Awtar (3/278, Dar al-Hadith):

“Al-Hadi berpendapat disyaratkan masjid; katanya: kerana Jumaat tidak pernah didirikan kecuali di dalamnya. Abu Hanifah, al-Syafi‘i, al-Mu’ayyad Billah dan seluruh ulama berpendapat ia bukan syarat; mereka berkata: kerana dalilnya tidak merincikan demikian. Dinyatakan dalam al-Bahr: “Aku berkata: ini kuat jika sahih solat Nabi di dasar Lembah”. Ibn Sa‘d dan ahli sirah meriwayatkannya. Dan sekalipun tidak sahih, tidaklah perbuatan baginda di masjid menandakan syaratnya masjid.”

Al-Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab (4/501, Dar al-Fikr):

“Para ashab kami berkata: Tidak disyaratkan pelaksanaannya di masjid, bahkan boleh di tanah lapang terbuka dengan syarat ia termasuk dalam kawasan kampung atau bandar yang dikira sebahagian daripadanya. Jika mereka solat di kawasan luar bandar, maka tidak sah tanpa khilaf, sama ada dekat atau jauh, sama ada di sudut atau tanah lapang. Dalilnya ialah sabda Nabi : “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat,” sedangkan baginda tidak melaksanakannya begitu.”

Al-Hafiz Zainuddin ‘Abd al-Rahim ibn al-Husain al-‘Iraqi berkata dalam Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib (3/190, Dar al-Fikr al-‘Arabi):

“Menurut mazhab kami – iaitu mazhab al-Syafi‘iyyah – pelaksanaan solat Jumaat tidak khusus di masjid, bahkan ia didirikan dalam kawasan berbangunan (kawasan penempatan).”

Al-‘Allamah al-Mardawi al-Hanbali berkata dalam al-Insaf (2/378, Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi):

“Harus didirikannya di bangunan-bangunan yang berselerak, apabila ia dinaungi oleh satu nama (kawasan), dan juga di kawasan padang pasir yang dekat dengan bangunan (kawasan penempatan). Inilah mazhab secara mutlak, dipegang oleh kebanyakan ashab, dan diputuskan oleh ramai daripada mereka.”

 

  1. Islamweb.net (https://www.islamweb.net/ar/fatwa/58125/)

السؤال

ما حكم صلاة الجمعة في الخلاء (الخطبة والصلاة بدون منبر) تفادياً لعدم وقوف المصلين أمام الإمام؟

الإجابــة

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، أما بعد:

فلا مانع من أداء صلاة الجمعة خارج المسجد ولو لغير أي سبب عند من لم يشترط إقامتها في المسجد وهم الحنابلة والشافعية والحنفية، أما المالكية فيشترطون لصحة الخطبة والصلاة كونهما داخل المسجد المبني بناء معتادا لأهل القرية

Soalan:
Apakah hukum solat Jumaat di kawasan lapang (khutbah dan solat tanpa mimbar) bagi mengelakkan jemaah berdiri di hadapan imam?

Jawapan:

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya. Amma ba‘d:

Tidak ada halangan untuk mendirikan solat Jumaat di luar masjid, walaupun tanpa sebab, menurut mazhab yang tidak mensyaratkan Jumaat itu diadakan di dalam masjid, iaitu mazhab Hanbali, Syafi‘i, dan Hanafi. Adapun mazhab Maliki mensyaratkan sahnya khutbah dan solat Jumaat itu dilakukan di dalam masjid yang dibina dengan binaan yang biasa bagi penduduk kampung atau bandar.

السؤال

أنا من تونس، وأعمل في مصنع به أكثر من 3000 عامل، منا من يستطيع مغادرة المصنع لإقامة صلاة الجمعة في الجامع، لكن الكثير منا لا يستطيعون، وذلك لبعد المسافة بين المصنع والجامع يتطلب الذهاب إليه نصف ساعة على القدمين و5 دقائق بسيارة، لكننا قمنا بتجهيز مسجد في المصنع نقيم فيه الصلوات الخمس، لكن المسجد ليس مفتوحا لكل الناس، إنما هو لعمال المصنع لوجوده داخل حدود المصنع، فهل يجوز إقامة صلاة الجمعة فيه؟ مع العلم أن من يستطيع الذهاب إلى الجامع عدد قليل مقارنة بمن يبقى في المصنع؟ وجزاكم الله خيراً.

الإجابــة

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه، أما بعد:

فلا حرج عليكم في إقامة الجمعة في مصلى العمل إذا كنتم لا تستطيعون أداءها في الجامع -كما ذكرت- فقد أباح جمهور أهل العلم تعدد الجمعة لبعد مسافة المسجد أو لضيقه أو خشية الفتنة ونحو ذلك، كما تقدم في الفتوى رقم31016.

