السلام عليكم ورحمة الله
Mohon pencerahan ustaz...
Sy brniat andainya anak sy sihat smbuh dr sakitnya sy hndk buat korban....blhkh sy mkn daging korban trsbut....
Jawapan:
Korban nazar yg diniatkan utk dibuat sedekah tidak boleh dimakan oleh pembuat korban. Hal ini kerana korban nazar itu telah menjadi hak org miskin. Jika telah dimakan maka maka bolehlah diganti dgn harganya, dan diberi kpd golongan miskin.
Adapun korban nazar Umum, tanpa dinyatakan utk org miskin, maka org yg mmbuat nazar boleh memakannya di sisi ulama mazhab Maliki dan sbhgian ulama dr mazhab al-Syafie.
Jika berdasarkan soalan, korban nazar encik termasuk dlm korban mutlak yg tidak dinyatakan utk org miskin shj.