SDI 1059: Susulan SDI 1058; Isteri Tanya: Abg Nak Ceraikan Saya? Suami Jawab: "Ya."

Suami pasti tahu apa yg dia maksudkan dgn jawapan "Ya" tu....

Jawapan Bin Sahak:

Jawapan "Ya" sisuami kepada soalan isteri: "abang nak ceraikan saya?"

Jika sisuami jawab: "Ya abang ceraikan kamu."

Yang ini jelas jatuh talaq.

Cuba kita andaikan soalan lain dari talaq. Seperti contoh seorang isteri bertanya: "Abang nak keluar?" Sisuami jawab: "Ya."

Jawapan: "Ya" itu adalah kepada suatu yang belum berlaku. Kerana suami masih di dalam rumah. Perbuatan keluar itu akan dilakukannya, barangkali berturutan dengan jawapan "ya"nya. Barangkali juga beberapa jam selepas jawapan "ya" tersebut. Barangkali juga tidak jadi keluar terus.

Oleh itu, soalan seorang isteri kepada suaminya: "abang nak ceraikan saya?" lalu suami jawab: "ya!", adalah jawapan kepada perkara yang belum berlaku. Ia tak cukup kuat dan jelas bagi merungkaikan ikatan perkahwinan yang telah termeterai secara pasti.

Kerana itu, saya lebih nampak persoalan ini masuk bawah lafaz talak akan datang yang dihukumkan oleh para ulama sbebagai tidak jatuh.

Tetapi jika isteri bertanya: "abang ceraikan saya?" Tanpa perkataan "nak"? Lalu sisuami jawab: "ya!"

Di sini saya nampak, baru ada wajah kinayah yang bergantung kepada niat suami. Kerana jawapan suami hanya: "ya". Berpalingnya suami dari menggunakan lafaz cerai, sebaliknya hanya sekadar "ya", memungkinkan sisuami memaksudkan sebaliknya. Justeru ia perlu dikenalpasti "ya" kepada apa? Jika "ya" kepada cerai, maka jatuh talaq. Namun jika "ya", agar siisteri senyap dan tidak mengulangi lagi soalan cerai. Maka ia bukan talaq.


Cetak  
Wallahu a'lam