ولا يشترط لصحة الجمعة أن تقام في مسجد كما بيناه في الفتوى رقم31086، وإنما يشترط أن تقام في المصر وتوابعه أو خطة أبنية سواء كانت في بلدة أو قرية، وتوسع بعض الفقهاء فقال: تصح إقامتها في الصحراء إذا كانت قريبة من البنيان، فإذا كان هذا المصنع داخل البلدة أو خارجها قريباً منها، فلا حرج عليكم في إقامة الجمعة في المصلى الموجود فيه، ولو لم يكن مفتوحاً لكل الناس، إذا وجد العذر المسوغ لذلك من بعد المسافة أو خشية الضرر ونحوه.

Soalan:

Saya dari Tunisia, dan saya bekerja di sebuah kilang yang mempunyai lebih daripada 3000 pekerja. Sebahagian daripada kami dapat keluar dari kilang untuk menunaikan solat Jumaat di masjid jami‘, tetapi ramai di antara kami tidak mampu, kerana jarak antara kilang dan masjid memerlukan setengah jam berjalan kaki dan 5 minit dengan kereta. Namun, kami telah menyediakan sebuah masjid di dalam kilang untuk mendirikan solat lima waktu, tetapi masjid itu tidak dibuka untuk semua orang, hanya untuk pekerja kilang kerana ia berada dalam kawasan kilang. Maka adakah dibolehkan mendirikan solat Jumaat di dalamnya? Sedangkan yang mampu pergi ke masjid jami‘ hanyalah bilangan kecil berbanding yang tinggal di kilang? Semoga Allah membalas kebaikan kalian.

Jawapan:

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, ahli keluarga dan para sahabat baginda, amma ba‘d:

Tidak ada halangan bagi kalian untuk mendirikan solat Jumaat di surau tempat kerja jika kalian tidak mampu menunaikannya di masjid jami’ – sebagaimana yang telah disebutkan – kerana jumhur ulama membenarkan berbilangnya pelaksanaan solat Jumaat disebabkan jauhnya jarak masjid, atau kerana sempitnya masjid, atau kerana takut timbul fitnah dan seumpamanya, seperti yang telah dijelaskan dalam fatwa no: 31016.

Dan tidak disyaratkan bagi sahnya solat Jumaat bahawa ia mesti didirikan di masjid, sebagaimana yang telah kami jelaskan dalam fatwa no: 31086, tetapi yang disyaratkan ialah ia didirikan di dalam bandar dan kawasan sekitarnya, atau di tempat yang ada binaan sama ada di kota atau desa. Sebahagian fuqaha meluaskan lagi dengan mengatakan: sah mendirikannya di padang pasir jika ia berdekatan dengan kawasan binaan.

Maka, jika kilang ini berada di dalam bandar, atau di luar tetapi dekat dengannya, maka tidak ada halangan bagi kalian mendirikan solat Jumaat di surau yang ada di dalamnya, walaupun ia tidak terbuka kepada semua orang, asalkan terdapat alasan yang membolehkan seperti jauhnya jarak atau kerana takut mudarat dan seumpamanya.

 

  1. Islamonline.net (https://fiqh.islamonline.net/هل-المسجد-شرط-لصحة-صلاة-الجماعة/)

هل المسجد شرط لصحة صلاة الجماعة

جاء في فقه المذاهب الأربعة أن المالكية قالوا: لا تَصِحُّ الجمعة في البيوت ولا في الفضاء، بل لابد أن تؤدي في الجامع، ويشترط في الجامع شروط أربعة:

الأول: أن يكون مبنيًا فلا تصح في مسجد حُوِّطَ عليه بأحجار أو طوب من غير بناء.

والثاني: أن يكون بناؤه مساويًا على الأقل للبناء المعتاد لأهل البلد، فلو كان البلد أَخْصَاصًا صَحَّ بناء المسجد من البوص، أما إذا كانت عادتهم البناء بالطوب المحروق وبنوا المسجد بالطوب النَّيِّئِ فلا تَصِحُّ الجمعة فيه.

والثالث: أن يكون في البلد أو خارجًا عنها قريبًا منا بحيث يَصِلُ إليه دخانها.

والرابع: أن يكون مُتَّحِدًا، فلو تعدَّدَ في البلد الواحد فلا تصح الجمعة إلا في الجامع القديم، وهو الذي أُقيمت فيه الجمعة أولاً في البلد، ولو تأخر بناؤه، ولا تصح في المسجد الجديد الذي لا حاجة إليه ما دام القديم موجودًا، ولم يَحْكُمْ بِصِحَّتِهَا فيه حاكم.

أما المذاهب الأخرى فلا تشترط لصِحَّةِ الجمعة أن تكون في مسجد، بل تصح في أي مكان داخل البلد أو خارجها، ولهم خلاف في العدد الذي تنعقد به الجمعة، سيكون الكلام عنه في موضع آخر.

