Penyamarataan Antara Suami Isteri Dalam Hak Dan Tanggungjawab

Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Bahagian Buhuht & Istinbath

Jabatan Mufti Negeri Perlis


Kita dapat perhatikan firman Allah Ta’ala:eseorang isteri dikira sama dengan suaminya dalam hubungan perkahwinan, sehingga al-Quran menamakan mereka berdua dengan Zaujan زَوْجًا , dimana suami dinamakan Zaujun, demikian juga isteri dinamakan Zaujun, ini kerana setiap dari mereka sekalipun bersendirian pada zatnya, namun memikul kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pasangannya, maka setiap seorang dari mereka adalah Zaujun pada hakikatnya.

Mafhumnya: “Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah, ialah Dia menciptakan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan, agar kamu berasa tenang kepadanya dan Dia menjadikan diantara kamu semua perasaan kasih dan sayang.” (al-Rum: 21)

Mafhumnya: “Dan Allah telah menjadikan untuk kamu semua dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan, dan Dia juga telah menjadikan dari pasangan-pasangan itu anak-pinak dan cucu-cicit, dan DIa telah merezekikan kamu semua dari rezeki-rezeki yang baik.” (al-Nahl: 72)

Sasaran percakapan di dalam dua ayat ini kepada lelaki dan wanita kesemuanya, kerana tidak ada dalil yang mengkhususkan sasaran percakapan kepada lelaki sahaja. Manakala di dalam ayat al-Quran yang disasarkan percakapan khusus kepada lelaki, ayat selepasnya menunjukkan persamaan antara lelaki dan wanita dalam hubungan perkahwinan. Ayat tersebut ialah:

Mafhumnya: “Dihalalkan bagi kamu semua (orang lelaki) pada malam bulan puasa untuk bersama dengan isteri-isteri kamu, mereka umpama pakaian kepada kamu dan kamu umpama pakaian mereka.”(al-Baqarah: 187)

Maka di dalam ayat ini, wanita berada pada kedudukan pakaian kepada lelaki, dan demikian juga lelaki berada pada kedudukan pakaian kepada wanita. Pakaian adalah merujuk kepada hampir/akrab, bergabung/tidak berpisah, kehangatan, tutupan dan hiasan.

PENYAMARATAAN TIDAK MENAFIKAN PERKARA KHUSUS

kesamarataan ini tidak menafikan sebahagian perkara khusus untuk lelaki yang membezakannya dari wanita, iaitulah seperti al-Qawwamah اَلْقَوَّامَةُ (lelaki itu dibebankan dengan tanggungjawab ke atas wanita dan keluarga termasuk memimpin, mendidik, memelihara dan memberi nafkah) ke atas keluarga sepertimana firman Allah Ta’ala:

Mafhumnya: “Orang-orang lelaki itu adalah Qawwamun ke atas para wanita dengan apa yang dilebihkan Allah ke atas sebahagian kamu dari sebahagian yang lain, dan dengan apa yang mereka nafkahkan dari harta mereka.” (al-Nisa’: 34)

Termasuk di dalam kehalusan ayat al-Quran ini, apabila tidak difirmankan di sini dengan: بَمَا فَضَّلَهُمْ عَلَى النِّسَاءِ  yang bermaksud: “Dengan apa yang dilebihkan mereka (orang-orang lelaki) ke atas para wanita.” Sebaliknya difirmankan dengan: بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ  yang bermaksud: “Dengan apa yang Allah telah lebihkan sebahagian kamu ke atas sebahagian yang lain.” iaitulah orang-orang lelaki dilebihkan dari beberapa sudut, demikian juga orang-orang wanita dilebihkan dari beberapa sudut yang lain, seperti dari sudut kelembutan. Manakala lelaki mengeluarkan mahar, mengasaskan rumah dan mengeluarkan nafkah.

