Salam.. Ustaz, bolehlah kita memakan daging sembelihan yg terus dimasak tanpa dibasuh terlebih dahulu? Ada pendapat yg mengatakan darah boleh dimakan sebab bukan darah yg mengalir. Mohon penjelasan.
Jawapan:
Saya mendengar al-Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti HFZ ketika mensyarahkan Jami' al-Tirmizi menyatakan darah selepas penyembelihan adalah suci dan tidak najis. Kata beliau darah yang terkena pada pakaian selepas sembelihan tidak najis. Kemungkinan besar ini adalah pandangan mazhab Hambali. Justeru berdasarkan pernyataan beliau, boleh memasak daging yang bercampur dengan darah yang keluar selepas penyembelihan. Cuma dicadangkan supaya mmbasuh terlebih dahulu darah di bahagian tempat sembelihan, setelah dilalukan air, jika masih ada darah yang keluar, maka ia dikira darah selepas penyembelihan yang suci.