ومما يدل على مذهب الجمهور ما رواه ابن أبي شيبة أن عمر ـ رضي الله عنه ـ كَتَبَ إلى أهل البحرين “أن جَمِّعُوا حيثما كنتم” وإسناده جَيِّدٌ كما قال أحمد. وروى عبد الرزاق بسند صحيح أن ابن عمر كان يرى أهل المياه بين مكة والمدينة يُجَمِّعُونَ فلا يَعْتِبْ عليهم.

Dalam Fiqh Mazhab Empat disebutkan bahawa mazhab Maliki berpendapat: tidak sah Jumaat di rumah-rumah dan tidak juga di tanah lapang, bahkan mestilah ditunaikan di masjid jami’, dan disyaratkan pada masjid jami’ itu empat syarat:

  1. Hendaklah ia dibina; maka tidak sah di masjid yang hanya dipagari dengan batu atau bata tanpa binaan.
  2. Hendaklah binaannya sekurang-kurangnya menyamai binaan kebiasaan bagi penduduk negeri tersebut; maka jika penduduk kota itu biasa dengan rumah-rumah daripada batang buluh kecil, sah masjid yang dibina daripadanya; tetapi jika kebiasaan mereka adalah binaan dengan batu bata bakar, lalu mereka membina masjid dengan bata mentah, maka tidak sah Jumaat di dalamnya.
  3. Hendaklah ia berada di dalam kota atau di luar kota tetapi dekat dengannya sehingga sampai kepadanya asapnya.
  4. Hendaklah ia tertumpu pada satu tempat (tidak banyak); maka jika berbilang di dalam satu kota, tidak sah Jumaat melainkan di masjid jami’ yang lama, iaitu yang mula-mula didirikan Jumaat di dalamnya di kota tersebut, sekalipun ia dibina terkemudian; dan tidak sah di masjid baru yang tidak ada keperluan kepadanya selagi yang lama masih ada, dan belum ada hukum sah daripada hakim padanya.

Adapun mazhab-mazhab lain, mereka tidak mensyaratkan sahnya Jumaat itu di masjid, bahkan ia sah di mana-mana tempat sama ada di dalam kota atau di luarnya, dan mereka mempunyai khilaf tentang bilangan yang dengannya Jumaat itu terlaksana, yang akan dibicarakan di tempat lain.

Dan antara yang menunjukkan kepada mazhab jumhur ialah apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah bahawa Umar r.a. menulis kepada penduduk Bahrain: “Hendaklah kamu mendirikan Jumaat di mana sahaja kamu berada”, dan sanadnya baik sebagaimana dikatakan oleh Ahmad. Dan diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dengan sanad sahih bahawa Ibn Umar melihat penduduk perkampungan di antara Mekah dan Madinah mendirikan Jumaat, maka beliau tidak menyalahkan mereka.”

  1. Fatwa Perlis Berkaitan

HUKUM BERBILANG JUMAAT DALAM SATU TEMPAT ATAU KARIAH


KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 58 / 2022

29-30 JULAI 2022 / 29 ZULHIJJAH 1443 - 1 MUHARRAM 1444H

Bil. 3/58 TAHUN 2022

HUKUM BERBILANG JUMAAT DALAM SATU TEMPAT ATAU KARIAH

Hukum asal adalah tidak boleh mendirikan berbilang Jumaat di sesuatu tempat atau kariah melainkan jika ada sebab yang menuntut hal tersebut. Antara sebab berkenaan ialah:

  1. Jemaah terpaksa menempuh jarak yang jauh untuk hadir Jumaat disebabkan keluasan kariah.
  2. Wujud bahaya atau halangan yang menyukarkan untuk sampai ke masjid sekalipun jaraknya dekat seperti terdapat lalu-lintas yang sibuk, sungai, hutan, bukit atau apa sahaja yang menyukarkan.
  3. Masjid sedia ada terlalu kecil dan tidak dapat menampung jemaah.
  4. Jemaah yang hadir atau pihak-pihak lain yang mempunyai kaitan terdedah kepada risiko keselamatan seperti banduan, petugas kesihatan, pesakit hospital, anggota keselamatan dan seumpamanya.

Sebab-sebab di atas membolehkan pihak ulil amri mempertimbangkan keizinan berbilang Jumaat di sesuatu tempat atau kariah.

Bagi permohonan yang ingin mendirikan Jumaat, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) hendaklah menimbang berdasarkan sebab-sebab yang diberikan di atas untuk menilai permohonan yang berkaitan.



