Mohon baca....assalam.. maaf lah kita agak terlepas pandang sikit Bab agama ni...
Hukum Bermain Duit Kutu
Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu.
Soalan :
Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
“Saya berhutang kepada awak semua”
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
“Saya bayar hutang awak”
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
“Saya terima hutang awak semua kpd saya”
Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua’lam
#minta pandangan Ustaz
#Selamat berpuasa Ustaz
Jawapan Bin Sahak:
Kitab mazhab alSyafie kata harus, antaranya dalam Hasyiah Qalyubi dan 'Umairah sebut:
الجمعة المشهورة بين النساء بأن تأخذ امرأة من واحدة من جماعة منهن قدراً معيناً في كل جمعة أو شهر ، وتدفعه لواحدة بعد واحدة إلى آخرهن جائزة ، كما قاله الولي العراقي
"alJumuah (duit kutu) yg masyhur dlm kalangan org perempuan, dgn salah seorg dr mereka mengambil sejumlah wang tertentu pd setiap hari Jumaat atau setiap bulan, dan diserahkan kpd seorg selepas seorg sehingga ke akhirnya (penerima terakhir) adalah harus sptmana yg dinyatakan oleh alWaliy al'Iraqi." (2/258)
WA
Penyoal: Alhamdulillah... Jazakallahu Khairan Kathira Ustaz