Soalan:
Jika berlaku perceraian antara seorang suami dengan isteinya. Kemudian mereka rujuk semula, bagaimana bilangan iddah? Kembali memiliki 3 kali iddah atau tinggal dua sahaja?
Jawapan:
Jika seorang suami menceraikan isterinya dengan satu talak, kemudian dia rujuk kembali dalam iddah, maka si isteri kembali kepadanya dengan baki jumlah talak yang masih tinggal iaitulah satu talak yang boleh rujuk. Ini adalah ijmak (kesepakatan ulama).
Begitu juga, jika seseorang suami menceraikan isterinya dan habis tempoh idah isteri, kemudian sisuami menikahi isteri itu semula. Maka isteri itu juga kembali dengan baki jumlah talak yang masih ada, iaitu tinggal satu talak yang boleh rujuk. Perkara ini juga dengan ijmak para ulama.
Jika sisuami menceraikan isterinya lalu berpisah dengan bainunah sughra kemudian isteri itu menikah dengan lelaki lain. Selepas itu sisuami Kembali bernikah dengan bekas isterinya itu. Maka siisteri itu juga kembali dengan baki talak yang tinggal (tinggal satu talak yang boleh rujuk), menurut pendapat yang sahih (الصحيح), kerana perkahwinan dengan suami kedua tidak menghapuskan baki talak. Ini berbeza dengan pendapat Abu Hanifah.
Adapun jika perpisahan itu bainunah kubra (talak tiga), kemudian sisuami menikahi semula setelah isteri itu menikah dengan suami lain dan diceraikan. Maka baki talaknya telah habis, dan dia memulakan bilangan talak yang baru. (Olahan semula dari al-Syeikh Sa'id al-Jabiri - semoga Allah memelihara kesihatannya)