[1] al-Syarh al-Kabir oleh al-Dardir bersama Hasyiah al-Dusuqi 1/378

[2] Tidak boleh berbilang Jumaat di dalam sesuatu bandar ini di sisi ulama mazhab al-Syafi’ie dikecualikan bagi bandar besar dan sukar menghimpunkan orang ramai di satu tempat, seperti ketiadaan tempat yang luas untuk menghimpunkan orang ramai tanpa kesukaran. Dalam keadaan ini dibolehkan berbilang Jumaat disebabkan ada keperluan. al-Imam al-Syafi’ie RH ketika sampai ke kota Baghdad, penduduk kota Baghdad menunaikan Jumaat di dua tempat dan ada yang mengatakan tiga tempat. Namun al-Imam al-Syafi’ie tidak mengingkarinya. Oleh kerana itu kebanyakan ulama memahami perkara itu berlaku disebabkan wujud kesukaran untuk melakukan perhimpunan kerana hendak menunaikan solat Jumaat di satu tempat sahaja. Lihat al-Majmu’ oleh al-Nawawi 4/585-591 juga Hasyiah al-Bujairami ‘Ala Syarh al-Khatib 2/194-195.

[3] Al-Mughniy oleh Ibn Qudamah 2/248

[4] Kata Ibn Hubairah (ابن هبيرة):

قال الطحاوي: والصحيح من مذهبنا أنه لا يجوز إقامة الجمعة في أكثر من موضع واحد من المصر، إلا أن يشق الإجتماع لكبر المصر، فيجوز في موضعين، وإن دعت الحاجة إلى أكثر جاز  

Maksudnya: “Dan yang sahih di dalam mazhab kami, bahawa tidak boleh mendirikan Jumaat lebih dari satu tempat di dalam sesuatu kota, melainkan berlaku kesukaran untuk berkumpul disebabkan besarnya kota tersebut, maka pada ketika itu harus dilakukan dua tempat (solat Jumaat). Jika ada keperluan lebih dari itu juga diharuskan.” (Ikhtilaf al-Aimmah al-Ulama 1/156-157)

[5] Kata Ibn Taimiyyah:

فإقامةُ الجمعة في المدينة الكبيرة في موضعين للحاجة يجوزُ عند أكثر العلماء؛ ولهذا لَمَّا بُنيت بغداد ولها جانبان أقاموا فيها جمعةً في الجانب الشرقي، وجمعةً في الجانب الغربي، وجوَّز ذلك أكثرُ العلماء) ((الفتاوى الكبرى)) (2/362). بل ذكَر ابنُ قُدامة أنَّه لا يَعلم مخالفًا في ذلك إلَّا ما جاءَ عن عطاءٍ؛ قال ابنُ قُدامَة: (فأمَّا مع عدم الحاجة، فلا يجوز في أكثرَ من واحد، وإن حصَل الغنى باثنتين لم تَجُزِ الثالثة، وكذلك ما زاد، لا نعلم في هذا مخالفًا، إلَّا أنَّ عطاءً قيل له: إنَّ أهل البصرة لا يَسعُهم المسجد الأكبر، قال: لكلِّ قوم مسجد يُجمِّعون فيه، ويجزئ ذلك من التجميع في المسجدِ الأكبر) ((المغني)) (2/248)

Maksudnya: “Maka mendirikan solat Jumaat di kota besar di dua tempat kerana adanya keperluan adalah harus menurut kebanyakan ulama; oleh sebab itu, ketika Baghdad dibangunkan dan ia mempunyai dua bahagian, mereka mendirikan solat Jumaat di bahagian timur dan satu lagi di bahagian barat, dan kebanyakan ulama membenarkannya.” (al-Fatāwā al-Kubrā, 2/362). Bahkan Ibn Qudāmah menyebut bahawa beliau tidak mengetahui ada yang menyalahi hal itu kecuali apa yang datang daripada ʿAṭā’. Kata Ibn Qudamah: “Adapun jika tanpa ada keperluan, maka tidak boleh lebih daripada satu (solat Jumaat). Jika sudah mencukupi dengan dua, maka tidak boleh yang ketiga, begitu juga yang lebih banyak daripada itu. Kami tidak mengetahui ada yang menyalahi hal ini, kecuali bahawa ʿAṭā’ – ketika dikatakan kepadanya bahawa penduduk Basrah tidak muat di masjid terbesar, beliau berkata: “Bagi setiap kaum ada masjid yang mereka tunaikan Jumaat di dalamnya, dan itu memadai daripada berhimpun di masjid yang terbesar.’” (al-Mughnī, 2/248). 

[6] Fatawa al-Lujnah al-Da’imah, al-Majmu‘ah al-Ula 8/257-259

[7] ‘Aun al-Ma’bud 3/269

[8] Al-Syarh al-Mumti’ oleh Ibn ‘Uthaimin 5/70

[9] بدائع الصنائع في ترتيب الشرائع» (١/ ٢٦٠)


Cetak  
Wallahu a'lam