Fatwa Majlis Fatwa & Penyelidikan Eropah (30/13):
Keluar Rumah di Kawasan-kawasan Kuarantin
Terjemahan: binSahak.com
Soalan: Apa hukum keluar rumah tanpa ada keperluan di kawasan-kawasan kuarantin.
Jawapan: Tidak tersembunyi lagi dari setiap orang bahawa wabak ini merebak amat pantas melalui percampuran orang ramai.
Justeru ia akan menyebabkan wabak ini terdedah kepada orang ramai, sehingga boleh membawa kematian. Setiap orang yang sengaja melakukan hal itu, dia dikira seorang yang bersalah bahkan seorang yang berdosa.
Maka orang ramai hendaklah kekal di rumah mereka dan jangan keluar melainkan ada keperluan yang mendesak. Hendaklah juga berusaha menjauhkan diri dari orang lain seperti yang sepatutnya. Kami juga bimbang, perbuatan menyalahi perkara ini (kuarantin) oleh mereka yang positif virus, seperti melakukan kesalahan membunuh separa sengaja jika dengan keluarnya dia dari tempat kuarantin menjadi sebab kematian seseorang yang lain. - tamat fatwa -