PENGECUALIAN DARI AL-QURAN

al-Quran telah memberi bimbingan bahawa hak-hak dan tanggungjawab-tanggungjawab antara dua pihak suami dan isteri adalah sama-rata melainkan dalam perkara yang dikecualikan, demikian itu berdasarkan firman AllahTa’ala:

Mafhumnya: “Dan untuk para wanita itu hak yang sama (perlu diterimanya) dengan apa yang wajib ke atasnya menurut cara yang makruf. Manakala bari para suami, mempunyai satu darjat kelebihan daripada isterinya.” (al-Baqarah: 228)

Diriwayatkan dari Ibn ‘Abbas yang berkata:

أَتَجَمَّلُ لِامْرَأَتِيْ كَمَا تَتَجَمَّلُ هِيَ لِيْ

Mafhumnya: “Aku akan berhias untuk isteriku, sama sepertimana dia menghias untukku.”[1] Kemudian beliau berdalilkan dengan ayat al-Quran yang mulia di atas. Al-Imam al-Tobari menafsirkan maksud Darjat yang terdapat di dalam ayat di atas sebagai بمزيد من الأعباء المطلوبة من الرجل tambahan beberapa bebanan yang dituntut dari lelaki”. Manakala ulama lain menafsirkan Darjat sebagai al-Qawwamah ke atas keluarga. Dan kedua-dua tafsir ini adalah Sahih. Nabi SAW telah memikulkan tanggungjawab ke atas kedua-dua suami dan isteri, sepertimana sabda baginda di dalam hadis daripada Ibn ‘Umar yang telah disepakati kesahihannya:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Mafhumnya: “Setiap dari kamu itu adalah pemimpin dan setiap dari kamu akan dipertanggungjawabkan dengan orang yang di bawah kepimpinannya… Maka orang lelaki adalah pemimpin ahli keluarganya, dia juga bertanggungjawab dengan orang yang dibawah kepimpinannya. Demikian juga wanita (isteri) adalah pemimpin dalam rumah suaminya, dia juga dipertanggungjawabkan dengan orang di bawah kepimpinannya (anak-anak dan seumapamanya).[2]

TANGGUNGJAWAB WANITA DI DALAM RUMAH

 Tanggungjawab wanita/isteri di dalam rumah suaminya termasuklah dia memiliki hak memberi pengajaran dan bimbingan kepada suaminya, melaksanakan nasihat kepada suami, inginkan kebaikan dan kebenaran untuk suami, berdakwah kepada suami agar melakukan kebaikan, menyuruh suaminya melakukan perkara yang makruf, jika berlaku kecuaian, mencegah dari melakukan perkara mungkar, jika si suami melakukannya. Perkara ini merupakan suatu kewajipan setiap muslim ke atas muslim yang lain, sehinggakan termasuk dari seorang anak kepada bapanya, anak murid kepada ustaznya, yang dihukum kepada yang menghukum, demikian juga dari seorang isteri bersama suaminya. Akan tetapi mestilah di bawah had dan garis ketetapan yang tertentu yang telah disebut oleh para ulama. Allah SWT berfirman:

Mafhumnya: “dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar,.. “ (al-Taubah: 71)

AL-AMR BI AL-MA’RUF WA AL-NAHY ‘AN AL-MUNGKAR

Dahulunya para wanita dari generasi salaf, mereka akan berpesan kepada suami mereka yang akan keluar dari rumah untuk berniaga dan bermusafir dengan menyebut:aka hubungan perkahwinan tidak menggugurkan kefardhuan menyuruh dengan makruf dan mencegah perkara mungkar, bahkan ia lebih diberi penekanan.

يَا أَبَا فُلَانٍ، إِيَّاكَ وَكَسْبَ الْحَرَامِ فَإِنَّا نَصْبِرُ عَلَى اْلجُوْعِ وَالطُوَى وَلَا نَصْبِرُ عَلَى حَرِّ النَّارِ وَغَضَبِ الْجَبَّار!

Mafhumnya: “Wahai suamiku, jauhilah anda dari hasil usaha haram, sesungguhnya kami mampu bersabar dengan kelaparan dan kesusahan, akan tetapi kami tidak sanggup memikul kepanasan neraka dan kemurkaan Tuhan Yang Maha Perkasa”

Sekiranya seseorang isteri mendapati suaminya meringankan solat fardhu, maka wajib ke atas isteri tersebut menyuruh suaminya dengan lembut dan dengan perumpamaan yang baik agar suaminya memelihara solat. Sekalipun seorang isteri mendapati suaminya meminum arak, maka hendaklah siisteri melarang suaminya dari melakukan ibu maksiat tersebut dan menasihati suaminya agar menjaga agama, diri, harta dan anak-pinak dengan menjauhi najis arak yang termasuk dari kerja-buat syaitan. Sekiranya siisteri mendapati suaminya mengabaikan anak-anak atau abai dalam memberi nafkah kepada mereka, maka hendaklah dia menasihati suaminya itu dan memberi rangsangan agar suaminya melaksanakan kewajipannya.

