Soalan:
Assalamualaikum, Ustaz, nak tanya sikit....apa hukum beri hadiah cincin emas dan loket emas kepada lelaki dan perempuan non muslim?
Staff kitaorang nak pencen, so pakat pakat beli hadiah...takat ni ingat nak beli cincin emas dan loket emas...boleh ker?
Jawapan:
Ada dua isu:
1) Hukum bg hadiah kpd non muslim. Boleh bg hadiah spt emas kpd non muslim yg tidak memerangi Islam. Pemberian hadiah kpd mereka termasuk perbuatan baik kpd mereka yg tidak dilarang di dlm al-Quran. Rujuk surah al-Mumtahanah: 8)
2) Hukum bg emas kpd non muslim yg lelaki ada pendetailan:
Jika pemberian tersebut bertujuan selain utk perhiasan dirinya sendiri, spt utk diberikan kpd istwrinya. maka ia harus.
Namun, jika tujuan pemberian tersbt utk si lelaki non muslim itu sendiri memakainya. Maka pandangan yg lebih rajih adalah TIDAK BOLEH. Ini kerana non muslim termasuk dlm kumpulan مخاطبون بفروع الشريعة iaitulah mereka yg ditujukan perintah dan tegahan furu' agama. Inilah pandangan al-Imam al-Nawawi di dlm Syarh Sahih Muslim.