SDI 1052: Ada Ustaz Kata Duit Kutu Haram

UIS cakap duit kutu haram ustaz, betul?

Jawapan:

Saya tak nafikan ada khilaf dlm masalah ini. Namun kebanyakan ulama semasa menghukumkannya sebagai HARUS. Bahkan main kutu ini telah ada sejak dr dahulu lagi. Termasuk ulama yg mengharuskannya ialah Ibn 'Uthaimin dan Bin Baz RH.

Majlis Hai'ah Kibar Ulama juga mengharuskannya spt yg terdapat dlm Majallah Buhuth Islamiyyah, edisi 27/349-350

alSyeikh Soleh Fauzan menghukumkannya sbg HARAM.

Namun alasan yg mengharuskan lebih kuat pd penilaian saya.

Ada pandangan yg mengatakan duit kutu haram kerana ia termasuk pinjaman yg menghasilkan keuntungan, maka ia adalah riba, berdasarkan hadis Nabi SAW:

كل قرض جر منفعة فهو ربا

"Setiap pinjaman yg menghasilkan manfaat maka ia riba."

Saya sertakan jawapan dr alSyeikh Ishak alHuwaini ketika membantah pandangan ini:

أما بالنسبة للجمعية المالية المعروفة بأن يدفع مجموعة من الناس مبلغاً معيناً شهرياً ثم يأخذ كل شهر واحد منهم المبلغ المتجمع فهذا لا بأس به وتجوز شرعاً. ولا تدخل الجمعية تحت قوله صلى الله عليه وسلم: "كل قرض جر نفعاً... الحديث"، فأين النفع يا أخي الكريم؟ أنت تدفع 1000 جنيه مثلاً كل شهر 100 وتأخذها 1000 جنية أيضاً. فأين المنفعة هنا؟ هل تدفع 1000 ثم تأخذها 1200 مثلاً؟ والخلاصة أن الجمعية المالية جائزة شرعاً... والله تعالى أعلم.

"Adapun berkaitan alJumu'iyyah (duit kutu) yg sedia dimaklumi, iaitulah sekumpulan org membayar sejumlah wang tertentu secara bulanan, kemudian setiap seorg dr mereka akan mengambilnya pd setiap bulan wang yg terkumpul, maka ia TIDAK MENGAPA dan HARUS PD SYARAK. Duit kutu ini tak termasuk bawah larangan hadis: "Setiap pinjaman yg menghasilkan manfaat..." dimana manfaatnya wahai saudara yg bertanya? Kamu serahkan 1000 ringgit sbg contoh, setiap bulan (kamu bayar) 100 ringgit (selama 10 bulan), kemudian kamu ambil 1000 ringgit (bila tiba giliranmu). Di mana keuntungannya? Apakah kamu serahkan 1000 ringgit kemudian kamu ambil 1200 ringgit? Ringkasnya duit kutu ini adalah HARUS pd syarak.

WA


Cetak  
Wallahu a'lam