 

KUASA SUAMI KE ATAS ISTERI

Keterikatan Rabbaniy (ciri ketuhanan), iaitulah yang dinamakan di dalam al-Quran sebagai Hudud al-Allah حُدُوْدُ اللهِ(ketetapan dari Allah) yang diulang banyak kali dalam persoalan kekeluargaan.ika ditanya: Apakah suami memiliki kuasa ke atas isterinya, dan apakah pula batasnya? Maka jawapannya ialah: Bahawa suami memiliki kuasa (al-Qawwamah), akan tetapi ia bukanlah kuasa mutlak, sebaliknya kuasa yang dikaitkan dengan hukan-hakam syarak dan menepati kandungan-kandungan ‘Uruf. Justeru hukum-hakam kekeluargaan memiliki keterikatan - di dalam al-Quran – dengan dua keterikatan:

  • Keterikatan Insaniy (ciri kemanusiaan) yang dinamakan di dalam al-Quran sebagai al-Makruf اَلْمَعْرُوْف iaitulah apa-apa yang diterima oleh fitrah yang selamat, akal yang sejahtera dan orang-orang yang ada kelebihan pada nilaian agama.

KETERIKATAN RABBANIY

 Keterikatan Rabbaniy iaitu terikat dengan hudud (ketetapan-ketetapan) Allah dapat diperhatikan dari firman Allah Ta’ala dalam persoalan Talak:

Mafhumnya: “Demikian Itulah ketetapan Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar ketetapan - ketetapan Allah mereka Itulah orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 229)

Di dalam ayat lain Allah berfirman:

Mafhumnya: “Dan demikian itulah ketetapan-ketetapan Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) mengetahui.” (al-Baqarah: 230).

Di dalam surah al-Tolak Allah berfirman:

Mafhumnya: “Dan demikian itulah ketetapan-ketetapan Allah, dan sesiapa yang melampaui ketetapan-ketetapan Allah, maka sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya sendiri.” (al-Tolak: 1)

KETERIKATAN INSANIY


Keterikatan Insaniy pula dapat diperhatikan dengan firman Allah:

Mafhumnya: “Dan bergaullah dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang makruf.” (al-Nisak: 19)

FirmanNya lagi:

Mafhumnya: “dan kewajipan seorang ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu-ibu dengan cara yang ma’ruf.” (al-Baqarah: 233)

FirmanNya lagi:

Mafhumnya: “Maka kekallah bersama mereka (para isteri) dengan cara yang makruf atau ceraikanlah mereka (para isteri) dengan cara yang makruf.”  (Al-Tolak: 2)

FirmanNya lagi:

Mafhumnya: “Dan bagi wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut'ah menurut yang ma'ruf,” (al-Baqarah: 241)

Secara asasnya, persoalan kekeluargaan hendaklah dilaksanakan dalam bentuk perbincangan antara kedua-dua suami dan isteri. Perbincangan tidak akan membuahkan sesuatu melainkan kebaikan. Al-Quran telah mengisyaratkan perkara ini ketika membicarakan persoalan memisahkan susuan anak, firman Allah Ta’ala:

Mafhumnya: “apabila keduanya (suami dan isteri) ingin memutuskan susuan (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan/perbincangan, Maka tidak ada dosa atas keduanya.” (al-Baqarah: 233)

Jika suami dan isteri tidak mendapat kata sepakat, maka suami adalah individu yang memiliki kuasa dalam memisahkan susuan (dengan cara makruf), tidak boleh bagi seorang suami mewajibkan kepada isterinya mengikut hawa nafsunya atas nama ketaatan yang wajib diberikan (dari pihak isteri). Sebaliknya ketaatan adalah dalam perkara yang makruf bukan selainnya berdasarkan firman Allah dalam peristiwa bai’ah para wanita kepada Rasulullah SAW:

Mafhumnya: “dan mereka tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang makruf.” (al-Mumtahanah: 12)

Di dalam hadis yang disepakati kesahihannya, baginda bersabda:

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِيْ الْمَعْرُوْفِ

Mafhumnya: “Hanyalah ketaatan itu dalam perkara yang makruf.” (al-Bukhari, bil: 4085, 4726,6830. Muslim, bil: 1840 dari hadis Ali bin Abi Tolib)


Cetak  
Wallahu a'lam