alImam alHaitami diitanya berkaitan seorang lelaki tukang uli roti, menjual roti yang diulinya kepada orang ramai sedang dia seorang yang berpenyakit sopak, kusta, penyakit kulit yang teruk dan penyakit Saudaa', apakah dia boleh menyentuh roti tersebut (dalam proses membuatnya) sedangkan dia berpenyakit?
Jawab alImam alHaitami:
لا يجوز بيع ما باشر نحو عجنه إلا أن يبين للمشتري حقيقة الحال لأن المشتري لو اطلع على ذلك لم يشتره منه في الغالب وكل ما كان كذلك يكون كتمه من الغش المحرم وقد قال - صلى الله عليه وسلم - «من غش أمتي فليس مني» .
وقد نقل غير واحد من الأئمة أنه يجب على السلطان أو نائبه أن يخرج من به نحو جذام أو برص من بين أظهر الناس ويفرد لهم محلا خارج البلد وينفق على فقرائهم من بيت المال
Maksudnya: "Tidak boleh dia menjual roti yang disentuhnya secara langsung ketika mengulinya, melainkan hendaklah dia beritahu kepada pembeli keadaan sebenar, kerana jika pembeli melihat atau mengetahui perkara sebenarnya, pada kebiasaannya pembeli tidak akan membeli daripadanya. Maka setiap perkara seperti ini, menyembunyikannya termasuk dalam perbuatan menipu yang haram. Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Siapa yang menipu umatku, maka dia bukan daripada umatku." Ramai juga para imam yang telah menukilkan pandangan wajib ke atas pemerintah atau wakilnya mengeluarkan peniaga seperti ini yang berpenyakit kusta atau sopak dari bersama masyarakat awam, mengasingkan mereka di satu tempat luar dari bandar dan membiaya orang-orang fakir dari kalangan mereka dari harta baitulmal. Wallahu a'lam." (alFatawa alKubra alFiqhiyyah 2/296)