Jawapan: Wajib bagi para doktor muslim mematuhi prosedur dan peraturan perubatan yang diamalkan di hospital-hospital. Jika situasi tersebut sememangnya diserahkan atas pertimbangan doktor, maka wajib ke atas mereka membuat keputusan menurut standard perubatan dan adab-adab insani. Tidak boleh menanggalkan alat rawatan dari seseorang pesakit yang sedang menerima rawatan dengan alat tersebut untuk manfaat pesakit yang datang kemudian darinya. Sekiranya seseorang doktor dalam keadaan serba salah antara dua pesakit dalam bentuk dia tiada pilihan melainkan memilih salah seorang dari mereka untuk diberi rawatan, maka dahulukanlah yang terawal, melainkan jika yang terawal itu tiada harapan lagi untuk sembuh. Demikian juga mendahulukan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan segera berbanding pesakit yang masih boleh dilewatkan rawatan. Juga mendahulukan pesakit yang ada harapan sembuh berbanding yang tiada harapan sembuh, perkara itu ditimbang menurut Ghalabah alZhan (sangkaan terkuat) dan penilaian perubatan. - tamat terjemahan -