SDI 0166: Sembelih Lembu Korban, Ada Janin di Dalam Perutnya

Assalam ustaz...kejadian ni berlaku semasa korban pagi tadi...bila lembu dah sembelih ketika melapah ada anak dalam perut lembu tersebut...boleh tak ustaz hurai kan hukum nya sebab tadi ada orang yang cakap boleh makan anak lembu itu....sah tak ibadaj korban tersebut dan boleh tak makan anak lembu itu .

Jawapan:

Boleh. Sah korban lembu tersebut dan halal anaknya. Sembelih ibu dikira sembelih anak dlm kandungan juga.

Abu Daud meriwayatkan drpd Abu Sa'ied yg pernah bertanya kpd rasulullah:

يا رسول الله، ننحر الناقة ونذبح البقرة والشاة فنجد في بطنها الجنين أنلقيه أم نأكله؟ قال كلوه إن شئتم، فإن ذكاته ذكاة أمه

Maksudnya: "Wahai rasulullah, kami menyembelih unta, lembu dan Kambing. Kami dpti di dlm perutnya ada janin, apakah kami buang anaknya atau kami boleh memakannya? Sabda baginda: "makanlah jika kamu mahu, krn sesungguhnya sembelihannya adlh sembelihan ibunya."


Cetak  
Wallahu a'lam