Panduan Untuk Jampian

  • PANDUAN UNTUK JAMPIAN

Untuk menjadikan sesuatu jampian dibenarkan, hendaklah memenuhi beberapa panduan berikut:

4.1)     Bersumberkan Syara’: iaitulah mestilah dengan ayat-ayat al-Quran, atau nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT, atau dengan doa-doa dari Sunnah Nabawiah.

4.2)     Bebas Dari Sebarang Perkara Yang Boleh Mencacatkan Akidah. Ia bermaksud tidak boleh ada di dalam jampian sebarang lafaz yang tidak jelas dan tidak difahami maksudnya, demikian juga lafaz-lafaz yang tidak diketahui dan pertuturan yangberat lagi tidak jelas yang dilakukan oleh tukang-tukang sihir, demikian juga oleh mereka yang menggunakan bantuan jin sekalipun seorang muslim. Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie katanya:

كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ ؛ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّه :ِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ  ؟ فَقَالَ: اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ

Maksudnya: “Kami dahulunya berjampi ketika jahiliyyah. Lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana pandangan tuan dalam persoalan jampian?” baginda bersabda: “bentangkan kepadaku (lafaz-lafaz) jampian kamu. Tidak mengapa jika padanya tiada kesyirikan.” (HR Muslim: Kitab al-Salam: Bab La Ba’s bi al-Ruqa Ma Lam Yakun Fihi Syirk)

4.3)     Wajib Berkeyakinan Jampian Tidak Dapat Memberi Kesan Dengan Sendirinya. Sebaliknya Allah sahajalah yang Maha Penyembuh. Penjampi dan jampian hanyalah suatu sebab sahaja.

4.4)     Mestilah Dengan Bahasa ‘Arab Atau Bahasa Yang Difahami  Maksudnya. Bagi menutup kemas dari masuknya sesuatu yang tidak difahami dan dibimbangi perkara itu memiliki kesyirikan.

4.5)     Jika Jampian Itu Ditulis Di Atas Lembaran maka hendaklah ditulis atas lembaran yang suci sebagai kemuliaan dan memelihara (keagungan) ayat al-Quran.


Cetak  
Wallahu a'lam