Assalamualaikum ustaz.anak says meninggal pada usia 6 hari,adakah wajib untuk saya melakukan akikah keatasnya atau ada tak dalil Dari nabi s.a.w tentang permasalahan ini? Terima kasih
Jawapan:
Akikah hukumnya sunat, bukan wajib. Inilah pndngan majoriti ulama. Ttg akikah utk anak yg meninggal 6 hari slps dilahirkan, para ulama berbeza pndngn, sbhgian mengatakan sunat, krn ia telah dikurniakan ruh, ia ttp akan dibgkitkan pd hari Kiamat, ia akan mmberi syafaat kpd org tuanya. Justeru disunatkan akikah juga sbg kesyukuran kpd Allah yg mengurniakan anak tersebut. Sebahagian mengatakan tidak sunat lagi akikah anak tersebut kerana tujuan akikah adalah mengharapkan si anak terus membesar dengan sihat. Apabila si anak telah meninggal dunia, maka tidak ada lagi keperluan untuk akikah.